Legasi Kesultanan Kedah

ABDUL MUA’TI @ ZAMRI AHMAD adalah Profesor di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

ROHIMMI NOOR adalah pensyarah kanan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.

Penerbit UPM (Cetakan Pertama, 2019)
115 halaman termasuk Glosari dan Indeks

RM98.00

Only 1 left in stock

Legasi Kesultanan Kedah menyingkap sejarah hidup DYMM Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid, sultan Kedah Darul Aman yang ke-27, yang memerintah dari 1943 hingga 1958. Meskipun tempoh pemerintahan baginda hanya selama 15 tahun, namun banyak peristiwa signifikan berlaku dalam tempoh tersebut. Antaranya pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945, gagasan Malayan Union oleh British pada 1946, pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957. Sultan Badlishah telah memerintah negeri Kedah mendepani segala cabaran dan tribulasi tersebut dan akhirnya berjaya meninggalkan legasi kesultanan Kedah yang kekal hingga ke hari ini.

Sejarah Kesultanan Kedah bermula sejak Sultan Mudzafar Shah I pada 1136. Sejak itu Kedah diperintah silih berganti oleh sultansultannya. Sultan Badlishah mengambil alih takhta kesultanan menggantikan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Abdul Hamid pada 1943. Baginda adalah Sultan Kedah yang ke-27.

Semasa baginda menaiki takhta, Kedah berada di bawah pendudukan Jepun. Pada 1945, British kembali ke Tanah Melayu setelah tamatnya Perang Dunia Kedua. Kemudian pada 1946 British cuba membentuk satu gagasan baharu yang dinamakan Malayan Union. Melalui gagasan ini seluruh Semenanjung Tanah Melayu ditukar status daripada tanah naungan British kepada tanah jajahan British. Sultan Badlishah bersama sultan-sultan lain, pemimpin Melayu dan rakyat jelata menentang keras pembentukan gagasan ini.

Akhirnya British terpaksa mengalah dan sebagai gantinya membentuk Persekutuan Tanah Melayu pada 1948. Persekutuan ini adalah entiti peralihan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu yang merdeka sepenuhnya pada 1957. Sultan Badlishah melalui detik getir memerdekakan tanah air ini daripada penjajah. Baginda mangkat pada 1958. Meskipun jangka masa pemerintahan baginda hanya lima belas tahun, namun perjuangan baginda dalam memerdekakan tanah air khususnya negeri Kedah sangat signifikan dalam sejarah bangsa.

Buku ini dihasilkan dengan hasrat mendokumenkan sejarah perjuangan Sultan Badlishah tatkala negara ini khususnya negeri Kedah berada di ambang kemerdekaan. Bahan yang disajikan dalam buku ini dikumpul melalui temu bual dengan informan dan tinjauan ke arkib di Bangkok, London, Kuala Lumpur dan Alor Setar.

Buku ini terdiri daripada lima bab. Bab 1 menceritakan sejarah hidup Sultan Badlishah sebelum baginda menaiki takhta. Bab 2 pula mengupas kehidupan baginda sewaktu pendudukan Jepun di Kedah. Seterusnya, Bab 3 mengupas tentang pemerintahan Sultan Badlishah setelah British kembali selepas perang dan penentangan baginda terhadap gagasan Malayan Union. Berikutnya, Bab 4 pula mengulas tentang penglibatan Sultan Badlishah dalam usaha memerdekakan Tanah Melayu. Akhirnya, Bab 5 merekodkan peristiwa kemangkatan baginda.

Weight0.916 kg
Dimensions28.8 × 24.9 × 1.2 cm
Format

Class

Language

,

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Syazwan Nazmi (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.