Out of stock

Pencinta Alam

AZIZI HAJI ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda, Kedah, pada 4 April 1942. Beliau merupakan novelis Malaysia yang terkenal. Beliau penerima anugerah Anugerah Penulis S.E.A dan penerima anugerah MASTERA 2007.

DBP (Cetakan Pertama, 2010)
222 halaman

Dicetak di atas kertas kitar semula.

NOTE: This title is a New Old Stock (NOS). It refers to titles being offered for sale on our website which was published long ago but that has never been used. Customers may be noticed copies have developed some minor damage, especially on the cover.

RM15.00

Out of stock

ISBN: 9789834604196 Product ID: 29 SKU: 9789834604196 Category: Tags: , , , ,

Pencinta Alam adalah novel remaja karya Azizi Haji Abdullah yang sesuai untuk peringkat umur 12-18 tahun. Novel ini menceritakan kisah sekumpulan remaja sekolah menengah menghabiskan cuti sekolah pulang ke kampong Nit, beraktiviti ke sungai, memancing tetapi bertemu dengan sebuah kilang yang membuang toksik berbahaya. Chua mengikut Nit bercuti ke kampong. Mereka sebagai ahli Persatuan Pencinta Alam sekolah. Chua mengalami satu pengalaman baru dengam alam pokok bakau, sungai dan kuala serta alam lembah dengan kicau burung. Budin yang menjadi pemandu telah membawa mereka ke satu peristiwa yang menyaksikan keberanian sebagai pencinta alam. Azizi menjadikan latar kuala Sungai Merbuk, pengkalan tempat menambat perahu dan pengalamannya sewaktu kecil di Bukit Meriam di dalam novel ini.

Chua mengikut Nit bercuti di kampung. Sebagai ahli Persatuan Pencinta Alam sekolah, mereka gembira menjalani kehidupan di kampung sepanjang percutian itu. Suasana kampung yang berbeza dengan bandar mendorong sahabat baik ini mencari pengalaman baharu. Lalu, mereka merancang untuk memancing di sungai. Budin, remaja kampung yang sudah biasa dengan suasana di sungai menyertai mereka.

Walau bagaimanapun, berlaku satu peristiwa yang mengubah kehidupan mereka. Peristiwa yang menyaksikan keberanian mereka sebagai pencinta alam.

“Kamu bertiga ni pengintip, ya?” Lelaki Cina itu melemparkan soalan yang sama sambil menghisap rokok.

“Tidak. Saya dengan kawan saya dari bandar. Ini kawan saya tinggal di sini. Kami memancing saja,” kata Nit dalam keadaan cemas.

“Jangan bohong wahai budak-budak,” kata salah seorang daripada mereka. “Kamera tu buat apa?”

“Kami dari Persatuan Pencinta Alam Sekolah. Saya ambil gambar untuk kenangan, salahkah?” kata Chua.

Weight 0.207 kg
Dimensions 11.5 × 1.3 × 18.5 cm
Author(s)

Edition

Format

Publisher

Language

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Pencinta Alam”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.