Zaman Klasik di Nusantara: Tumpuan Kajian di Sumatera

BAMBANG BUDI UTOMO adalah Peneliti Madya di Pusat Penelitian Arkeologi Nasional, di bawah Badan Penelitian dan Pengembangan, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia

NIK HASSAN SHUHAIMI NIK ABDUL RAHMAN adalah Profesor Emeritus, ahli arkeologi dan sejarawan ulung di Malaysia.

DBP (Cetakan Pertama, 2008)
715 halaman

RM60.00

In stock

Members pay RM58.80. Join Free »
Purchase this item and earn 60 Reward Points.

Zaman Klasik di Nusantara: Tumpuan Kajian di Sumatera merupakan hasil kajian semula tapak-tapak yang dilaporkan sebelum ini dan hasil mutakhir tentang arkeologi di Sumatera sejak tahun 1984. Tapak-tapak arkeologi yang dikunjungi dan dikaji hampir selama 20 tahun ini merupakan tapak-tapak yang terdapat di Provinsi Sumatera Utara (tapak Kota Cina dan Padanglawas), Provinsi Riau (tapak Candi Sintong, Sedinginan dan tapak Muara Takus), Provinsi Sumatera Barat (tapak Tanjung Medan, Tanah Datar, dan Dharmasraya), Provinsi Jambi (tapak-tapak di Batanghari dan anak-anak sungainya), Provinsi Sumatera Selatan (tapak Palembang, Tanah Abang, Jepara, Lesung Batu, Tingkip dan sebagainya) serta Provinsi Lampung (tapak Palas Pasemah dan Bungkuk).

Pada umumnya, buku ini akan memuatkan tentang tinggalan budaya zaman klasik yang terdapat di seluruh provinsi di Sumatera kecuali provinsi Nangroe Acheh Darussalam. Namun ini bukan bermakna Acheh tidak mempunyai tinggalan budaya Zaman Klasik Indonesia cuma kajian belum dijalankan memandangkan keadaan politik Acheh yang bergolak semasa penulisan buku ini dibuat. Antara tinggalan budaya dari Zaman Klasik yang ditemui di Acheh termasuklah kepala arca Awalokiteśwara dan prasasti berbahasa Tamil dari Banda Acheh.

Buku ini juga hanya akan menyentuh beberapa tinggalan budaya Zaman Klasik Indonesia yang terdapat di Provinsi Lampung. Tinggalan budaya yang dimaksudkan ialah arca yang tersimpan di Muzium Negeri Ruwa Jurai, Lampung dan prasasti yang ditemui di Palas Pasemah, Bungkuk dan Jabung kerana berkaitan dengan perbahasan tentang penyerangan Sriwijaya ke atas bhūmi jāwa. Berdasarkan senarai inventori tapak di Provinsi Lampung, terdapat sekurang-kurangnya tujuh buah tapak dari zaman klasik yang mengandungi arca, prasasti, seramik, tembikar dan manik-manik kaca atau batu.

Senarai Fotograf
Senarai Jadual
Senarai Peta
Prakata
Pendahuluan

1. BENTUK MUKA BUMI SUMATERA DAN HASIL BUMINYA
Pendahuluan: Geologi dan Fisiografi Sumatera
Garis Pantai Purba Sumatera
Geologi Padanglawas
Sumber Alam

2. KERAJAAN MĀLAYU WILAYAH PUSAT DAN KEMUDAHANNYA
Pendahuluan
Latar Belakang
Antikuiti
Kemudahan Sungai dan Segenting
Perdagangan Emas
Fasa Kerajaan Mālayu

3. KOMPLEKS PERCANDIAN WAJRAYĀNA DI PADANGLAWAS
Pendahuluan
Antikuiti
Agama

4. PERKEMBANGAN PERADABAN MANUSIA DI PALEMBANG
Pendahuluan
Sriwijaya dan Palembang
Tapak Arkeologi di Palembang
Petempatan
Hubungan Antarabangsa

5. PENAKLUKAN SRIWIJAYA KE ATAS BHŪMI JĀWA: TINJAUAN ARKEOLOGI BERASASKAN BUKTI MUTAKHIR
Pendahuluan
Tapak Kota Kapur
Tapak di Karawang
Tapak di Lampung
Pembahasan
Penutup

6. ANTIKUITI DI DAERAH ALIRAN SUNGAI MUSI
Pendahuluan
Tapak Samirejo
Tapak Teluk Kijing
Tapak Lesung Batu
Tapak Candi Tingkip
Tapak Bingin Jungut
Tapak Percandian Bumiayu
Tapak Candi Jepara

7. TOKOH BERGELAR SARWARIMADAWIMATHANA DALAM PRASASTI LIGOR 775 MASIHI
Pendahuluan
Śailendravamsa
Rakai Panamkaran
Bālaputra (Dewa)
Tinggalan Budaya Śailendra

8. ARCA DARI SUMATERA
Pendahuluan
Arca dari Wilayah Sumatera Bahagian Selatan
Arca dari Tapak Kota Kapur
Arca dari Wilayah Sumatera Bahagian Tengah
Arca dari Wilayah Sumatera Bahagian Utara
Penutup

9. SUMATERA SEBAGAI LALUAN PERDAGANGAN
Pendahuluan
Pelabuhan dan Perdagangan
Penguasaan Jalur Perdagangan

Fotograf
Glosari
Bibliografi
Indeks

Weight0.961 kg
Dimensions21.6 × 14.3 × 4 cm
Author(s)

,

Format

Paperback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2008

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
1-1 of 1 review
  1. (0) (0)
Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • Buku ini diterbitkan atas kesedaran untuk menyemarakkan lagi diskusi ilmiah mengenai teknologi di Alam Melayu. Perbincangan tentang teknologi Melayu, kepintaran dan kepandaian Melayu berteknologi merujuk kepada tukang atau pandai. Istilah tukang merupakan istilah umum untuk ahli teknologi Melayu. Seseorang tukang ialah orang yang mahir atau pandai membuat sesuatu barang. Oleh itu, perbincangan tentang teknologi Melayu ialah perbincangan mengenai tukang dan pertukangan. Pada masa yang sama, pengaruh Islam tergambar dalam perkembangan teknologi Melayu. Bukti paling mudah ialah dengan melihat motif ukiran yang ada di rumah Melayu lama dan juga motif pada pakaian. Sesungguhnya tidak dapat dinafikan bahawa teknologi amat diperlukan untuk maju dalam kehidupan pada masa kini dan akan datang. Bangsa Melayu khususnya perlu mengubah cara berfikir terhadap konsep ilmu teknologi kerana ia adalah salah satu cabang ilmu dalam Islam. Justeru, penguasaan terhadap ilmu teknologi adalah suatu kefardhuan bagi umat Islam khususnya bangsa Melayu supaya umat Islam menjadi umat contoh dan teladan serta pemimpin kepada umat lain di dunia. Penguasaan terhadap ilmu teknologi juga dapat menjadikan Melayu bangsa yang bermaruah, dihormati, mampu berdikari dan berdaya saing dalam semua bidang, maka, antara kandungan penting dalam buku ini ialah berkaitan dengan sejarah dan falsafah teknologi di Alam Melayu yang meliputi seni bina, kraf tangan, tekstil, peralatan muzik dan pemikiran tokoh. Diharap buku ini mampu memperkembangkan satu lagi korpus ilmu mengenai teknologi di Alam Melayu.

    Teknologi di Alam Melayu

    RM45.00
  • Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu

    Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu

    RM60.00