Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk

ASMAH HAJI OMAR adalah pakar nahu Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa. Beliau juga Profesor Kerusi Tamadun Melayu Za’ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

DBP (Cetakan Kedua, 2019)
114 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM20.00

In stock

Rekonstruksi Fonologi Bahasa Melayu Induk merupakan sebuah percubaan untuk menentukan aspek-aspek fonologi penting yang dijangka wujud dalam bahasa Melayu induk, khususnya perbendaharaan vokal dan konsonan dalam kata dan suku kata. Penemuan yang penting daripada rekonstruksi ini membuktikan wujudnya sistem bunyi bahasa Melayu induk yang mengandungi enam vokal, sembilan belas konsonan, dan tiga diftong yang sama dengan bunyi-bunyi yang terdapat dalam bahasa Melayu moden kini. Selain itu, dibuktikan bahawa Bahasa Melayu induk tidak mempunyai rangkap vokal.

Kajian fonologi Melayu secara diakronik ini menunjukkan bahawa perubahan fonologi banyak berlaku dalam kawasan dialek Kedah, Kelantan dan Terengganu berbanding dengan kawasan dialek Johor yang lebih banyak mempertahankan fonologi bahasa Melayu induk. Gejala ini timbul disebabkan kawasan dialek Kedah, Kelantan dan Terengganu merupakan pusat budaya dan terbuka kepada pengaruh luar, di samping merupakan laluan antarabangsa, lama sebelum terbukanya kawasan di sebelah Selatan Semenanjung Malaysia.

Penemuan yang penting dari rekonstruksi ini ialah dalam bahasa Melayu induk terdapat enam vokal yang berkira-kira sama dengan vokal-vokal yang ada dalam dialek Johor dan dialekdialek di sekitarnya, dan sembilan belas konsonan yang juga terdapat dalam kebanyakan dialek-dialek Melayu. Juga didapati bahawa terdapat tiga diftong dalam bahasa Melayu induk. Satu hal yang juga menarik sebagai hasil dari rekonstruksi ini ialah dalam bahasa Melayu induk tidak terdapat rangkap vokal. Apa yang kita saksikan sebagai rangkap vokal dalam bahasa Melayu sekarang ini adalah turunan dari urutan VKV (V = vokal, K = konsonan) yang dalam peredaran masa mengalami penghilangan pada unsur konsonannya.

Kajian fonologi Melayu secara diakronik ini menunjukkan bahawa perubahan fonologi paling banyak berlaku dalam kawasankawasan dialek di bahagian utara Semenanjung Malaysia, di sebelah barat dan juga timur, yakni kawasan-kawasan dialek Kedah, Kelantan dan Terengganu. Jika kita menerima teori dalam ilmu Linguistik Bandingan Sejarawi yang menyatakan bahawa kawasan yang paling banyak perubahan bahasanya itu adalah juga kawasan yang merupakan kawasan pusat dalam perkembangan sosiobudaya masyarakat bahasa yang berkenaan, maka perubahanperubahan fonologi yang begitu banyak berlaku dalam dialekdialek berkenaan berlaku dalam zaman kawasan-kawasannya merupakan pusat-pusat budaya. Dari sejarah, kita dimaklumkan bahawa kawasan-kawasan tersebut sudah pun dikenal sebagai pusat-pusat budaya dan “terbuka” kepada pengaruh luar, atau juga merupakan laluan antara budaya, lama sebelum terbukanya kawasan-kawasan di sebelah selatan Semenanjung Malaysia.

Faktor di atas itu juga menerangkan mengapa dialekdialek kawasan selatan, khususnya dialek Johor, lebih banyak mempertahankan fonologi bahasa Melayu induk. Tegasnya, apabila dialek-dialek di kawasan utara pesat mengalami perubahan fonologinya, dialek Johor tidak mengalami perubahan dari aspek tersebut. Dalam perkataan lain, terdapat lebih banyak kestabilan dalam dialek Johor pada peringkat masa yang sama.

Kajian ini tidak mencuba menerangkan secara empiris mengapa perubahan-perubahan fonologi berlaku dalam penurunan dari bahasa induk kepada dialek-dialek Melayu, kerana sememangnya tidak ada bukti empiris untuk matlamat yang seperti itu. Dengan beranalogi kepada perubahan-perubahan yang berlaku pada zaman kita, maka kita dapat menduga bahawa perubahan-perubahan itu berlaku disebabkan faktor-faktor sosial dan juga faktor-faktor gaya. Contoh yang nyata ialah perubahan fonologi yang “dipandu” melalui sebutan baku sekarang ini. Barangkali dalam zaman dahulu, tidak ada panduan yang seperti ini, tetapi penutur-penutur bertindak menurut model-model yang ada dalam masyarakat, dan model-model itu terdiri dari orang-orang yang berwibawa, misalnya pemimpin mereka pada peringkat mana pun juga.

Satu hal yang dapat dilihat oleh pembaca buku ini ialah rekonstruksi fonologi bahasa Melayu induk menghasilkan banyak persamaan dengan fonologi yang tergambar dalam sistem ejaan yang ada sekarang ini. Hal ini tidak menghairankan kerana sistem ejaan tersebut sebenarnya digubal atas prinsip-prinsip rekonstruksi.

