Syair Adat Istiadat Kesultanan Melayu Kelantan

Penyunting:
A. AZIZ DERAMAN
BAHARIN ILIAS
IKHRAM FADHLY HUSSIN

DBP & MAIK (Cetakan Pertama, 2020)
374 halaman termasuk Bibliografi

RM60.00

In stock

Product ID: 22072 Subjects: , Sub-subjects: , , , ,

Syair Adat Istiadat Kesultanan Melayu Kelantan mempersembahkan susunan adat istiadat yang diamalkan dalam Kesultanan Melayu Kelantan yang menjadi lambang warisan kesultanan Melayu di negeri Kelantan dan inti patinya berasaskan buku Halaman Adat Istiadat Raja DiRaja Kelantan.

Istimewanya buku yang mengandungi sejumlah 2069 rangkap ini diolah kritis oleh 23 orang penulis Kelantan yang berpadu pemikiran menggarap persembahan dalam bentuk pemikiran kreatif yang berseni, iaitu dalam bentuk syair. Persembahan dalam bentuk syair ini melambangkan ketinggian akal budi dan penciptaan tinggi yang berseni lagi indah, dan sekaligus memaparkan keunikan dan keistimewaan Kelantan sebagai salah sebuah negeri yang berdaulat dan kaya dengan seni budaya dan warisan di Malaysia.

Dilengkapkan juga dengan anotasi yang menerangkan maksud sesuatu perkataan atau istilah sama ada merujuk kepada kata nama, benda atau dialek Kelantan. Selain itu, disertakan juga petikan-petikan penuh seperti titah ucapan, doa, bacaan mantera dan surat-surat bagi melengkapkan maklumat buku ini.

Mengandungi 16 bahagian, Syair Adat Istiadat Kesultanan Melayu Kelantan merangkumkan keseluruhan adat istiadat penting warisan raja-raja Melayu di negeri Kelantan. Bahagian pertama bermula dengan Pengenalan Adat Istiadat Raja D’Raja Kelantan. Diikuti Istiadat Berkenaan Tengku-tengku Kerabat dan Lain-lainnya, Istiadat Berkenaan Nikah Kahwin Anak-anak Raja D’raja, Istiadat Melenggang Perut, Istiadat Bersalin, Istiadat Belah Mulut, Bercukur dan Berendoi, Istiadat Pijak Tanah, Istiadat Menanam Tembuni, Adat Istiadat Berarak Burung kerana Berkhitan, Istiadat Berkenaan Bakal Raja, Istiadat Melantik dan Menabal Raja, Istiadat Kemahkotaan Al-Sultan, Istiadat Raja Pemerintah Berhari Raya, Istiadat Raja Pemerintah Berangkat Melawat Daerah, Istiadat Membuka Sesuatu Bangunan yang Besar atau Sebagainya dan terakhir Istiadat Kemangkatan Raja Pemerintah. Setiap bahagian memaparkan citra adat yang berbeza dan kelahiran buku ini dapat memberikan gambaran perihal adat istiadat khusus kesultanan Kelantan yang diamalkan sejak turun-temurun.

Weight0.46 kg
Dimensions21.5 × 14 × 2 cm
Format

Class

Language

Publisher

,

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.