Gender dalam Sastera Melayu

Sumbangan Penulis:
Ungku Maimunah Mohd. Tahir
Ruzy Suliza Hashim
Shahizah Ismail Hamdan
Mohd. Hanafi Ibrahim
Mawar Safei
Zulkarnain Mohamed

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2013)
211 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM38.00

In stock

Gender dalam Sastera Melayu ialah sebahagian daripada hasil sebuah projek Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) yang diusahakan di bawah naungan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Projek tersebut diperakukan dengan nombor kod UKM-SK-04-FRGSO109-2010 berjudul Gender dalam Sastera: Menilai Semula Pemahaman “Hubungan Gender” dalam Sastera Melayu.

Di samping buku ini, sebuah lagi buku yang mendahuluinya ialah Islam, Feminisme Barat dan Sastera Melayu, yang juga terhasil daripada projek yang sama. Berbanding dengan buku tersebut yang lebih bersifat teoretikal, buku ini lebih menjurus kepada rungkaian teks. Hatta berbeza penekanan, kedua-dua buah buku, selaku hasil projek yang sama, mengekalkan teras penyelidikan iaitu menilai semula takrif gender dan hubungan gender dalam sastera Melayu.

Khusus bagi buku ini, mauduk tersebut diserlahkan melalui beberapa buah makalah oleh beberapa orang pengkritik yang menganalisis beberapa buah teks terdiri daripada pelbagai genre dari perspektif yang tertentu pula. Kumpulan makalah tersebut diberi judul ringkas tetapi padat iaitu Gender dalam Sastera Melayu.

Sesungguhnya dalam konteks sastera Melayu, soal gender seperti yang dibahaskan oleh feminisme dan teori sastera feminis cetusannya mendapat tempat di institusi pengajian tinggi sama ada dalam bentuk kuliah yang berfokuskan gender atau feminisme, seminar yang secara sedar bertemakan gender atau feminisme, atau terbitan buku yang secara khusus mengupas soal gender atau feminisme. la juga menarik perhatian para pengkritik khususnya dalam kalangan pengkritik wanita sehingga muncul beberapa nama yang persis dikenali sebagai pengkritik feminis.

Minat terhadap soal gender dan feminisme ini di satu pihak memperlihatkan betapa sarjana tempatan mengikuti
perkembangan fahaman dan idea baru berkaitan sastera khususnya yang terhasil di Barat, dan dari segi itu ia amat memberansangkan kerana jelas dunia sastera Melayu peka dengan perkembangan terkini.

Di pihak yang lain pula, ia mengundang tanggungjawab yang berat agar pegangan, fahaman dan idea persuratan, penulisan dan seni tempatan tidak pula terkesamping lantaran keghairahan terhadap idea Barat tersebut, yang rata-rata begitu memukau bentuk bahasan dan retoriknya. Justeru, saringan dan penyesuaian yang relevan dan tertentu menjadi pertimbangan yang sangat penting, dan dalam konteks inilah buku ini secara konkrit memperlihatkan sejauh mana saringan dan penyesuaian tersebut telah dilakukan oleh para pemakalah, di samping memperlihatkan juga sejauh mana saringan tersebut telah dapat mempertingkatkan fahaman kita secara bererti terhadap teks yang dirungkai. Atau, soal gender tersebut, hatta tanpa kemasukan idea Barat, tetap mampu ditangani dengan berkesan oleh timbang tara tempatan yang peka kepada agama lslam dan budaya akal-budi Melayu.

Weight0.296 kg
Dimensions22.6 × 15.1 × 1.1 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Shahnon Ahmad: Islam, Power and Gender

    Shahnon Ahmad: Islam, Power and Gender

    RM25.00
  • Islam, Feminisme Barat dan Sastera Melayu

    Islam, Feminisme Barat dan Sastera Melayu

    RM35.00