Sale!

Kesultanan Melayu Terengganu

Diselenggara oleh ROGAYAH A. HAMID dan MARIYAM SALIM

DBP (Cetakan Pertama, 2006)
434 halaman termasuk Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

Original price was: RM67.00.Current price is: RM50.00.

In stock

Siri Kajian Naskhah Kesultanan Melayu: Kesultanan Melayu Terengganu menyorot secara menyeluruh naskhah-naskhah penting bumi Terengganu, salah satu pusat kerajaan beraja yang mengamalkan agama Islam sebagai teras pemerintahannya. Ia mengupas sistem pentadbiran, ketatanegaraan, salasilah kesultanan Kedah, kitab-kitab ilmu, serta budaya yang wujud dan berkembang sehingga hari ini.

Menurut pengertian konsep persejarahan Melayu tradisional, “sejarah” bukanlah semata-mata rentetan peristiwa yang berlaku, atas sebab yang khusus, kemudian meninggalkan kesan tertentu terhadap sesuatu kelompok manusia dan menyebabkan berlakunya perubahan daripada yang lama atau yang ludah menjadi kebiasaan kepada satu cara hidup yang sama sekali baharu. Pujangga istana sesebuah kerajaan di Nusantara atau yang dahulunya terkenal sebagai Gugusan Pulau-pulau Melayu menganggap “sejarah” lebih daripada itu.

“Sejarah” merangkum peristiwa yang berlaku dalam negeri seperti yang disebut di atas, perkembangan negeri tersebut semenjak dibuka, asal usul raja yang memerintah dari awal hingga akhir, susun lapis masyarakatnya yang bermula dari istana hingga peringkat rakyat biasa, peraturan dan undang-undang, adat istiadat dan sebagainya. Pendek kata, apa-apa sahaja yang berlaku, termasuk kelahiran dan kemangkatan seseorang dari istana, terutama rajanya, perhubungan dengan kerajaan luar/asing sama ada berlatarbelakangkan politik, perdagangan, perkahwinan ataupun sekadar mengutus surat persahabatan dan mungkin lain-lain lagi, dianggap sebagai sebahagian daripada “sejarah”.

Hal itu sebenarnya tergolong ke dalam perkara yang dinyatakan oleh raja kepada Tun Seri Lanang semasa memerintahkan supaya Sulalat al-Salatin dikarang.

Bahawa beta minta perbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri pertuturan raja-raja Melayu dengan istiadatnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya.—Abdul Samad Ahmad, 1986:3

Kesultanan Melayu Terengganu menyorot secara menyeluruh naskhah-naskhah penting bumi Terengganu, salah satu pusat kerajaan beraja yang mengamalkan agama Islam sebagai teras pemerintahannya. Ia mengupas sistem pentadbiran, ketatanegaraan, salasilah kesultanan Terengganu, kitab-kitab ilmu, serta budaya yang wujud dan berkembang sehingga hari ini.

Pengantar
Pendahuluan

1. Naskhah Salasilah Sultan Omar dan Salasilah Kesultanan Terengganu
Arba’iyah Mohd. Noor

2. Surat-surat Baginda Omar
Abdullah Zakaria Ghazali

3. Warkah-warkah Istana Negeri Terengganu: Tujuan dan Kandungan
Norizan Abdul Ghani

4. Catatan Bicara Tuk Syeikh Duyung
Abdul Wahab Yunus dan Rashid Hamat

5. Kitab Ma‘ārij āl-Lāhfān Ilā Haqā ‘Iq al-‘Irfān oleh Sayid Abdul Rahman bin Muhammad bin Zayn al-‘Idrus (Tuk Ku Paloh)
Mohd. Taufik Arridzo Mohd. Balwi

6. Itqan al-Muluk bi Ta‘dil al-Suluk (Undang-Undang bagi Diri Kerajaan Terengganu): Kedudukan Raja dan Pembesar
Halimah Hassan

7. Itqan al-Muluk bi Ta‘dil al-Suluk: Suatu Tinjauan Umum
Mohd. Yusof Abdullah

8. Hikayat Hang Tuah Versi Terengganu: Suatu Perbincangan dan Perbandingan Ringkas dengan Beberapa Versi Lain
Siti Hawa Haji Salleh

9. Ubat Tradisional: Kitab Tib Versi Terengganu
Harun Mat Piah

10. Kitab Tajul Muluk Karangan Haji Wan Hassan bin Syeikh Tuan Ishak Patani
Hashim Awang A.R.

11. Kitab Bintang Dua Belas: Suatu Analisis Umum
Bazrul Bahaman

12. Rodat: Dahulu dan Sekarang
Mohd. Noor Ismail

13. Syair Perkahwinan Dahulukala
Zahir Ahmad dan Mohd. Taufik Arridzo Mohd. Balwi

14. Sahibul Kitab Sultan Zainal Abidin: Adab Ketatanegaraan Kesultanan Terengganu
Jelani Harun

Indeks

Weight0.790 kg
Dimensions22.4 × 14.5 × 3.5 cm
Format

Language

Publisher

Series

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.