Out of stock

Kampung Si Fatimah

IAIN BUCHANAN is an independent writer and illustrator. For about 25 years, he taught geography to university students. His particular interest was in economic and political geography, and Southeast Asia.

Terjemahan daripada judul Fatimah’s Kampung oleh MUHAMMAD HAJI SALLEH

ITBM (Cetakan Pertama, 2017)
117 halaman

RM50.00

Out of stock

Kampung Si Fatimah merupakan terjemahan oleh Muhammad Haji Salleh untuk judul Fatimah’s Kampung karya Iain Buchanan. Kampung Fatimah ialah kampung terakhir yang ditelan kota. Walaupun kecil, inilah kampung yang didirikan oleh moyang Fatimah, rumahnya pula dibina daripada bahan-bahan hutan. Berhampiran dengan kampung itu ialah keramat, berserta merpati dan pokok sucinya. Di atas bukit pula secebis hutan terakhir, tempat tumbuhnya rotan manau yang besar dan harimau bersembunyi.

Selama beberapa generasi, keramat itu melindungi kampung daripada pembangunan. Semua tempat lain di desa diranapkan, tempat bersejarah dimusnahkan. Akan tetapi, Fatimah masih bertuah kerana dapat hidup di dalam rumah yang dibina moyangnya, dan dia dapat mendengar daun pisang berkibar sewaktu hujan turun di luar tingkapnya. Dia akan meneroka keramat itu, bercakap dengan burung merpati… dan masih dapat berjalan di bawah bayang-bayang pokok purba.

Selepas itu, datanglah pembangunan. Hutan ditebang, kampung dimusnahkan dan kilang yang sangat besar didirikan. Namun, ini tidak menandakan tamatnya riwayat rumah yang dibina oleh moyang Fatimah. Namun, ini bukan bererti akhirnya riwayat merpati di keramat itu, apabila sarangnya ditumbangkan… atau untuk harimau yang telah diburu, yang menghuni fikiran Fatimah buat begitu lama. Cerita Fatimah ini ialah sebuah ibarat, buat kanak-kanak dan orang dewasa, tentang sebuah dunia yang cepat berubah. Kisahnya mengingatkan kita betapa indahnya hidup ini dan suatu peringatan betapa mandulnya fikiran kita jika kita membiarkan berlaku sedemikian.

Penghargaan
Meneroka Kampung Si Fatimah

Bab 1 Kampung Hidayah — Rumah Fatimah

Bab 2 Keramat Bismillah Wali — Makam Datuk

Bab 3 Hutan Pak Belang

Bab 4 Kebinasaan

Bab 5 Kenangan Kencana

Bab 6 Tamat

Weight0.56 kg
Dimensions21 × 29.6 × 1 cm
Author(s)

,

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Fatin Syamimy (Verified Reader)

    Buku yang menarik. Teruskan bawa masuk & ketengahkan buku sebegini.

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.