Al-Amin: Riwayat Hidup Rasulullah SAW dalam Puisi

A. SAMAD SAID adalah penerima S.E.A. Write Awards 1979 dan Anugerah Sastera Negara 1985.

DBP (Karya Perlesenan, 2020)
317 halaman

RM65.00

In stock

Al-Amin: Riwayat Hidup Rasulullah SAW dalam Puisi ialah sebuah puisi panjang yang dicuba penulisnya sesudah matang sebagai penyair melalui lebih empat dekad. Dengan rangkap yang biasanya berimbang, bahasa yang sering kaya irama, A. Samad Said memulainya dengan menjejaki kehidupan Rasulullah SAW dari awal bergeloranya zaman jahiliah kepada detik-detik syahdu keputeraan Baginda.

Dengan larik diimbangi tamsil dan metafora yang jelas dan bersahaja, al-Amin merakamkan beberapa peristiwa penting dalam kehidupan Rasulullah SAW merangkumi isyarat dan bayangan keagungan Baginda, kehidupan remajanya yang sederhana dan pemikir, diranumi pula oleh kecekapan dewasanya memilih dan memetik hemah dan kebijaksanaan dari alam dan insan.

A. Samad Said sendiri mengakui bagaimana empat tahun lalu, dalam usia enam puluhan, beliau secara tiba-tiba menyedari betapa akan tersia-sia hidupnya jika tidak sempat diisi dengan sesuatu karya yang mampu mengakrabkannya dengan sejarah keluhuran Rasulullah SAW. Bunyi alam dan gerak daun, luas langit dan ragam awannya, diselangi kerlip imbas derita zaman terjajah, memulakan sesuatu. yang lebih bererti pada penghujung sisa usianya.

Dari sisi gaya, puisi al-Amin jelas memenuhi ciri-ciri “puisi liris” yang diadun dengan ciri-ciri “puisi naratif” secara harmoni. Memang terlihat kematangan seorang penyair membentuk urutan tema dan persoalan yang dilatari sejarah perjuangan seorang Nabi besar. Puisi setebal 317 halaman ini tidak sahaja menunjukkan perkembangan daya kreativiti dan sensitiviti A. Samad Said terus subur, tetapi juga memberi sumbangan yang amat tinggi nilainya dalam memperkaya khazanah sastera Melayu.

Membandingkan segala yang terakam dengan larik-laik yang cuba dicipta semampunya, penyaimya mengakui bahawa al-Amin masih tetap hanya satu titik kecil upaya seorang seniman untuk mengangkat sebuah khazanah sastera Melayu. Dengan latar itu, penciptaan puisi ini, dengan demikian, turut terjadi semacam perjalanan dan pendewasaan rohaniahnya sendiri.

Weight0.767 kg
Dimensions24.7 × 20 × 2.4 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.