Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus

Seyyed Hossein Nasr (سید حسین نصر‎) dilahirkan di Iran pada 17 April 7 1933. Beliau menerima pendidikan di Tehran dan di Amerika Syarikat, dan pada tahun 1958 telah menerima anugerah ijazah PhD daripada Harvard University dalam bidang sejarah sains dan falsafah. Beliau telah menyampaikan syarahan di banyak bahagian dunia dan telah dipilih untuk menyampaikan Grifford Lectures di Universiti Edinburgh pada tahun 1981. Beliau adalah ahli jawatankuasa kerja bagi International Congress of Medieval Philosophy (Kongres Antarabangsa Falsafah Abad Pertengahan) dan La Fédération internationale des sociétés de philosophie (FISP). Beliau telah menulis lebih 21 buah buku dan lebih dua ratus buah makalah dan reviu, yang telah diterjemahkan ke dalam lebih dua belas bahasa di seluruh dunia.

Baharudin Ahmad mendapat pendidikan awal di Pulau Pinang, Ijazah Sarjana Muda dari UKM, Sarjana dari Universti Temple dan ijazah kedoktoran tentang Sufisme di Alam Melayu dari universiti yang sama.

DBP (Cetakan Pertama 1989)
198 halaman

RM20.00

Buku Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus adalah terjemahan yang sah daripada buku Philosophy, Literature and Fine Arts, edisi pertama 1982 karangan Seyyed Hossein Nasr, terbitan King Abdulaziz University, Jeddah. Buku ini ialah siri pertama bagi Siri Pendidikan Islam terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka.

Peri mustahaknya terletak pada penjelasan masalah pendidikan asasi di dunia Islam, pada perumusan metodologi bagi penyelesaian masalah-masalah ini dan pada membuatkan pembaca di Timur dan di Barat menghargai bahawa pemikiran orang Islam moden yang juga penuh keimanan.

Orang-orang Islam di seluruh dunia pada masa ini sedang melalui suatu peringkat kritikan dan penilaian diri sendiri. Mereka telah sedar bahawa negara-negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam yang merentasi kawasan dari Morocco hingga ke Indonesia telah mengambil sistem Pendidikan Barat untuk memperoleh pengetahuan dan teknologi yang membolehkan mereka maju dengan kebendaaan. Pendekatan sistem pendidikan itu adalah bersifat sekular sebagai andaian asas disebalik semula jadi. Sains gunaan dan sains sosial tidak diambil daripada sumber-sumber agama, tetapi sebaliknya diasingkan atau dipisahkan daripadanya. Sistem itu memupuk cara moden dalam kehidupan masyarakat muslim yang disokong oleh media am, tetapi berlawanan dengan rukun syariah. Oleh itu, dikotomi budaya telah timbul di seluruh dunia Islam: Pendidikan tradisional Islam di satu pihak masih berterusan di kalangan kumpulan agama, pendidikan sekular di satu pihak lagi, mewujudkan ahli sekular yang tidak mengendahkan sama ada nilai tradisi atau nilai agama.

Sebahagian ahli fikir Islam khuatir bahawa ciri Islam beransur-ansur terkikis dan mengalami kehancuran dan kejatuhan moral seperti yang dialami oleh orang-orang Barat. Untuk menghalang perkara ini daripada berlaku dan untuk mengekalakan identiti islam, pakar-pakar  sependapat mengatakan bahawa semua orang Islam mesti menerima suatu pendidikan yang berdasar teguh kepada ajaran Islam dan mempengaruhi semua cawangan ilmu pengetahuan, pengeluaran buku dan program latihan guru.

Jikalau cerdik pandai Islam dapat merancangkan segala beransur-ansur sistem pendidikan seperti itu, ahli pendidikan malahan kumpulan agama Barat pun, akan mungkin mendapati suatu dimensi baru terhadap pemikiran mereka yang dapat menolak balik arus keburukan moral yang telah mengatasi nilai agama, yang memihak kepada faedah kebendaan.

315 orang cerdik pandai Islam berhimpun di Kota Suci Mekah dalam bulan April 1977 kerana mematuhi jemputan Universiti King Abdul Aziz, Jeddah dan Mekah, untuk membincangkan isu ini mencadangkan cara penyelesaiannya. Daripada kertas-kertas kerja yang dikemukakan di Persidangan Pertama Sedunia tentang Pendidikan Islam, dan dari penyiasatan tentang pendidikan Muslim di negara-negara yang majoriti dan yang minoriti penduduknya orang Islam, maka siri ini telah dirancangkan.

Weight 0.246 kg
Dimensions 13.5 x 1.3 x 21.7 cm
Edition

Format

,

ISBN

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Falsafah Kesusasteraan dan Seni Halus”

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.