Pengembaraan ke Kedah, Perlis dan Kelantan merupakan himpunan catatan Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad (Za’ba) yang merakamkan pengalaman dan penelitian beliau semasa melakukan lawatan ke Kedah, Perlis dan Kelantan pada tahun 1928. Catatan tersebut yang pada asalnya diterbitkan dalam Majalah Guru pada tahun 1928 hingga tahun 1929 merupakan pemerhatian Za’ba terhadap gambaran masyarakat di negeri-negeri tersebut terutamanya dari segi sosial, pendidikan dan ekonomi. Pemerhatian dan analisis beliau disertai dengan komen dan kritikan sosial, terutamanya berkaitan sikap dan tabiat masyarakat di negeri-negeri yang dilawatinya.
Buku ini dipersembahkan mengikut kronologi lawatan yang dilakukan oleh Za’ba dan merangkumi huraian tentang tempat-tempat menarik dan individu yang ditemui semasa lawatannya yang bermula di Kedah, dan berakhir di Kelantan. Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan penyelidik dan pengkaji bahasa terutamanya yang mengkaji aspek sosiolinguistk historis, pendidik serta pembaca umum yang berminat mengetahui tentang situasi sosial masyarakat Melayu pada tahun 1920-an.
Anonymous (store manager) –
Anonymous (store manager) –
Anonymous (store manager) –