Tradisi Rātib al-Ḥaddād di ‘Alam Melayu: Manuskrip, Sanad, Kitāb dan Pembudayaannya

ABDUL RAZAK ABDUL RAHMAN adalah Pustakawan Kanan di salah sebuah institut pengajian tinggi tempatan, dan pengasas Pustaka Jawi al-Qedahi.

Akademi Jawi Malaysia (Cetakan Pertama, 2021)
227 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

RM45.00

Only 1 left in stock

Tradisi Rātib al-Ḥaddād di ‘Alam Melayu: Manuskrip, Sanad, Kitāb dan Pembudayaannya menerangkan tentang pengaruh ‘amalan Rātib al-Ḥaddād di ‘Alam Melayu antaranya di Terengganu, Johor dan lain-lain negeri Melayu. Karya ini mengumpul dan melampirkan manuskrip Jawi Rātib al-Ḥaddād dan kitab-kitab Jawi yang melampirkan Rātib al-Ḥaddād. Karya ini juga menjelaskan siapakah ‘ulama di ‘Alam Melayu yang meng’amalkan ratīb ini serta sanad mereka yang bersilsilah kepada Imām al-Ḥaddād.

Rātib al-Ḥaddād atau juga dikenali dengan nama al-Rātib al-Shāhir adalah antara ‘amalan ratib yang sangat terkenal dan telah di’amalkan di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Nama al-Ḥaddād pada ratib ini ialah diambil bersempena nama penyusunnya, Quṭb al-Irshād al-Imām al-Ḥabīb ‘Abdu’Llāh ibn ‘Alawī al-Ḥaddād. Adapun ratib ini telah menjadi ‘amalan para awlyā’, ‘ulama dan orang yang ingin mendekatkan diri kepada Allāh. Ratib ini disusun berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an, do’a, salāwāt dan istighfār yang dipetik daripada al-Qur’an dan hadith Rasulu’Llāh serta ‘amalan para ‘ulama. Rātib al-Ḥaddād terkenal di merata dunia dan semenjak ia diajar untuk di’amalkan dari negeri Ḥaḍramawt, Yaman, ratib ini menjadi wirid tetap untuk peng’amal yang tahu akan manfa’atnya, sampailah sekarang.

Rātib al-Ḥaddād kebiasaannya di’amalkan selepas sembahyang Maghrib, bagi mengisi waqtu yang mulia antara Maghrib dan ‘Isha. Peng’amalan ratib ini telah dibudayakan khususnya antara waqtu Maghrib dan ‘Isha. Bacaan ratib ini dibuat di masjid mahupun di rumah, baik oleh lelaki, perempuan dan anak-anak dengan irama yang khas untuk membaca do’a, Asmā’ Allāh al-Ḥusnā, tasbīḥ, taḥmīd dan tahlīl. Fadilat ratib ini telah ‘umum diketahui melalui riwayat dan pengalaman orang saliḥ dan orang yang meng’amalkannya. Antara pengalaman ruhani dan kelebihan yang diketahui oleh orang yang mengamalkan ratib ini ialah ia boleh menenangkan jiwa dan perasaan, mendapat keberkatan dalam kehidupan dan mendapat beberapa kelebihan yang luar biasa.

Rātib al-Ḥaddād disusun berdasarkan ilham pengarang pada malam Laylat al-Qadr 27 Ramaḍan 1071 Hijriyyah (bersamaan 26 Mei 1661). Ratib ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid beliau, Amīr daripada keluarga Banī Sa’d yang tinggal di sebuah kampung di Shibam, Ḥaḍramawt. Adapun tujuan permintaan Amīr itu ialah bagi mendapatkan suatu wirid dan dhikir untuk ‘amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang melanda Ḥaḍramawt ketika itu.

