Out of stock

Peribumi Teluk Sepanggar

GUSNI SAAT adalah pensyarah di Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kecenderungan beliau adalah dalam penyelidikan dan penulisan tentang beberapa kumpulan etnik bumiputera di Sabah khususnya orang Bajau.

Penerbit UKM (Cetakan Pertama, 2004)
130 halaman termasuk Rujukan dan Bibliografi

RM20.00

Out of stock

Peribumi Teluk Sepanggar tergolong dalam kajian urbanisasi dan pembangunan, yang memberikan penekanan terhadap peranan kuasa-kuasa pasaran, kaitannya dengan politik dan pembangunan masyarakat di peringkat individu, keluarga dan komuniti. Ia mengenai kaum peribumi yang secara fizikalnya berada dalam kawasan bandar, tetapi tidak dari segi ekonomi, lalu mereka diibaratkan sebagai golongan terpinggir yang berada di kawasan pusat pembangunan sosio-ekonomi. Agenda utama bagi setiap bangsa yang bebas dari penjajahan ialah membangunkan negara demi membebaskan rakyat dari cengkaman kemunduran dan kemiskinan.

Matlamat yang mendasari kemerdekaan Sabah menerusi Malaysia tahun 1963 bukan sahaja mahu bebas dari penjajahan Inggeris tetapi juga membebaskan penduduknya daripada kemunduran dan kemiskinan. Setelah empat dekad merdeka, Sabah masih berdepan dengan isu kemunduran dan kemiskinan terutama di kalangan kaum peribumi. Dengan mengambil peribumi di Teluk Sapanggar sebagai kes, buku ini cuba melihat secara analitikal fenomena kemunduran dan kemiskinan di kalangan suku kaum peribumi Sabah yang sedang mengalami pembangunan makro dan urbanisasi.

Demi mendapatkan perspektif menyeluruh tentang kesan perubahan ke atas penduduk, dalam buku ini dibentangkan latar belakang perubahan di Teluk Sapanggar, dari segi fizikal, sejarah politik-ekonomi dan penduduk yang menyentuh isu persekitaran ekologi fizikal, ekonomi, pemilikan tanah, petempatan dan pendidikan.

Sejak 1971 falsafah pembangunan di Malaysia bukan sahaja merujuk kepada pertumbuhan ekonomi semata-mata, tetapi ia diharap dapat mengurangkan kadar kemiskinan dan ketidak samaan sosial, meningkatkan taraf hidup individu, keluarga, dan komuniti. Falsafah pembangunan tersebut nampaknya berkonsepkan pembangunan insan yang lengkap iaitu kecekapan demi memastikan pencapaian kepesatan pertumbuhan ekonomi; keadilan demi membasmikan kemiskinan dan merapatkan jurang ketidak samaan pendapatan; kemampanan demi menjamin pembangunan yang berterusan dan tidak mengancam kehidupan generasi akan datang; dan pengupayaan rakyat, istimewanya yang lemah. Inilah konsep pembangunan yang cuba digunakan bagi membicarakan persoalan pembangunan peribumi Teluk Sapanggar.

Masalah pembangunan penduduk peribumi Teluk Sapanggar adalah juga dihadapi oleh komuniti-komuniti peribumi lain di Sabah. Sebagai sebuah kawasan pertumbuhan ekonomi yang utama di Sabah, pembangunan Teluk Sapanggar sebenamya menjadi gelanggang ujian kepada falsafah pembangunan Malaysia di Sabah, sekali gus sebagai cabaran kepada dasar-dasar pembangunan nasional. Sebagai sebuah karya ilmiah yang berasaskan kajian empirikal, tentunya ia melibatkan banyak pihak.

Weight0.226 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 0.8 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.