Out of stock

Pandangan Dunia Melayu Pancaran Sastera

MUHAMMAD HAJI SALLEH (b. 1942 – ) merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997. Pada 2008, beliau dinobat sebagai Tokoh Akademik Negara. Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1978-1982) dan banyak menterjemah puisi berbahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Beliau juga menjadi sidang editor jurnal Tenggara, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara.

DBP (Cetakan pertama, 2012)
228 halaman

RM30.00

Out of stock

Kesusasteraan—lisan dan tulisan—ialah khazanah terbesar dan terpenting tentang cara berfikir bangsa Melayu, konsep alam dan masyarakat serta nilai-nilainya. Begitu juga konsep manusia baik dan buruk serta estetikanya. Dalam Pandangan Dunia Melayu Pancaran Sastera, Muhammad Haji Salleh, Noriah Taslim, Siti Hajar Che Man, Sohaimi Abdul Aziz dan Zakaria Ali menggeledah khazanah besar sastera tradisional yang kaya untuk mencari falsafah alam, konsep ruang, konsep hubungan dalam keluarga dan masyarakat, rangka keindahan yang berdasarkan kesedihan serta bagaimana estetika dalam Sulalat al-Salatin juga masih hadir dalam karya-karya pelukis mutakhir.

Inilah kali pertama kajian sedemikian dilaksanakan. Pengarang-pengarangnya berjaya masuk ke dalam jiaw dan akal manusia awal dan menerangi liku-liku ruang pandangan hidup n falsafah mereka. Mereka menawarkan sudut pandangan, gagasan serta wawasan yang menjelaskan lagi jiwa dan pemikiran Melayu. Oleh sebab persoalan yang ditimbulkan bersifat rentas disiplin maka kajian mereka boleh dikongsi bersama pembaca daripada semua bidang.

Di Malaysia, kesusasteraan ditakrifkan sebagai seni bahasa yang mencakupi bidang-bidang pengkisahan yang imaginatif, seperti puisi dan hikayat, dan juga ditambah kepada bidang ini sejarah, peribahasa, mantera, perbilangan adat, perubatan dan buku bimbingan membuat peluru, dakwat, dan sebagainya. Pada zaman prakurun ke-ZO, jangkauan sastera sangat luas, dan dengan itu sastera amat relevan serta berperanan penting dan luas. Bukti khazanah yang sampai kepada kita hari ini pula memperlihatkan betapa hadirnya puisi, hikayat, adat, sejarah serta panduan perubatan tradisional dalam masyarakat Melayu.

Sementara itu, oleh sebab keluasan daerahnya kita perhatikan bahawa sasteralah yang menyimpan khazanah bangsa Melayu. Seni lain ialah tekstil, seni bina, anyaman, dan pertukangan besi, emas dan perak. Oleh yang demikian, sasteralah yang terbanyak menyimpan khazanah cerita, puisi, dan hikayat, di samping sejarah, adat istiadat, amalan harian dan lain-lain. Tiada suatu pun seni atau alatan yang menjadi dokumen masa sudah selengkap karya-karya sastera lisan dan bertulis. Selain menulis memerikan masyarakatnya ~dari awal sehinggalah ke pinggir kurun ke-20, sastera melukis kepercayaan masyarakat itu, dan secara umumnya bagaimana masyarakat itu hidup di buminya.

Bangsa Melayu tidak memiliki dokumen khusus tentang pandangan hidupnya seperti yang kita lihat pada beberapa bangsa lain. Namun ini tidak bermakna bahawa bangsa Melayu tidak mempunyai suatu (atau lebih) pandangan hidup. Hanya seperti dalam konsep keindahan atau konsep masyarakatnya, pandangan hidup, atau pemikiran yang memperlihatkan unsur-unsur falsafah, disampaikan dalam bentuk-bentuk cereka, seperti cerita lisan, hikayat, pantun, mantera dan peribahasa.

Dalam bab-bab berikut ini penyelidik-penyelidik cuba mencari dan memerikan beberapa konsep asas dalam kehidupan orang Melayu. Kecenderungan , lakuan , perspektif individu serta kelompok dan unggul bangsa cuba diselidiki. Dalam hal ini pandangan hiduplah yang menjadi sasaran dan bukan falsafah, kerana falsafah menuntut bahawa terdapat sebuah sistem atau jaringan akrab dan agak rapi antara satu sama lainnya. Namun meskipun tidak terdapat sebuah sistem yang jelas hubungannya antara satu bidang kehidupan dengan yang lainnya, kita dapat melihat bayangan bahawa semuanya berkaitan antara satu dengan yang lainnya, dan muncul daripada suatu bangsa yang hidup di berbagai-bagai bidang, termasuk hubungannya dengan alam, konsep ruang, perspektif hidup dalam masyarakatnya dan seterusnya estetika sastera dan seni. Inilah yang kami cuba kutip untuk diperkenalkan kepada pembaca.

Sekiranya di gabungkan semua sudut pandangan ini maka akan muncul suatu pandangan hidup yang agak berpadu dan menyerlahkannya dalam perbincangan.

Sekiranya kita cukup tekun membaca yang tersurat dan yang tersirat maka kita akan dapat merungkai pandangan hidup bangsa yang mencipta karya-karya ini. Walaupun sastera berjiwa imaginatif, namun karya-karyanya juga sering menangkap kenyataan dan seperti kata Takdir Alisjahbana, menjadi *cermin’ untuk masyarakatnya. Jadi kita boleh harapkan suatu kenyataan yang dapat diandalkan dalam karya-karya ini sekiranya kita faham bagaimana menggunakan sumber ini. Inilah yang Pandangan Dunia Melayu Pancaran Sastera ingin rungkai daripada baris-baris sastera beberapa konsep dasar dalam pandangan hidup bangsa Melayu.

Pandangan Dunia Melayu Pancaran Sastera membahagikan penelitian kepada lima bab; pertama, pandangan alam; kedua, konsep ruang; ketiga, martabat manusia dalam keluarga dan masyarakat; keempat, duka sebagai unsur estetika sastera; dan akhirnya estetika seni visual.

Weight0.313 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.5 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.