Untuk pertama kalinya, ratib ini dibaca di kampung Amīr sendiri, iaitu di kota Shibam setelah mendapat idhin dan Ijazah daripada al-Imām ‘Abdu’Llāh al-Ḥaddād. Kemudian, ratib ini dibaca di Masjid al-Imām al-Ḥaddād di al-Ḥawi, Tarim pada tahun 1072 Hijriyyah, bersamaan tahun 1661 Miladiyyah. Penyebaran ratib ini adalah bermula semasa al-Imām ‘Abdu’Llāh al-Ḥaddād tiba di kota Makkah untuk menunaikan ‘ibadah ḥaji pada 1 Dhu al-Ḥijjah 1079 Hijriyyah bersamaan tahun 2 Mei 1669 Miladiyyah pada usia 35 tahun. Ketika itulah bermulanya peng’amalan ratib ini di Makkah dan Madinah. Kemashhuran ratib ini membuatkan penduduk di tanah Ḥijjaz meng’amalkannya dan ke sehingga ke hari ini, Rātib al-Ḥaddād dibaca setiap malam di Bāb al-Safā di Makkah dan Bāb al-Raḥmah di Madinah.

Ratib ini tidak terbatas diamalkan di Tanah ‘Arab sahaja, bahkan tersebar ke benua Afrika dan Asia. Rātib al-Ḥaddād turut tiba ke ‘Alam Melayu yang kini dikenali dengan negara Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Fatani dan beberapa negeri lain, hingga menjadikannya sebati dengan ‘amalan harian ummat Melayu. Ratib ini tersebar ke ‘Alam Melayu melalui kedatangan orang-orang ‘Arab Ḥaḍramawt yang digelar golongan ‘Alawiyyīn atau Bā’Alawī pada tahun-tahun terakhir abad ke-18 Masihi.

Mushawarah 165 ‘ulama yang diadakan di Sidogiri, Indonesia pada 30hb April 1962, telah menetapkan secara rasmi bahawa golongan ‘Alawiyyīn dari Ḥaḍramawt yang bermadhhab Shāfi’ī dan ber’aqidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā’ah aliran Ashā’irah, Māturīdiyyah, Junaydiyyah dan Ghazāliyyah adalah golongan yang menyebarkan da’wah di Indonesia. Golongan ‘Alawiyyin ini mulai banyak menetap di Pulau Jawa bermula tahun 1820 Masihi dan keturunan mereka berhijrah ke bahagian Timur Alam Melayu bermula dari tahun 1870 Masihi. Keberadaan golongan ‘Alawiyyīn inilah yang menjadikan ‘amalan Rātib al-Ḥaddād tersebar di kalangan guru dan pelajar di masjid, surau, pesantren, madrasah dan ma’had di Pulau Jawa, dan juga Kepulauan Melayu yang lain.

Penghejāan dan Perumian
Penghargaan
Kata Pengantar 1
Kata Pengantar 2
Kata Pengantar 3
Gurindam Rātib al-Ḥaddād

Pendahuluan

Bahagian I Riwayat Hidup Imām al-Ḥaddād

Quṭb al-Irshād al-Imām al-Ḥabīb ‘Abdu’Llah al-Ḥaddād
Pengenalan ‘Amalan Rātib al-Ḥaddād
Kelebihan dan Keistimewaan Rātib al-Ḥaddād
Kayfiyyat Membaca Rātib al-Ḥaddād
Terjemahan dan Sharahan Rātib al-Ḥaddād

Bahagian II Peng’amalan Rātib al-Ḥaddād di ‘Alam Melayu

Manuskrip Rātib al-Ḥaddād
Kitab Jawi Rātib al-Ḥaddād
Sanad Rātib al-Ḥaddād di ‘Alam Melayu
‘Amalan Rātib al-Ḥaddād di ‘Alam Melayu

Penutup

Daftar Ruju’kan
Indeks

Lampiran 1: Matan Rātib al-Ḥaddād
Lampiran 2: Faksimili Manuskrip
Lampiran 3: Faksimili Kitab-kitab Jawi

Biodata Ringkas Penulis

Weight0.481 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.9 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Script

Jawi, Roman

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.