Cerpen Melayu Selepas Perang Dunia Kedua: Satu Analisa Tentang Pemikiran dan Struktur

OTHMAN PUTEH (b. 1944 – d. 2003) dilahirkan di Kuala Sungai Baru, Melaka. Mendapat latihan guru di Maktab Perguruan Sultan Idris, dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dan Sarjana daripada Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau banyak menghasilkan cerita dan novel kanak-kanak di samping menulis cerpen dewasa, kritikan dan esei.

DBP (Cetakan ketiga, 2010)
249 halaman

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM19.00

Only 1 left in stock

Product ID: 8674 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Cerpen Melayu Selepas Perang Dunia Kedua: Satu Analisa Tentang Pemikiran dan Struktur meneliti tahap perkembangan cerpen-cerpen Melayu dari segi tema, pemikiran dan struktur. Tujuannya adalah untuk melihat pelbagai perkembangan pemikiran dari segala aspek penulisan yang disalurkan melalui karya sastera genre cerpen. Meneliti cerpen yang tercipta selama 25 tahun (1945-1969), memungkinkan kita melihat beberapa hal yang agak menarik.

Antaranya ialah untuk mengetahui apakah tanggapan pengarang cerpen Melayu terhadap karya yang mereka hasilkan, apakah konsep atau aliran sastera yang dianuti, apakah sikap mereka terhadap kehidupan manusia dengan pekeliling yang majmuk dan apa pula unsur-unsur yang ikut mendorong berlakunya sesuatu perubahan pada tahap zaman yang tertentu.

Satu hal yang harus ditegaskan di sini ialah, kajian ini didasarkan pada kumpulan (antologi) cerpen yang diterbitkan dalam bentuk buku. Hal ini pastilah ada juga kekurangannya. Apatah lagi tidak semua pengarang di tanah air kita ini mendapat peluang atau berkesempatan mengumpul dan menerbitkan cerpen mereka yang tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah, baik secara perorangan maupun satu antologi cerpen dengan beberapa orang pengarang lain.

Walau bagaimanapun, lebih 100 buah kumpulan (antologi) cerpen telah dapat dikumpulkan dan dikaji. Ternyata, pengarang yang penting pada tahap yang tertentu mempunyai kumpulan cerpennya sendiri atau antologi cerpen bersama teman pengarang lain. Penulis beranggapan, karya yang terhimpun itu dapat mewakili pengarangnya pada sesuatu tahap tertentu. Namun begitu, beberapa pengarang lain yang agak penting umpamanya Zulastry dan Adi Mas yang tidak mempunyai kumpulan cerpen sendiri atau bersama, sempat juga diteliti cerpen-cerpen mereka melalui akhbar mingguan dan majalah bulanan.

Bagi memudahkan pembicaraan ini, penulis bahagikan tahap perkembangan cerpen Melayu itu pada empat peringkat seperti berikut:

  1. Perkembangan cerpen pra-ASAS 50
  2. Perkembangan cerpen sejak ASAS 50 hingga 1955
  3. Perkembangan cerpen dari 1955 hingga 1959
  4. Perkembangan cerpen sejak 1960 hingga 1969.

Pembahagian ini dilakukan berdasarkan pada waktu dengan merujuk pada suasana politik dan kemunculan sesuatu angkatan atau gerakan dalam masyarakat yang terlihat pada perkembangan kesusasteraan itu sendiri. Pembahagian demikian memungkinkan pengkajian terhadap tahap perkembangan cerpen itu menjadi lebih sistematik, mudah dan jelas.

Jelaslah Cerpen Melayu Selepas Perang Dunia Kedua: Satu Analisa Tentang Pemikiran dan Struktur mencakupi suatu jangka waktu yang agak panjang juga. Jadi, adalah mustahil untuk mengkaji setiap cerpen yang dihasilkan oleh tiap-tiap pengarang. Justeru kerana itu, penulis membuat satu pembatasan untuk memilih dan mengkaji beberapa pengarang yang penting dengan cerpen mereka yang agak bernilai juga. Hal yang serupa penulis lakukan juga sewaktu membicarakan aspek tema pemikiran dan struktur.

Mengehadkan kajian ini dirasakan amat perlu untuk mengelakkan dari terlampau tebalnya halaman pembicaraan dan pasti pula menuntut tempoh masa yang panjang pula. Di samping itu, pada bahagian “Epilog”, penulis cuba melihat dan memberikan pandangan sepintas lalu terhadap cerpen Melayu yang dihasilkan selepas tahun 1969 hingga ke perkembangan mutakhir dengan memberikan tanggapan dan melihat kemungkinan yang bakal dilalui kelak.

Weight0.336 kg
Dimensions21.5 × 14 × 1.4 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.