Hikayat Perempuan Bernama Latifah

Transliterasi dan suntingan oleh NIK AFIFAH NIK ABDUL AZIZ

DBP (Cetakan Pertama, 2017)
22 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM10.00

In stock

Hikayat Perempuan Bernama Latifah merupakan sebuah karya kesusasteraan tradisional yang dapat dikelompokkan dalam genre hikayat bercorak Islam yang menekankan sifat kesolehan dan ketakwaan seorang wanita. Naskhah “Hikayat Perempuan Bernama Latifah” ini ditulis dalam bentuk prosa. Kandungan cerita hikayat ini menggunakan latar zaman Nabi Muhammad SAW. Bukti latar ini amat jelas apabila setiap perkara yang berlaku pada masa itu segera dirujuk kepada Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, segala permasalahan dan kemusykilan dapat diselesaikan pada masa itu juga. Hasil daripada penelitian yang dibuat, penulis hikayat ini tidak memasukkan unsur-unsur asing ataupun kepercayaan animisme dalam penulisannya.

Hikayat ini mengajak pembaca agar mencontohi watak Latifah, seorang wanita yang taat kepada suami dan solehah dalam kehidupan di dunia. Kisah dan teladan yang terkandung dalam naskhah ini boleh menyedarkan masyarakat Islam terutamanya golongan wanita Islam, di samping peringatan-peringatan yang perlu dipatuhi dalam melayan kehidupan berumah tangga. Hal ini sekali gus dapat memandu para isterI menjadi isteri yang baik. Selain itu, diceritakan juga ganjaran yang diterima oleh isten yang solehah kepada suami di akhirat dan bentuk hukuman yang diterima oleh wanita yang menderhaka kepada suaminya. Setiap perbuatan isteri terhadap suami sama ada baik atau buruk akan menerima balasan daripada Allah SWT di akhirat kelak. Aspek-aspek yang dibincangkan boleh dijadikan pegangan setiap insan terutama para isteri dalam menjalani kehidupan seharian dalam alam rumah tangga.

Naskhah “Hikayat Perempuan Bernama Latifah” yang digunakan untuk kajian ini adalah bertulisan Jawi, bernombor MSS 2217 (A) yang berada dalam simpanan koleksi Pusat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia. Walaupun dalam keadaan agek usang, naskhah ini masih baik dan lengkap. Naskhah ini dalam bentuk sebuah buku kecil dan nipis. Bahagian tepi naskhah im telah dijahit dengan benang berwarna putih untuk mengekalkan keadaan fizikal naskhah supaya kukuh dan tidak terlerai.

Kertas naskhah ini berwarna putih kekuningan dan tidak pula terdapat sebarang tera air. Tulisannya berwarna hitam, terang dan kemas, manakala aksara yang digunakan ialah tulisan Jawi. Dari segi bahasa, naskhah ini menggunakan bahasa Melayu klasik. Namun, terdapat juga kata-kata Arab khususnya ayat-ayat al-Quran dan istilah-istilah Arab.

Dari segi bekas pena pula nampak agak sekata dan tidak menampakkan perbezaan yang ketara dalam setiap huruf. Ini membuktkan adanya daya ketelitian oleh masyarakat silam yang amat menekankan mutu penulisan dalam naskhah mereka. Keseluruhannya, masih lagi memuaskan dan sempurna tanpa ada halaman kosong. Ini menunjukkan bahawa tiada terdapat sebarang lembaran kertas yang hilang. Tidak terdapat sebarang penomboran muka surat pada halaman-halaman naskhah. Justeru, pengkaji telah mencatatkan nombor halaman pada setiap salinan naskhah ini untuk memudahkan pengkaji menjalankan penganalisisan terhadap naskhah tersebut.

Naskhah “Hikayat Perempuan Bernama Latifah” ini mempunyai 17 helai yang terdiri daripada 26 halaman. Naskhah yang berukuran 20 x 17 sentimeter ini ditulis tangan berdakwat hitam dengan menggunakan sistem ejaan Jawi lama. Jumlah baris bagi setiap halaman adalah sekata, iaitu semua halaman memuatkan 18 baris pada bahagian awal hinggalah pada halaman 26. Kesekataan ini membuktikan pengarang naskhah ini agak menekankan soal teknikal naskhahnya. Pada bahagian awal (doksologi), iaitu pada halaman pertama hanya terdapat 15 baris sahaja kerana pembukaan cerita dimulai dengan ayat Bismil’llahi’l-Rahmani’l-Rahim. Pada bahagian akhir naskhah (kolofon), iaitu pada halaman 26 hanya terdapat 9 baris sahaja sebagai penutup naskhah tersebut. Dani segi usia naskhah “Hikayat Perempuan Bernama Latifah” pula, tada tebarang catatan dibuat oleh pengarang naskhah ini tentang tankh naskhah ini dikarang ataupun disalin. Justeru, sukar bagi pengkaji untuk menentukan usia naskhah ini.

Kata Pengantar
Pendahuluan
Lambang

Transliterasi Teks “Hikayat Perempuan Bernama Latifah

Glosari
Bibliografi
Indeks

Weight0.112 kg
Dimensions21.5 × 14 × 0.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.