Magis Keris membincangkan aspek kekuatan batiniah dalaman keris berisi daya ghaib yang menjadikan keris sakti. Keris bukanlah hanya sekadar senjata untuk memotong atau melawan musuh. Magis keris turut mempunyai hubungan yang akrab dengan seni persembahan tradisional Melayu. Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu turun-temurun yang menjadi lambang kemegahan bangsa dan negara. Keris merupakan senjata kepunyaan masyarakat Melayu warisan keturunan pusaka nenek moyang silam yang masih lagi dipertahankan sehingga kini. Keris dari aspek luaran adalah senjata yang tampak tajam sama ada dalam bentuk picit, lurus, atau berlok. Sebaliknya, ‘magis’ ialah keris yang mempunyai kekuatan supernatural; magis keris merupakan semangat yang berisi kekuatan dalaman yang terkandung dalam keris. Keserasian antara semangat tubuh (dalaman) bersama-sama dengan semangat besi keris (luaran) menyebabkan kewujudan kekuatan semangat baharu yang berjiwa kental, berani dan semangat kuat. Keris besi semangat kuat ditempa mengikut perhitungan naskhah hari dalam pertukangan keris dan berisi campuran besi emas. Keserasian hubungan keris dan pemakainya menjadikan keris itu sakti.
Magis keris yang bersifat luar biasa adalah senjata warisan pusaka keturunan pendekar atau ilmu persilatan yang handal. Pesilat atau pendekar yang mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi sangat mahir dalam mengendalikan senjata keris dalam kehidupan seharian. Magis keris merupakan keris yang berabad lama usianya namun, keris yang diselitkan doa menambahkan bisa kesaktian kuasa luar biasa dan keris aktif berperanan senjata bernyawa sebagai alat pembantu dalam ritual tertentu. Misalannya Keris Picit, Keris Anak Alang, Keris Wafak, Keris Jawa Demam dan Keris Hanuman Kera Putih merupakan keris aktif berisi kekuatan ghaib yang menjadikan magis keris. Oleh yang demikian, magis keris bukanlah sejenis keris yang kosong dan bukan keris perhiasan. Akan tetapi, keris yang dipakai kerana berisi kekuatan ghaib yang terkandung dalam isian keris. Terdapat sebilangan keris yang boleh dihasilkan tukang berisi kekuatan luar biasa dengan magis keris. Keris berisi agak sukar ditemui pandai besi yang mempunyai kemahiran dan kepandaian dalam seni pembuatan menempa magis keris tersebut.
Reviews
There are no reviews yet