Out of stock

Ringkasan Sejarah Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya

ANAS INDRAJAYA ABDULLAH merupakan bekas anggota Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya.

Sidang Penulis: Zheng Guan-biao, Luo Xu-mo, Lu Ming, Lin Wen-guang, Zhang Chang, Ye Zhi-hui, Yi Tian-xiong, Wang Xian-ping, Wu Ya-liang, Lao Lu, Zheng Yue-hua (Ah Zhen), Wen Xun, Ah Zu, Chen Liu, Ruo Ping, Wang You-fa

主编司马乔, 责任编辑曾冠彪, 罗须磨, 文训, 梁明, 撰稿曾冠彪, 罗须磨, 林文光, 文训, 梁明, 亚竹, 陈忠秋。为本书提供史料和参加编写工作的, 都是曾经直接参加过马来亚抗日战争的原人民抗日军指战员。

SIRD (Cetakan pertama, 2014)
186 halaman

RM28.00

Out of stock

Ringkasan Sejarah Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya adalah terjemahan dengan adaptasi daripada buku 马来亚人民抗日军, yang diterbitkan di Hong Kong pada 1992 oleh The Witness Publish Company of Hong Kong. Buku Ringkasan Sejarah Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya mencatatkan pengalaman tulen sejarah perang gerila rakyat tempatan melawan Jepun yang bermandian darah. Perang ini dipertahankan selama 3 tahun 8 bulan, semenjak 1941 sehingga Ogos 1945. Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM) atau disebut Tentera Rakyat Malaya atau Tentera Anti-Jepun, terkenal dalam bahasa Inggerisnya, Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) merupakan pasukan bersenjata rakyat yang dipimpin dan ditubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM).

Tentera rakyat yang terdiri daripada semua kaum dan berbagai lapisan penduduk Malaya ini berindukkan orang Tionghoa Malaya. Ia disokong dan didokong rakyat semua kaum. TAJRM lahir di zaman perang, memberikan pengorbanan besar pada masa-masa yang sulit, lantas mendewasa selangkah demi selangkah. Menjelang detik Jepun menyerah kalah, ia telahpun berkembang menjadi 8 buah rejimen. termasuk 3 buah rejimen asal. Ini juga bererti, ia memiliki 67 buah kompeni dengan jumlah anggota seramai lebih 9,900 orang. Kalau ditambah dengan anggota-anggota pasukan simpanan, pasukan bela diri melawan Jepun dan lain-lain pertubuhan bersenjata rakyat di berbagai negeri di seluruh negara, jumlahnya mencapai lebih 45,000 orang. Semasa 3 tahun 8 bulan pendudukan Jepun di Malaya, TAJRM telah melangsungkan kira-kira lebih 340 kali pertempuran besar dan kecil dengan tentera Jepun, membasmi atau mencederakan lebih 5,500 orang musuh.

TAJRM merupakan tiang seri gerakan rakyat Malaya yang melawan Jepun. Ianya merupakan salah satu bahagian daripada barisan persatuan anti-fasis sedunia. Ia telah menggoyahkan kekuasaan fasis Jepun, sehingga komplotan untuk menguasai sepenuhnya kawasan strategik di barat-daya Lautan Pasifik dan merampas sumber-sumber strategik seperti getah dan timah yang menjadi pengeluaran utama Malaya di Asia Tenggara tidak dapat terlaksana seratus-peratus. Bahkan TAJRM telah memukul, mengikat dan memencarkan kekuatan tentera Jepun. Oleh yang demikian, membantu pertempuran-pertempuran Tentera Bersekutu Amerika-Inggeris, Tentera China dan Soviet Union serta memberikan sumbangan kepada kemenangan perang anti-fasis sedunia.

TAJRM telah merekodkan lembaran sejarah rakyat Malaya menubuhkan tenteranya sendiri di saat menghadapi dan melawan pencerobohan asing serta memperjuangkan pembebasan nasional. Justeru kisah-kisah kepahlawanan TAJRM dan pengalaman pedih rakyat Malaya di zaman pendudukan Jepun-lah yang memercikkan keghairahan rakyat berbagai kaum di Malaya untuk menuntut kemerdekaan serta pembebasan negara setelah Perang Dunia Kedua. Ia telah meningkatkan kesedaran politik rakyat. Di bawah perjuangan bersama rakyat berbagai kaum dan semua parti politik di Malaya, rakyat akhirnya telah menamatkan kekuasaan penjajah Inggeris dan memenangi kemerdekaan negara Malaysia dan Singapura.

Boleh dipastikan, dalam perjalanan sejarah di kemudian hari, kisah-kisah kepahlawanan TAJRM ini akan terus memberi semangat kepada rakyat Malaysia dan Singapura dalam berjuang memelihara kemerdekaan negara, membela perdamaian dunia serta membangunkan negara yang maju dan makmur!

Akan tetapi, selama lima dasawarsa ini, saki-baki pengaruh ideologi penjajah dan berbagai pandangan serong sehingga kini masih lagi cuba memutar-belitkan sejarah Perang Anti-Jepun di Malaya. Ia menaikan jasa-jasa TAJRM dalam usaha menentang penjajahan Jepun dan memperjuangkan kemerdekaan nasional. Amat mengecewakan lagi, nasib yang melanda lebih 3,000 orang para pahlawan yang telah mengorbankan jiwa-raga mereka untuk kemenangan perang anti-Jepun. Mereka berserta ahli keluarga mereka bukan sahaja tidak diberikan sebarang sagu-hati dan kepujian, malah ditangkap dan dibuang-negeri dengan tuduhan yang bukan-bukan di bawah Undang-Undang Darurat yang dikuatkuasakan kerajaan penjajah Inggeris sejak 20 Jun 1948. Layanan sedemikian sangat tidak adil!