Prakata
Pendahuluan

Bab 1 Sejarah Bahasa dan Masalah Data
Pengantar
Bahasa Melayu Melalui Zaman
Masalah Data

Bab 2 Pengertian Rekonstruksi
Rekonstruksi pada Amnya
Rekonstruksi Linguistik
— Rekonstruksi Berdasarkan Kaedah Perbandingan
— Rekonstruksi Dalaman Bahasa Induk
Rekonstruksi Fonem Induk dan Sejarah Fonologi
Fonem Induk, Refleks dan Diafon

Bab 3 Fonologi dalam Rekonstruksi
Pengantar
Ciri-ciri Distingtif
— Ciri-ciri Distingtif Model Trubetzkoy
— Ciri-ciri Distingtif Model Jakobson dan Halle
— Ciri-ciri Distingtif Model Chomsky dan Halle
— Penerapan Ciri-ciri Distingtif dalam Fonologi Diakronik Melayu
Beban Tugas Fonem
Pertentangan Tetap dan Pertentangan yang Boleh Dineutralkan
Arcifonem
Fonem dan Alofon
Fonem Induk dan Diafon

Bab 4 Proses Perubahan Fonologi
Pengantar
Faktor Penyebab Perubahan Bahasa
Mekanisme Perubahan Bahasa
Peralihan Kelainan Bahasa
Teori Kebarangkalian dalam Perubahan Bahasa
Teori Permudah dalam Perubahan Bahasa
Teori Pohon dan Teori Gelombang

Bab 5 Proses dan Jenis-jenis Perubahan Bunyi
Pengantar
Tertib Rumus
Perubahan Ciri Distingtif
Pelemahan
Perangkapan
Pendiftongan
Pemonoftongan
Penghilangan Segmen
— Penghilangan pada Rangkap Nasal-Oral
— Penghilangan Urutan Segmen Lain
Pemecahan Fonemik
Pemecahan Alofonik
Peleburan Fonemik
Pertindihan Fonem dan Perubahan Tarafnya

Bab 6 Rekonstruksi Vokal
Pengantar
Rekonstruksi Vokal Depan
— Fonem MI *i dan Refleks-refleksnya
—— Refleks i, e dan ĕ
—— Refleks ie, ia dan io
—— Fonem MI *e dan Refleks-refleksnya
Rekonstruksi Vokal Belakang Bundar
—Fonem MI *u dan Refleks-refleksnya
—— Rekfleks u, o dan ô
—— Refleks ua, ui dan uo
Rekonstruksi Vokal Belakang Tak Bundar
—— Refleks a, e, ĕ, o dan ô
—— Refleks Rangkap Vokal dan Diftong
Rekonstruksi Vokal Pepet
Kesimpulan tentang Perubahan Vokal

Bab 7 Rekonstruksi Diftong dan Pertimbangan terhadap Rangkap Vokal
Pengantar
Diftong
— Diftong *aw dan Refleks-refleksnya
— Diftong *ay dan Refleks-refleksnya
— Diftong *oy dan Refleks-refleksnya
Rangkap Vokal
— Rangkap Vokal ai
—— ai sebagai Refleks dari *ahi
—— ai sebagai Refleks dari *ayi
— Rangkap Vokal au
— Rangkap Vokal ua
—— ua sebagai Refleks dari *uha
—— ua sebagai Refleks dari *uwa
— Rangkap Vokal ui
— Rangkap Vokal ia
—— ia sebagai Refleks dari *iha
—— ia sebagai Refleks dari *iya
— Rangkap Vokal iu
Kesimpulan

Bab 8 Rekonstruksi Fonem Obstruen
Pengantar
Distribusi Fonem-fonem Obstruen
Fonem MI *p dan *t
Fonem MI *b, *d, *g dan *q
Fonem MI *k

Bab 9 Rekonstruksi Fonem Nasal dan Rangkap Nasal-Oral
Pengantar
Distribusi Konsonan Nasal dalam Dialek-dialek Melayu
Fonem MI *m, *n, *ny dan *ng
Rangkap Konsonan Nasal-Oral dalam MI

Bab 10 Rekonstruksi Fonem Afrikat, Frikatif dan Likuida
Pengantar
Fonem MI *c dan *j
Fonem MI *s, *h dan *r
— Fonem MI *s
— Fonem MI *h
— Fonem MI *
Fonem MI *l

Bab 11 Kesimpulan

Bibliografi
Indeks

Weight0.153 kg
Dimensions21.4 × 14.1 × 0.6 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Series

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah
    Out of stock

    Bahasa Kesusasteraan Klasik Kedah

    RM25.00
  • Ensiklopedia Bahasa Melayu
    Out of stock

    Ensiklopedia Bahasa Melayu

    RM80.00
  • Teori dan Kaedah Nahu: Sejarah Pertumbuhan Aliran Pemikiran
    Out of stock

    Teori dan Kaedah Nahu: Sejarah Pertumbuhan Aliran Pemikiran

    RM30.00
  • Za'ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa

    Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa

    RM35.00