Out of stock

Srengenge

SHAHNON AHMAD (b. 1933 – d. 2017) adalah penerima Anugerah Sastera Negara 1982 dan bekas Profesor Emeritus di Universiti Sains Malaysia.

DBP (Cetakan Kedua, 2016)
310 halaman

RM20.00

Out of stock

Product ID: 26501 Subjects: , Sub-subject:

Srengenge karya Shahnon Ahmad mengambil latar sebuah kampung Melayu yang terletak di Sik, Kedah dan masih mundur serta berpegang kuat pada kepercayaan animisme. Srengenge adalah sebuah bukit yang terletak di sebuah kampung tersebut yang kaya dengan merbau, meranti, pinang, rotan serta dihiasi juga oleh hidupan lain seperti gajah, harimau, pelanduk, landak, tekukur dan punai. Kebanyakkan penduduk kampung adalah pesawah, ibarat kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang. Masa lapang banyak dilepaskan begitu sahaja. Tidak kurang juga penduduk kampung yang gila menjerat pelanduk atau meracik tekukur.

Bagi Awang Cik Teh, Srengenge itu tidak mendatangkan kebaikkan kepada orang kampung melainkan kemudaratan semata-mata. Manakan tidak, Srengenge dipuja, diberi makan oleh orang kampung dengan harapan hidup mereka sentiasa tenang dan aman. Oleh itu, Awang Cik Teh berhasrat untuk menutuh bukit itu dan digantikan dengan tanaman pisang, timun, ubi dan paling tidak pun menjadikannya sawah untuk menanam padi bukit.

Isterinya, Keghesum hanya menurut sahaja. Sudah masak dengan perangai Awang Cik Teh, setiap apa yang dirancang, pasti akan dilakukannya walaupun mendapat tentangan. Seperti dijangka Keghesum, cadangan dan niat Awang Cik Teh mendapat tentangan orang kampung, termasuklah Imam Hamad, anak saudaranya sendiri. Imam Hamad sedar, jika Srengenge ditumbangkan, maka hilanglah tempat untuknya meracik burung.

Tragedi bermula apabila Jebat, tekukur kesayangan Imam Hamad tewas di gelanggang Srengenge. Imam Hamad sangat marah sehingga nekad untuk mengumpulkan orang kampung bagi tujuan memugar Srengenge. Perubahan keputusan yang menghairankan Awang Cik Teh namun dalam masa yang sama beliau gembira kerana akhirnya cadangannya diterima oleh Imam Hamad.

Malangnya belum sempat Srengenge dipugar, Imam Hamad jatuh sakit, meracau sehingga tidak sedarkan diri. Orang kampung mula gusar kerana merasakan penyakit Imam Hamad ini ada kaitan dengan ketegasannya untuk memugar Srengenge. Mungkin, penunggu Srengenge sedang marah kerana tempat tinggal mereka terancam. Mungkin juga Imam Hamad ada tersalah laku ketika Jebat sedang berlawan di gelanggang. Atau mungkin juga Jebat yang mati terseksa datang menghantui Imam Hamad atas kebiadapan tuannya itu. Orang kampung nekad Srengenge harus dipujuk. Hanya dengan cara itu, Imam Hamad akan sembuh. Namun, Allah lebih tahu takdir terbaik buat Srengenge, Imam Hamad dan penduduk kampung sekalian.

Weight0.221 kg
Dimensions18.4 × 11.4 × 1.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Anonymous (Verified Reader)

    No comment

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Tonil Purbawara
    Out of stock

    Tonil Purbawara

    This product has multiple variants. The options may be chosen on the product page RM24.00RM33.00
  • Patriarch
    Out of stock

    Patriarch

    RM20.00
  • Literature as a Seismograph of Life

    Literature as a Seismograph of Life

    RM45.00
  • Sutan Baginda

    Sutan Baginda

    RM18.00