A. Samad Said

Dilahirkan pada 9 April 1933 di Belimbing Dalam, Melaka, A. Samad Said mendapat didikan rendah di Sekolah Melayu Kota Raja Singapura dan menengah di Victoria Institution. Pernah berkhidmat sebagai kerani di Hospital Umum Singapura sebelum bekerja sebagai wartawan dengan beberapa akhbar seperti Fikiran Rakyat, Utusan Zaman dan Berita Harian. Beliau menjadi Ketua Pengembangan Sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times sebelum bersara.

Bidang penulisannya pelbagai genre seperti puisi, cerpen, drama, novel dan esei kritik. Antara kumpulan cerpennya ialah Liar di Api, Daun-Daun Berguguran, Debar Pertama dan Hari Muda Bulan Muda; kumpulan puisi Daun Semalu Pucuk Paku, Benih Semalu dan Al Amin; novel Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Adik Datang, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi dan Cinta Fansuri; drama Di Mana Bulan Selalu Retak, Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja, Wira Bukit dan Lantai T.Pinkie; esei kritik Tangan Yang Simpatik, Dari Salina ke Langit Petang dan Antara Bulan dan Wira.

Anugerah yang diterima oleh beliau ialah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Anugerah Sastera Negara (1985) dan Anugerah Sastera ASEAN (1993).

  • Kombo A. Samad Said
    Sale!

    Kombo A. Samad Said

    RM50.00
  • Daerah Zeni

    Daerah Zeni

    , RM30.00
  • Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri

    Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri

    , RM25.00
  • Usman Awang: Penghubung Sastera Moden dengan Akar Tradisi

    Usman Awang: Penghubung Sastera Moden dengan Akar Tradisi

    , RM65.00
  • Al-Amin: Riwayat Hidup Rasulullah SAW dalam Puisi

    Al-Amin: Riwayat Hidup Rasulullah SAW dalam Puisi

    , RM65.00
  • Wira Bukit
    Out of stock

    Wira Bukit

    RM15.00
  • Petala 7 Sasterawan Negara

    Petala 7 Sasterawan Negara

    , RM60.00
  • Salina (Kulit Lembut)
    Out of stock

    Salina

    , RM45.00RM75.00