Out of stock

Peribahasa Melayu: Pemeri Akal Budi

Disusun oleh MUHAMMAD HAJI SALLEH

Penerbit USM (Cetakan Pertama, 2020)
287 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM40.00

Out of stock

Peribahasa Melayu: Pemeri Akal Budi merupakan sebuah kumpulan peribahasa yang unik, kerana untuk pertama kalinya terkumpul juga peribahasa dari daerah-daerah selain Semenanjung, iaitu termasuk Maluku, Kalimantan Selatan, Timur dan Barat, Sumatera Utara, Barat dan Timur dan lain-lain lagi di mana penduduk berbahasa Melayu menggunakannya. Peribahasa ialah warisan pemikiran, renungan, nilai serta tindakan dalam kehidupan sesuatu bangsa. Peribahasa Melayu ialah balai besar epistemologi Melayu. Di sana, kita akan menemukan ilmu, pengalaman dan kebijaksanaannya menghadapi kehidupan dalam suatu julat sejarah yang panjang. Membaca peribahasa adalah membaca kehidupan sesuatu bangsa dalam semua ruang lingkupnya.

Susunan khusus buku ini ingin memberi peluang semantik dan seni kepada pembaca. Oleh sebab itulah, buku ini dibahagikan kepada berbagai-bagai tema, kategori dan bahagian – daripada alam, keluarga, kasih sayang, ekonomi, agama, pendidikan, ilmu pengetahuan, undang-undang, kesihatan, kampung halaman, kerja dan pekerjaan, perasaan, budaya dan persoalan sejagat.

Sewaktu cuba merungkai pandangan hidup dan falsafah manusia berbahasa Melayu, penulis memasuki dunia luas dan berwarna-warni sastera lisan dan bertulis, makyung, wayang dan pantun, serta syair dan bangsawannya. Tetapi pemikiran yang paling bernas bangsa-bangsa Nusantara terkumpul dalam khazanah peribahasa mereka yang dikenali dengan berbagai-bagai nama: pepatah petitih, bidalan, perumpamaan dan ibarat serta tamsil. Di sinilah kita dapat hayat: betapa leluhur kita yang bergenerasi mengalami berbagai-bagai jenis dan bentuk pengalaman dan tantangan, menyatakan sikap mereka, dan meninggalkan pesan untuk keturunan yang akan menyambung kehidupan mereka.

Penulis mendapati bahawa renungan mereka melebarkan pengalaman di hutan dan laut, di bukit dan padang, di rantau dan sungai, dan tidak lupa juga ke pantai seberang yang dibawa oleh kapal-kapal dan perahu mereka. Peribahasa yang kita terima disaring daripada pengalaman yang panjang, dan dihaluskan oleh generasi-generasi yang mewarisinya daripada pencipta awalnya. Bahasanya juga dihaluskan dan dimerdukan. Tetapi penulis menarik juga ialah betapa luas cakupan dan dunia wacana peribahasa ini. Daripada persoalan besar hidup dan mati, kepada ruang-ruang yang lebih khusus seperti tempat dan lagak individu dalam kampungnya, dan seterusnya kepada hal-hal penting seperti pekerjaan, hidup bersama dalam sesebuah masyarakat, ataupun kelangsungan manusia di dunianya.

Peribahasa kita sering disusun menurut urutan abjad. Oleh itu, kita dapat dengan cepat mengesan kelompok-kelompok tema atau persoalan. Maka, bercontohkan Penguin Book of Proverbs, penulis cuba menyusun kembali peribahasa Melayu daripada berbagai-bagai dialek dan pulau, menurut tema dan subtema, persoalan dan rujukannya.

Setelah setahun lebih, manuskrip buku ini pun siap. Namun, setelah itu penulis terus mengembara mencari sastera di pulau-pulau dan tanah besar dan hasilnya telah menemukan beberapa pepatah baharu yang belum pernah kita bawakan ke dalam himpunan peribahasa kita. Sementara itu, buku Iman Budhi Santosa yang berjudul Peribahasa Nusantara (Mata Air Kearifan Bangsa), menyedarkan penulis lagi kepada khazanah gemilang yang merentas Nusantara ini. Penulis memasukkan beberapa peribahasa daripada himpunan itu. Oleh yang demikian, terdapat tambahan baharu yang boleh juga kita kongsikan bersama, kerana ini khazanah bersama kita.

