Out of stock

Muslihat Mahathir: Mengharung Zaman Gelora

BARRY WAIN pernah bertugas selaku editor di Asian Wall Street Journal, dan juga merupakan Writer-in-Residence di ISEAS-Yusof Ishak Institute, Singapore.

Terjemahan daripada Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times oleh MARDHIYYAH ABADAN dan BADRUL HISHAM ISMAIL

IBDE (Cetakan pertama, 2023)
549 halaman termasuk Indeks

RM90.00

Out of stock

ISBN: 9789670037110 Product ID: 39316 Subject: Sub-subjects: , , , ,
GTIN: 9789670037110
Brand: Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE)

Muslihat Mahathir: Mengharung Zaman Gelora merupakan terjemahan daripada Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times, sebuah biografi Mahathir Mohamad yang menelusuri perjalanan kuasanya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri yang terpalit dengan segala macam salah guna kuasa dan layanan kejam terhadap seteru politik. Muslihatnya yang sukar dijangka menjadikan Mahathir seorang negarawan yang handal mengelirukan kawan dan juga lawan. Bermula dengan pemecatannya daripada UMNO dalam tahun 1969, kepada gerakan Reformasi yang terhasil akibat pemecatan Anwar Ibrahim pada tahun 1998, dan sehinggalah kepada bersaranya Abdullah Badawi dari puncak kuasa pada tahun 2009; Mahathir terus hidup dan kejap dalam kerjaya politiknya selama lebih enam dekad dan Barry Wain meriwayatkan dengan penuh teliti. Sewaktu “Era Mahathir” bermula Julai 1981 sehingga Oktober 2003; skandal kewangan negara, projek mega, kegagalan penswastaan, pembentukan Bangsa Malaysia, dan gelora politik telah menjadi penanda kepada kepimpinan Mahathir, sewaktu pada masa yang sama beliau cuba menguruskan ekonomi sebuah negara kecil yang bercita-cita besar. Berdasarkan laporan akhbar, penulisan akademik, temu bual dengan Mahathir dan sebilangan sosok yang rapat dengan beliau, kawan-kawannya, musuh-musuh politiknya, maka biografi ini menawarkan suatu bentuk penceritaan naratif Mahathir Mohamad yang berbeza daripada naratif rasmi.

Senarai Gambar
Pendahuluan Edisi Kedua

BAHAGIAN I – TUMBUHNYA SEORANG JAGUH MELAYU
1. Kesedaran Politik daripada Peperangan dan Perdamaian
2. Mengenali Sepak Terajang Politik

BAHAGIAN II – PERDANA MENTERI (HAMPIR) SEUMUR HIDUP
3. Awalnya Melukut, Akhirnya Menteri
4. Membayangkan Sebuah Negara Moden
5. Campur Baur Perniagaan dan Politik
6. Skandal, Skandal Apa?
7. Besar, Lebih Besar, Pecah
8. Raja Tidak Ditabalkan
9. Bahaya Islam Pragmatik
10. Suara Tegas untuk Dunia Ketiga
11. Pemusnahan Waris

BAHAGIAN III – KEKACAUAN DALAM PERSARAAN
12. Perkelahian tentang Legasi
13. Kedudukan dalam Sejarah

Nota Hujung
Tentang Pengarang
Daftar Kata

Weight0.979 kg
Dimensions23.6 × 16 × 5.5 cm
Author(s)

, ,

Format

Hardback

Language

Malay

Publisher

Year Published

2023

Reviews

There are no reviews yet

Add a review
You must be logged in to post a review Log In

Related Works from these Authors

  • Muslihat Mahathir: Mengharung Zaman Gelora (Paperback)

    Muslihat Mahathir: Mengharung Zaman Gelora

    RM75.00
  • Tunku: Kelana Penuh Cinta

    Tunku: Kelana Penuh Cinta

    RM80.00
  • Jurnal SVARA (Isu 4)

    Svara (Isu 4)

    RM25.00
  • Jurnal SVARA (Isu 2)

    Svara (Isu 2)

    RM25.00