Kalung Bunga

Zainal Abidin Ahmad (16 September 1895 – 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai Za’ba merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia. Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.

DBP (Cetakan Kedua 2008)
234 halaman

RM25.00

In stock

Product ID: 650 SKU: 9789834600686 Category: Tags: , , , , , , , , , , , , ,

Kalung Bunga menghimpunkan petikan puisi Melayu lama yang disusun oleh Za’ba. Petikan itu diperoleh daripada sumber bertulis dan sumber lisan yang dirasakan elok isi dan seni katanya.

Buku ini mengandungi tiga bab, bab pertama ialah nyanyian kanak-kanak yang kekuatannya adalah pada perbendaharaan kata dan ungkapan bahasa yang ringkas dan yang lebih menarik lagi ialah kata-kata tersebut tidak lagi terpakai atau digunakan pada masa kini. Bab kedua ialah pantun yang pemilihan sesebuah pantun diambil daripada pelbagai sumber berdasarkan keindahan isi dan bahasanya, iramanya dan tiada pertentangan antara pembayang dengan maksud.

Kebanyakan tema berkisar pada kasih sayang, percintaan, rindu, hiba, nasib, penderitaan hidup dan lain-lain. Bab ketiga, iaitu gurindam dan seloka, kebanyakannya diambil daripada buku-buku hikayat lama (penglipur lara) dan juga dalam cerita-cerita lama Minangkabau.

Buku I daripada buku “Kalung Bunga” yang menghidangkan petikan-petikan pilihan dari sastera puisi Melayu cara lama. Bahan-bahannya telah dipungut dari sumber-sumber yang bersurat dan yang tiada bersurat diambil di sini mana yang dirasa lebih elok isinya atau seni katanya.
Dalam Buku I ini dimuat pilihan-pilihan daripada tiga jenis sahaja puisi yang terkenal dalam bahasa Melayu iaitu puisi yang didapati sebanyak sedikit dalam nyanyian kanak-kanak bermain, puisi yang berupa pantun, dan puisi yang tergubah dalam bentuk gurindam seloka.
Adapun puisi yang biasa dijeniskan dengan nama “Syair” maka oleh sebab banyak didapati contoh-contohnya yang elok yang dirasa patut dipetik dan dikumpul, terpaksalah dijadikan dia sebuah kumpulan asing sendirinya iaitu “Kalung Bunga, Buku II”: di situ petikan-petikan pilihan dari “syair” itu dikumpulkan dengan tersendiri bersama-sama sedikit contoh puisi yang biasa disebut “Nazam” oleh ahli-ahlinya.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.300 kg
Dimensions 14.0 × 1.3 × 21.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789834600686

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kalung Bunga”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.