Prakata
Lipatan Sirih Berkapur
Singkatan
Pengenalan

I. Alam Raya

Kuasanya
Alam sebagai Guru/Cermin
Bahagian-Bahagian Alam
— Langit, bintang, bulan, pelangi
— Bumi
Udara
— Laut – gelombang
— Sungai, hulu, muara, beting
— Gunung, lurah, jurang
— Bukit
— Paya
— Pantai
Fauna
— Burung
— Serangga
— Ikan
— Reptilia
— Mamalia
— Sifat alam
Flora
— Pohon
— Bunga
Sifat Alam yang Tidak Berubah

II. Diri Manusia

Asal Usul dan Keturunan
— Keturunan dan nama baik dan jahat
— Keturunan dan perilaku/budi bahasa
Diri
Hak
Hasrat
— Hasrat tercapai
— Hasrat tercapai lebih daripada yang dihasratkan
— Hasrat tidak tercapai
— Hasrat terbalik
— Cita-cita
— Angan-angan
— Yang ada dilepaskan
Watak Asli
Pengawal Diri
Tabiat Asli
Kekuatan Peribadi
Manusia Unggul
— Amanah
— Berbudi
— Beriman
— Bersemangat
— Bertuah
— Berhemat
— Sopan
— Bebas
Bertanggungjawab
— Menyumbang kepada masyarakat
— Bijaksana
— Dalam bodoh ada cerdiknya
— Penuh pertimbangan
— Kecil tetapi cerdik
— Berpengalaman
— Merendah diri
— Jujur
— Peramah
— Penyabar
— Nasihat terhadap yang tidak sabar
— Prihatin
— Rajin berusaha
— Mempunyai harapan masa hadapan
Kecantikan Wanita
— Kecantikan paras
— Kecantikan rambut
— Kecantikan dahi
— Kecantikan kening
— Kecantikan mata
— Kecantikan hidung
— Kecantikan pipi
— Kecantikan bibir
— Kecantikan dagu
— Kecantikan leher
— Kecantikan badan
— Kecantikan tangan
— Kecantikan jari
— Kecantikan kuku
— Kecantikan betis/paha
— Kecantikan tumit
— Kecantikan kulit
— Gaya berdandan
— Gaya berpakaian
— Gerak-geri
Ketampanan Lelaki
— Pemurah
— Rasa malu
— Pembersih
— Pemberani
— Nilai keberanian
— Sifat-sifat keberanian
— Keberanian kosong
— Keberanian buta tuli
— Buruk di luar, baik di dalam
— Kemuliaan
— Pendiam
— Tenang
— Pandai mengawal diri
Manusia Bermasalah
— Kasar dan biadab
— Tidak sabar
— Tidak berbudi
— Tidak berbudi bahasa
— Tidak mengenang budi
— Pendiam
— Penganiaya
— Banyak mulut
— Bercakap besar
— Angkuh dan sombong
— Suka dipuji
— Tidak sedar kekurangan sendiri
— Rakus dan tamak
— Mencari untung pada kesusahan orang
— Licik
— Terlalu memilih
— Tidak terpandang
— Hina
— Bodoh
— Naif
— Gila
— Enggan dan degil
— Bodoh-bodoh — cerdik
— Bingung
— Hodoh kaki
— Gemuk
— Malas
— Hodoh: Umum
— Hodoh rupa
— Hodoh kulit
— Kurus
— Bersuara tinggi
— Tidak berguna pada diri atau masyarakat
— Pengumpat dan perungut
— Pembohong
— Penghasut
— Yang suka mencampuri hal orang
— Penakut
— Kurang pertimbangan dan salah perkiraan
— Kurang hati-hati
— Tidak tetap pendirian
— Tidak dapat mengawal nafsu
— Kosong di dalam diri
— Lain di luar, lain di dalam
— Lain di depan, lain di belakang
— Pencari kesalahan
— Kurang percaya din
— Tiada perasaan malu
— Dimalukan dan mendapat malu
— Diri merosak diri
— Pelaram
— Hanya mengurus kepentingan diri
— Hanya memikirkan kepentingan sendiri
— Iri hati
— Suka makan
— Kikir/kedekut
— Pemboros dan pembazir
Banyak Kerenah
— Suka berkata-kata
— Tidak dapat diharapkan
— Berahsia
— Jahat
— Suka meniru
Keadaan Hidup
— Sebagai mangsa
— Daif
— Kegentingan hidup
— Menghadapi cabaran
— Serba salah
— Nasib malang
— Menyerah kepada nasib
— Tanpa arah
— Tidak berdaya
— Dalam ketakutan
— Mengharap pada yang tidak pasti
— Mengharap pada yang mustahil
— Dalam kesusahan
— Dalam kemiskinan
— Dalam kenangan
Perubahan Keadaan Hidup
— Keadaan meningkat
— Keadaan menurun
— Menjadi rosak
— Kalah
— Menyesal
— Insaf
— Silih berganti
— Tidak banyak berubah
— Mengimpikan perubahan dan kebesaran
— Menangani perubahan

