Setitik Darah di Bilik Bundar

MUHAMMAD HAJI SALLEH (b. 1942 – ) merupakan salah seorang penulis Malaysia yang telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara 1991. Beliau juga telah memenangi Anugerah Penulis S.E.A. pada tahun 1997. Pada 2008, beliau dinobat sebagai Tokoh Akademik Negara. Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia (1978-1982) dan banyak menterjemah puisi berbahasa Melayu ke bahasa Inggeris. Beliau juga menjadi sidang editor jurnal Tenggara, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara.

Dewan Bahasa dan Pustaka (Cetakan kedua, 2017)
365 halaman

RM17.00

In stock

Product ID: 12903 SKU: 9789834601676 Categories: ,

Setitik Darah di Bilik Bundar ialah buku puisi yang ke-12 karya Muhammad Haji Salleh. Sajak-sajak di dalamnya ditulis di Amerika Utara dan Amerika Selatan, sewaktu penulis menjadi felo penyelidik di Universiti Harvard, pada tahun 2006-2007. Sajak-sajak ini membawakan respons penyair terhadap kerencaman Amerika Syarikat, terutamanya, yang sedang berubah wajah dan jiwa.

Demikianlah diberikan sketsa raut wajah penduduk asli yang dirampas sejarahnya, pendatang selatan yang mengejar nafkah utara, dan anak muda yang belajar mentafsir dunia baru. Dalam sajak-sajak ini juga, kita temukan baris-baris yang melukiskan kitaran musim dan alam, yang masih mengajar manusia dengan gerak maknanya.

Dari Massachusetts, Muhammad Haji Salleh telah mengelilingi Amerika Syarikat, Kanada dan juga Peru kerana menurutnya, dunia kita dan mereka harus mengenalinya. Kini di Pantai Timur negara yang luas ini, penulis melihat bentuk dan warna yang berlainan daripada yang penulis perhatikan di sebelah bahagian tengah dan barat. Sekali lagi penulis cuba merangkai pengalaman yang membawa beliau ke banyak tempat dari Massachusetts ke utara, New Hampshire dan Maine, dan dari sana ke selatan ke Connecticut, New York, Michigan, Wisconsin, Iowa dan Montana.

Hasrat untuk melihat sebanyak mungkin bahagian-bahagian benua luas ini menerbangkan beliau ke California, Washington dan Vancouver di Kanada.

Pengalaman penulis di Waikiki yang berbayu Pasifik, perhentian di antara rak buku atau bilik baca di Perpustakaan Widener atau Houghton yang indah, wajah salju yang datang dengan bersit angin di Illinois dan Wisconsin, padang pasir California, bangunan Art Décor yang dimudakan matahari Florida, banjaran gunung dan gayat Vancouver serta tangga batu Inka di Machu Picchu semuanya menjadi benih sajak-sajak dalam kumpulan buku Setitik Darah di Bilik Bundar, yang melirik manusia di jalan dan menyerap ke dalam jiwanya, pada semua kumpulan etnik yang saya temui dengan rasa gembira dan penuh ghairah.

Sajak-sajak ini merayakan kelainan dan keragaman dan juga persamaan di antara manusia. Penulis tidak memilih dari antara mereka, tapi mengutipnya dari gurun atau tasik hidup sebenar. Sudah berpuluh tahun Machu Picchu di banjaran lengah Peru bermukim di dalam hasrat penulis untuk berdepan dengan rahsia bangsa Inka yang besar, tapi jauh buat kita di Malaysia. Maka penulis pun memulakan perjalanan ke sana melalui Florida, pada musim sejuk utara dan menyeberang dua benua, sehingga tiba di Lima.

Dari Lima penulis mencari jejak Inka ke Cuzco dan Machu Picchu. Di depan bangunan batu yang dibina dengan seni dan teknologi asli yang sempurna penulis terpegun oleh suatu tamadun yang sarat ilmu dan pandangan hidup asli, tapi tidak merasa perlu untuk menuliskannya. Batulah yang berdiri atau berbaring sebagai pengkisah, dan menyampaikan ilmu uniknya.

Penulis tiba di Cambridge, Massachusetts, pada bulan Ogos 2006, melalui empat musim dan pulang ke Pulau Pinang, pada Ogos 2007, dilingkarkan oleh suatu bundaran tahun. Inilah suatu jangka waktu yang membenarkan penulis lebih merenung, membaca dan melihat, di jalan, ladang atau di perpustakaan. Juga dengan sedihnya di depan pantai di mana kaum Aslian Amerika mula menerima pendatang, yang akhirnya diambil alih tanah dan bangsanya, serta dipinggarkannya tanpa rasa berdosa, kata hati atau moral manusiawi.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.433 kg
Dimensions 21.5 × 14 × 1.8 cm
Edition

Format

ISBN

9789834601676

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Setitik Darah di Bilik Bundar”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.