Demi memulihkan sejarah yang telah diputar-belit dan menjamin agar bahan-bahan sejarah yang amat berharga ini tidak lapuk ditelan zaman, maka Kesatuan Para Perantau Tionghoa Singapura/Malaysia pada awal tahun 1987 menganjur dan mengarahkan 16 orang kawan, iaitu Zheng Guan-biao, Luo Xu-mo, Lu Ming, Lin Wen-guang, Zhang Chang, Ye Zhi-hui, Yi Tian-xiong, Wang Xian-ping, Wu Ya-liang, Lao Lu, Zheng Yue-hua (Ah Zhen), Wen Xun, Ah Zu, Chen Liu, Ruo Ping dan Wang You-fa membentuk dewan pengarang buku Ringkasan Sejarah Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya.

Dewan pengarang ini telah merangka projek, mengeluarkan pemberitahuan, mengumpulkan bahan-bahan sejarah dan pendapat-pendapat, menjemput serta menyelenggarakan berbagai seminar dengan bekas-bekas anggota TAJRM. Dewan pengarang juga melantik para petugasnya untuk mengumpul dan menyemak bahan-bahan sejarah tersebut, kemudian menyusunnya menjadi karangan-karangan awal sejarah setiap rejimen. Seterusnya, mereka memilih empat orang pengarang utama untuk menambah, memperbaiki dan menyempurnakan karangan-karangan awal tersebut. Buku Ringkasan Sejarah Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya disunting dan diterbitkan setelah melalui proses yang berulang-ulang seperti yang disebut di atas selama lebih empat tahun.

Prakata dari Edisi Tionghoa
Kata Pengantar dari Abdullah CD
Kata Pengantar dari Penterjemah: Indrajaya Abdullah

1. SITUASI DALAM DAN LUAR NEGERI MALAYA SEBELUM PERANG DUNIA
– Terbentuknya Ikatan Paksi Fasis Jerman-Itali-Jepun dan Persiapan Jepun Menceroboh ke Selatan
– Gerakan Demokratik Anti-Jepun di Malaya Berkembang Pesat, Barisan Persatuan Anti Fasis Mulai Terbentuk
– Kerajaan Penjajah Inggeris Mencengkam Penindasannya ke atas Gerakan Demokratik Anti-Jepun dan Melaksanakan Dasar Pertahanan Pasif
– PKM Aktif Mempersiap dan Menyusun Perjuangan Bersenjata Anti-Jepun

2. TENTERA JEPUN MENDUDUKI MALAYA DAN MELAKSANAKAN PENGUASAAN FASIS YANG BERDARAH
– Pemeriksaan dan Pembunuhan Besar-besaran
– Perompakan Ekonomi yang Menggila
– Penguasaan Tentera dan Penindasan Berdarah
– Dasar Membodohkan Rakyat dan Pendidikan Perhambaan
– Rakyat Hidup di Jurang Kesengsaraan

3. TENTERA ANTI-JEPUN RAKYAT MALAYA MEMBANGUN DAN MEMBESAR
– Penubuhan dan Perkembangan Tentera Anti-Jepun Rakyat Melaya (TAJRM)
– Tiga Peringkat Perjuangan Bersenjata
– Taktik dan Cara Bertembur Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya
– Membasmi Ejen Musuh dan Menyusun Semula Pasukan Bersenjata Massa Spontan
– Sumber Senjata Tentera Anti-Jepun Rakyat
– Pendidikan Politik Tentera Anti-Jepun
– Jasa Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya dan Martabat Sejarahnya

4. SUMBANGAN BESAR MASSA RAKYAT TERHADAP PERANG ANTI-JEPUN
– Massa Aktif Menyertai Perang Anti-Jepun
– Sekuat Tenaga Menyokong Tentera Anti-Jepun
– Kerja Penerangan Anti-Jepun yang Bersifat Massa Berkembang Rancak
– Semua Lapisan Bersatu Melawan Jepun

5. KERJASAMA TAJRM DENGAN TENTERA BERSEKUTU DI ASLA TENGGARA
– Permulaan Kerjasama
– PKM dan TAJRM Menandatangani Perjanjian Bersama-sama Melawan Jepun dengan Tentera Bersekutu
– Pasukan 136 dan Kegiatannya
– TAJRM Aktif Bersedia Berkoordinasi dengan Serangan Balas Tentera Bersekutu

6. JEPUN MENYERAH KALAH DAN TAJRM DITAMATKAN PERKHIDMATANNYA
– Situasi Perang Berubah Secara Dratis, Jepun Menyerah Kalah Tanpa Syarat
– PKM Kemukakan “8 Usulan Besar”, TAJRM Memasuki Pekan dan Bandar
– Malaya Sekali Lagi Menjadi Jajahan Empayar Inggeris
– Gerakan Damai dan Demokratik Ditindas Secara Kejam
– Demobilisasi TAJRM

7. IMBAS KEMBALI SEJARAH

Weight0.300 kg
Dimensions22.8 × 15.2 × 1.2 cm
Author(s)

Class

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Azman Sahlan (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.