Out of stock

Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api

AHMAD BOESTAMAM (1920-1983; nama asal: Abdullah Thani bin Raja Kechil) ialah seorang aktivis politik anti penjajah Inggeris di Malaysia. Beliau ditangkap dan dipenjarakan sebanyak 3 kali. Beliau bersama-sama Ibrahim Yaakob menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM), kemudian menubuhkan Gerakan Kiri Tanah Air (KITA), dan kemudiannya menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Beliau menggunakan nama Ahmad Boestamam mulanya sebagai nama pena ketika menubuhkan akhbar Suara Rakyat pada tahun 1945 di Ipoh, Perak. Nama ini lekat sebagai nama yang popular. Beliau juga pernah menggunakan nama pena Ruhi Hayat dan Jiwalara.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2004)
384 halaman termasuk Indeks

RM55.00

Out of stock

ISBN: 9789679426120 Product ID: 950 Subjects: , Sub-subjects: , , ,

Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka dengan Darah dalam Api hasil tulisan Ahmad Boestamam yang diterbitkan pada 2004. Buku ini hasil himpunan tiga buku iaitu Lambaian dari Puncak, Merintis Jalan ke Puncak dan Tujuh Tahun Malam Memanjang. Ahmad Boestamam mendapat inspirasi daripada Subhas Chandra Bose, seorang pejuang kemerdekaan India. Boestamam tersohor sebagai seorang tokoh nasionalis dan penulis yang disegani, tajam dan peka dengan keadaan di sekelilingnya. Pembentangan sejarah tanah air dan perjuangan Boestamam menentang penjajah sewaktu memperjuangkan kemerdekaan dan dilihat dengan jelas menerusi Lambaian dari Puncak. Keterlibatannya dalam politik pula dapat dilihat dengan jelas menerusi Merintis Jalan ke Puncak.

Karya beliau lebih tertumpu kepada pergolakan dalam satu kehidupan yang sarat dengan perjuangan, pengorbanan dan penderitaan yang pernah ditanggungnya. Lewat naskhah Tujuh Tahun Malam Memanjang, Boestamam lebih memberikan tumpuan tentang kisah suka duka pengalaman silamnya yang berkali-kali ditahan dan merana dengan kehidupan hitam di sebalik tirai besi. Edisi terbitan ini menghimpunkan ketiga-tiga karya Boestamam agar dapat dihayati oleh pembaca lain. Rentetan kehidupan beliau yang gemilang dan tragis dapat dikesan menerusi penulisannya. Justeru, dalam keadaan penerbitan yang segar begini diharapkan generasi muda patut menghayati dan menghargai nilai kemerdekaan yang pernah diperjuangkan oleh Boestamam dan rakan-rakannya. Kekentalan semangat yang ditiup oleh Subhas Chandra Bose turut membakar jiwa Ruhi Hayat sehingga beliau sanggup mengabadikan nama popularnya sebagai Boestamam.

Satu lagi sumbangan besar Boestamam ialah menyusun Testament Politik API. Merdeka dengan darah yang menjadi tema dokumen tersebut begitu sinonim dengan perjuangan hidupnya yang selalu membara. Testament ini menerangkan tentang kebangkitan pergerakan tanpa mengira ras tenaga pemuda dan pemudi di Malaya dan di seluruh dunia. Bahan ini sesuai untuk bacaan masyarakat umum terutama mereka yang berminat dalam bidang sains politik.

Senarai Gambar
Senarai Singkatan
Prakata Editor
Kata Pengantar oleh Tan Sri A. Samad Ismail

BAHAGIAN I – LAMBAIAN DARI PUNCAK

1. Penglibatan Pertama dalam Politik
2. Azimat Perjuangan: Kata-kata Sakti Ayah
3. Pengalaman dengan Wanita Tahanan
4. Bagaimana Cita-cita Merdeka Berbunga
5. Memenuhi Harapan Ayah Sebelum Merantau
6. Berlatih Menjadi Pemidato
7. Kecenderungan Bersekolah Kembali Menyala
8. Suka Duka dalam Khemah Latihan
9. Mengajar Pelonco Melalui Pidato
10. Mengenang Kembali Kawan Selatihan
11. Mengisi Pengeras dengan Berlari Anak
12. Tak Hilang Bisa, Ular Menyusur Akar
13. Memuja Seorang Pemimpin
14. Yang Bijak, Rakyat!
15. Menjadi Gergaji Dua Mata
16. Pengalamanku, Perjuanganku

BAHAGIAN II – MERINTIS JALAN KE PUNCAK

17. Menerbitkan Harian Tanpa Modal
18. Minta Maaf pada BMA Tiap Hari
19. Menerbitkan Voice of the People
20. Menubuhkan PKMM
21. Berdialog dengan Golongan Feudal
22. Kelahiran API dan Sebabnya
23. Rahman Rahim -‘Hero’ Perjumpaan Ramai
24. PKMM dengan Malayan Union
25. Menerbitkan Harian Pelita Malaya dan Mingguan Suluh Malaya
26. Tenaga Wanita dalam PKMM
27. PKMM dengan Tenaga Kaum Tani
28. PKMM Menarik Diri dari UMNO
29. Inggeris Mula Mencurigai PKMM dan API
30. Tawaran untuk Menjadi Boneka Inggeris
31. PKMM Menunjukkan Kekuatannya di Melaka
32. Mula Pertama Penjajah Inggeris Menunjukkan Belang
33. Nyaris Bergaduh dengan Askar Gurkha
34. PUTERA Lahir
35. Tenaga Kiri Rakyat Malaya Bersatu
36. Perlembagaan Rakyat Diluluskan
37. Hartal – Kemuncak Perjuangan PUTERA-AMCJA
38. Ishak Menggantikan Dr. Burhanuddin Memimpin PKMM
39. API Tak Sempat Membakar
40. Kemuncak Penderitaan Sesudah API Diharamkan
41. Dijemput dengan Kereta dan Ditawarkan Menjadi Ejen Inggeris
42. Mengisi Vakum Akibat Pengisytiharan Darurat

BAHAGIAN II – TUJUH TAHUN MALAM MEMANJANG

43. Dibawa ke Neraka
44. Di dalam Neraka
45. Pulang dari Neraka

Indeks

Weight0.799 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 3.1 cm
Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (store manager)

    (0) (0)
  2. Anonymous (store manager)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.