Siri Saga Artakusiad: Kembar Artakus

Ahmad Patria Abdullah (26 Mei 1968 – ) ialah seorang penulis fiksyen sains dan fantasi yang terkenal di Malaysia. Beliau merupakan anak sulung kepada Sasterawan Negara Abdullah Hussain. Novel-novel beliau kebanyakannya berkisar kepada dunia Artakusiad.

DBP (Cetakan Ketiga 2010)
198 halaman

RM15.00

Only 1 left in stock

Product ID: 625 SKU: 9789836202604 Categories: , Tags: , , ,

Kembar Artakus ialah buku ketiga di dalam Siri Saga Artakusiad yang ditulis oleh Ahmad Patria Abdullah. Cetakan pertama telah dikeluarkan pada tahun 1988 dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Cetakan kedua pula pada tahun 1993 dan Cetakan ketiga pula dilakukan pada tahun 2010.

Plot buku ini meneruskan kisah Artakus setelah tamatnya perang di Kota Arialun. Artakus mula bertemu dengan ketua-ketua daripada puak-puak yang lain di Aurora di dalam usahanya untuk mengusir Morrok keluar dari bumi Aurora.

Permata Aurorius masih belum ditemui. Kehilangan Nazril masih menjadi satu misteri. Merkia sudah lama tidak muncul. Saat kemusnahan alam seperti yang termaktub dalam kitab-kitab Id semakin hampir.

Herakos dan Morrok semakin ganas setelah mereka tewas dalam pertempuran di Kolossus dan Arialun.

Artakus gementar bila memikirkan soal itu. Bila saat kemusnahan alam tiba, Arasis dan Orsia bertemu di Lapangan Iskariot. Artakus yang telah terpedaya menyaksikan pertemuan itu telah dicabar oelh Herakos, namun setiap percubaan Herakos uantuk mempengaruhinya dapat dihindari.

Akhirnya kemusnahan alam itu tidak berlaku. Merkia muncul membawa berita yang menggerunkan, kekuatan Herakos telah bertambah. Dia mengarahkan Artakus menyegerakan penyatuan kaum Aurora.

Tugas itu menjadi rumit bila ketua puak Argida yang datang ke Arialun untuk berdamai dengan puak Armorikus menyangsikan kesahihan Artakus. Berita tentang puak Jegadai yang telah bertemu dengan satu lagi Artakus tambah mengeruhkan suasana.

Bagi mengembleng tenaga menentang Morrok dan menyelesaikan masalah kembar Artakus, satu pertemuan ketua-ketua puak kaum Aurora telah diadakan di satu tempat bernama Olai Tannon. Dalam pertemuan ini ketua puak Jendai tidak hadir.

Salah seorang daripada Artakus itu pula telah tebunuh. Bagaimanakah nasib Artakus dan kaumnya? Dapatkan novel yang hebat ini.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.200 kg
Dimensions 11.2 × 1.4 × 18.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789836202604

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Siri Saga Artakusiad: Kembar Artakus”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.