Di Atas Padang Sejarah

A. SAMAD SAID (b. 1935 —), atau nama penuhnya Abdul Samad bin Muhammad Said ialah Sasterawan Negara Malaysia 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan Anugerah Penulis Asia Tenggara 1979. A.Samad Said menggunakan pelbagai nama pena seperti Hilmy, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra dan Shamsir. Puisinya yang pertama diberinya judul “Untuk Angkatan 50” yang tersiar dalam Utusan Zaman (1950). Samad menjadi ahli ASAS 50, badan penulis yang bergerak dengan slogan, “Seni untuk Masyarakat”. Novel pertama berjudul Gerhana ditukar judul kepada Salina.

Wira Bukit (Cetakan pertama, 2013)
85 halaman, termasuk Proses Kreatif

RM25.00

In stock

Product ID: 13238 SKU: 9789833922155 Categories: , Tags: , ,

Di Atas Padang Sejarah adalah antologi puisi karya A. Samad Said, sasterawan-seniman-budayawan, yang tidak perlu diperkenalkan lagi, yang dikumpulkan oleh Rahmat Haron. Dalam antologi ini, mengandungi karya pusi Pak Samad sepanjang enam dekad yang lalu. Hasil cipta Pak Samad terus mengapung dalam pengalaman berkarya yang mengalir selama lebih enam dekad, sejak selepas Perang Dunia Kedua di Singapura, meniti era kemerdekaan, malah sebelum terbentuknya negara moden Malaysia lagi sehinggalah ke hari ini, di alaf baru tanah air kita.

Makanya, hampir kesemua puisi yang dihimpunkan dalam antologi Di Atas Padang Sejarah ini telah diterbitkan sebagai bahan penciptaan mahupun sajak siap di pelbagai saluran media baru Internet. Pak Samad, dalam usia emas awal 80-an, telah menggagahkan diri penuh tekad berkeliling ke seluruh pelusuk negara menyemarak semangat rakyat melawan kezaliman penguasa.

Beberapa puisi beliau seperti “Pemimpin Catakserukin”, “Unggun Bersih” atau “Janji Demokrasi” menjadi antara sajak-sajak ikonik yang mewakili semangat zaman perubahan. Sehinggakan, bait “puisi jadi senjata” yang diucapkan Pak Samad menjadi semacam mentera hikmat slogan perjuangan seni anak-anak muda, para pencinta keadilan dan demokrasi. Tanpa kenal lelah, terkadang berpuisi, terkadang berceramah, kini sudah seringkali Pak Samad berhimpun dan berdemonstrasi.

Justeru, antologi Di Atas Padang Sejarah menumbuhkan segugus pesan luhur daripada tulisan serta tindakan seorang pendeta tua tentang hasrat “demokrasi sebenderang mentari” dan cita-cita bahagia penghidupan bermasyarakat di bawah kemurnian pentadbiran yang menjaga kesejahteraan warga.

Pak Samad dan puisi-puisinya pernah disiasat pihak berkuasa. Makna kata, di tangan sasterawi beliau, puisi benar-benar menjadi senjata ampuh melawan kekuasaan yang sombong dan angkuh. Dari jiwa falsafi A. Samad Said pula ternyata puisi dapat menjadi penawar menyembuh luka parah ibunda.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.282 kg
Dimensions 21.6 × 14.5 × 1.1 cm
Edition

Format

ISBN

9789833922155

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Di Atas Padang Sejarah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.