Cinta Sekerdip Embun

Mohd Anwar Ridhwan (5 Ogos 1949 – ) merupakan Sasterawan Negara Malaysia ke-10 dan juga merupakan seorang penulis novel Malaysia. Beliau dilahirkan pada 5 Ogos 1949 dalam keluarga petani yang berasal dari Perak yang kemudiannya menetap di Sungai Besar, Selangor. Lulusan Sarjana Muda Sastera (1973) dari Universiti Malaya, beliau kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D pada tahun 1998) kesemuanya dari Universiti Malaya. Beliau menumpukan kerjayanya di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sehinggalah bersara pada tahun 2005 dengan jawatan terakhirnya Pengarah Penerbitan DBP. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari Terakhir Seorang Seniman yang memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979. Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985.Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976) dan Dari Kiev ke Moskova (1992). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001.

DBP (Cetakan Pertama 2010)
581 halaman

RM40.00

Only 1 left in stock

Product ID: 636 SKU: 9789834603953 Categories: , , Tags: , , , , ,

Penerbitan Cinta Sekerdip Embun (Antologi Cerpen /Pemenang Hadiah Sastera Perdana 1996-2005) ini merupakan salah sebuah himpunan yang penting bagi genre cerpen pilihan di Malaysia.

Hal ini demikian kerana cerpen-cerpen dalam antologi ini bukan sahaja merupakan pemenang Hadiah Sastera Perdana, iaitu hadiah nasioanl paling berprestij dalam bidang sastera, tetapi juga kerana mengangkat cerpen-cerpen terbaik sepanjang satu dekad.

Dekad itu pula amatlah menarik, kerana lima tahun pertamanya berada dalam kurun ke-20, sementara lima tahun berikutnya berada dalam alaf baru, yakni kurun ke-21.

Antologi ini sewajarnya turut dibaca oleh para pendidik, para pelajar, para mahasiswa, orang awam dan para penulis kreatif yang ingin memperluas pengetahuan mereka terhadap cerpen sebagai karya seni, serta kandungannya sebagai sesuatu yang berdimensi epistemologi, pedadogi, etika dan estetika.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.774 kg
Dimensions 14.0 × 3.4 × 21.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789834603953

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Cinta Sekerdip Embun”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.