III. Hidup Berkeluarga

Perkahwinan
— Konsep perkahwinan
— Perkahwinan: Caranya
— Perkahwinan yang bahagia
— Perkahwinan: Risiko
— Perkahwinan: Sepadan
— Sifat suami isteri berbeza
— Memilih teman hidup
— Janda
— Manfaat perkahwinan
— Suami isteri: Sesuai
— Suami isteri:Tidak sesuai
Sifat Suami
— Penyayang
— Bertanggungjawab
— Kebapaan
— Jahat
Sifat Isteri
— Penyayang
— Berbudi
— Sifat yang kurang sesuai
— Lebih berkuasa
— Banyak anak
— Curang
— Kurang bijaksana
— Boros
— Tidak amanah
— Degil
— Dimadu
Keserasian Pasangan Hidup
— Berahsia
— Sifat jahat
— Masalah hubungan
— Kehilangan teman hidup
— Menantu
Berkahwin Lebih daripada Seorang
Masalah
— Anak
— Ramai anak
— Anak tiri
Orang Tua dan Perkahwinan
Perselisihan dalam Perkahwinan
— Perceraian
— Perceraian yang baik
— Perceraian yang harus dihindari
— Isteri ditinggalkan
— Pembahagian harta pusaka
— Pembahagian yang adil
— Pembahagian yang tidak adil
Anak
— Anak kecil
— Anak muda/dara/buyang
— Cara mendidik
— Tidak dapat diajar
— Mengahwinkan anak
— Kata-kata menerima pinangan
Ibu Bapa
— Ibu bapa berumur
— Kebahagiaan ibu bapa
— Kasih sayang terhiadap ibu bapa
Orang Tua
— Berlagak muda
Saudara-Mara
— Jenis orangnya
— Nilai persaudaraan
— Yang tidak dapat diharapkan
— Yang dapat diharapkan
— Cara menjaga saudara-mara
— Perselisihan
— Kesan perselisihan
Keluarga dan Masyarakat

IV. Hidup Bermasyarakat

Sifat Saling Bergantungan
Sifat Saling Menghormat
Sifat Saling Membantu
— Cara membantu
— Kegunaan membantu
— Ketika membantu
— Risiko membantu
Ahli Masyarakat
— Yang diasingkan
— Yang bermasalah
— Yang terbuang dari persekitaran asal
— Pergaduhan
— Pergaulan yang akrab
— Perseteruan
— Berhadapan
— Yang menyumbang
— Jiran tetangga
— Warga tua
— Terasing dan sendirian
— Lapisan dan kelompok
— Yakin diri dan berdikari
— Berkongsi kesenangan dan kesusahan
Nilai Hidup Bersama
— Penyesuaian diri
— Persamaan: Umum
— Keadaan yang sama
— Perbezaan status antara kelompok
— Menilai pihak jain
Persahabatan
— Jenis persahabatan
— Bahaya persahabatan
— Kawan sebenar
— Cara menjaga kawan
— Kehilangan kawan
— Kawan akrab
— Kawan setia
— Kawan musim senang
— Musuh dalam selimut
— Kepercayaan dan kecurigaan

Weight0.555 kg
Dimensions24.1 × 16.5 × 2.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.