Permata Aurorius ialah buku pertama di dalam Siri Saga Artakusiad yang ditulis oleh Ahmad Patria Abdullah. Cetakan pertama telah dikeluarkan pada tahun 1987 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan kedua pula dilakukan pada tahun 2010. Genre buku-buku di dalam saga ini adalah fiksyen dan fantasi bahasa Melayu. Plot buku ini adalah berkisar tentang pengembaraan Rizal, seorang remaja yang telah dibawa masuk ke alam dunia Imagina dan bertumpu di sebuah negeri yang bernama Aurora. Daripada situ, Rizal mula belajar akan identiti barunya sebagai Artakus di Aurora dan tanggungjawab yang mesti dipikul kerana memakai nama tersebut. Sebagai Artakus, dia mula memahami situasi yang melanda kaum-kaum di Aurora dan memulakan langkah untuk menyatupadukan kaum-kaum tersebut.
Rizal telah dibawa oleh suatu kuasa ghaib ke alam Aurora yang penuh misteri. Oleh kerana pada dirinya terdapat tanda-tanda kebesaran seperti tercatat dalam kitab-kitab kaum Aurora, dia telah diangkat sebagai pemimpin atau Artakus puak Armorikus. Sebagai Artakus, dia diharap dapat mengembalikan keagungan kaum Aurora dan membebaskan mereka daripada kezaliman Morrok—musuh Armorikus yang ganas. Dia juga terlibat dalam pertentangan Arasis (siang) terhadap Osria (malam) yang cuba memusnahkan alam. Untuk menyekat rancangan jahat Osria, dia harus pula membantu Merkia (makhluk yang terhasil daripada cahaya) merampas Permata Aurorius yang berada di Kota Arialun dalam genggaman Herakos (makhluk yang terhasil daripada kegelapan). Dalam usaha untuk merampas permata itu, dia terpaksa menempuh berbagai-bagai peristiwa yang ngeri, mendebarkan, mencemaskan, menyedihkan dan kadangkala melucukan.
Mohd Azril Ahmad Safian (Verified Reader) –