Reka Bentuk Kraf Tangan Melayu Tradisi

SITI ZAINON ISMAIL (1949 — ) merupakan seorang pengarang, pengkaji seni budaya warisan Melayu, seniman, penyair dan pelukis Malaysia. Beliau adalah penerima Anugerah Sastera Negara 2019.

DBP (Cetakan Kedua, 2018)
344 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM70.00

Only 1 left in stock

Reka Bentuk Kraf Tangan Melayu Tradisi memperkatakan pelbagai sudut dan bidang reka bentuk kraftangan Melayu tradisi. meliputi seni tembikar, anyaman, tekstil, tekat dan batik. Siti Zainon melakukan kajian yang mendalam tentang penciptaan, pembentukan dan perkembangan tiap jenis kraftangan Melayu tradisi di samping mendedahkan pelbagai jenis reka bentuk kraftangan Melayu yang selama ini terpendam dan tidak diketahui umum.

Penulis menggali dari sumber tradisi dan moden tentang keragaman dan kekayaan kraftangan Melayu dengan harapan memperkenalkannya kepada dunia luar betapa bangsa Melayu juga mempunyai seni kraftangan dan kesenian yang tinggi nilainya dan sewajarnya diwarisi oleh generasi baru Malaysia kini.

Kraf tangan dimaksudkan sebagai hasil seni berperanan untuk kegunaan. Ia juga dicipta berdasarkan rasa senang dan disertai oleh khayalan seni. Kraf tangan juga disebut sebagai artefact yang lebih hampir kepada pengertian art atau ars dalam bahasa Latin.

Dari segi etimologi, kraf tangan berasal dari bahasa Jerman, kraft, yang membawa erti kekuatan, keteguhan dan kecekapan. Seterusnya ditegaskan lagi oleh John Harvery, kekuatan ini Juga terletak pada keahlian, kecekapan dan ungkapan seperti “pengetahuan ialah kuasa”.

Mental juga harus mempunyai kekuatan ini. Kerana kecepatan ini akan melibatkan pemilihan dan penggunaan bahan asas. Dalam proses ciptaan inilah terkandung perkembangan reka bentuk yang teratur sejak dari proses awal hingga wujudnya satu hasil karya.

Hasil penciptaan karya tidak saja melibatkan nilai praktis tetapi juga dilengkapi dengan hiasan yang terjadi serentak dengan proses penciptaan. Kerja-kerja kraftangan telah diterima sebagai ‘hasil asas dari masyarakat’. Bermula dari belajar menajamkan alat-alat perkakas hingga kepada pemasangan komputer yang dibantu oleh kecekapan tangan dan fikiran.

Tukang-tukang yang berkebolehan adalah belajar dari pengalaman dan latihan. Tukang juga dapat digelar sebagai pereka bentuk kreatif sekiranya dia mampu mencipta bentuk baru atau berbeza dari kerja-kerja biasa. Walau bagaimanapun kerana setiap kerja terikat dengan bahan, teknik dan proses, idea kreatif terpaksa dikawal untuk mengelakkan kecacatan bentuk gundalaih. Sebaliknya ia harus selaras dengan nilai peranan bentuk itu sendiri.

Seorang tukang atau pereka bentuk kraf tangan menyediakan reka bentuk mengikut pola-pola dan harus pula melalui proses dari awal hingga bentuk kraftangan itu terjadi. Dengan kata lain proses kraftangan tidak bebas dari disiplin reka bentuk untuk menghasilkan ciptaan yang baik.

Manusia Melayu begitu dipengaruhi oleh alam persekitaran. Pengalaman terhadap alam dijadikan sumber penciptaan reka bentuk. Dalam memilih dan mengabadikan unsur alam, manusia berpegang kepada kebiasaan ‘keindahan semula jadi’ yang disaring melalui kepercayaan lampau. Maka di antara unsur alam itu, bunga telah dijadikan motif penting dalam tiap ragam hias kraf tangan. Ia dipilih dari bunga-bunga yang senang digunakan sebagai hiasan bunga untuk sunting, malai atau tajuk.

Begitu juga dengan bunga-bunga wangi digunakan dalam upacara perbomohan dan bunga-bunga yang d1] ad1kan bahan perempah makanan seperti bunga cengkih, lawang, pala, berembang dan sebagainya. Terdapat juga penggunaan unsur tumbuhan daun dan pucuk rebung yang sering menjadi hiasan pada bahagian pinggir, kepala dan kaki kain atau pinggir tikar dan bahagian keliling badan, bibir serta mulut labu. Manakala sulur bayung/kacang atau sulur bakung sering digunakan untuk hiasan tembikar dengan teknik ukir dan tempel.

Dalam seni tekat, motif ini disulam berlingkar hingga meninggalkan kesan awan larat.

Senarai Rajah
Senarai Gambar
Senarai Jadual
Prakata
Penghargaan
Senarai Singkatan

1. Reka Bentuk
Kraf Tangan/Reka Bentuk Gunaan/Reka Bentuk Estetik
Kraf Tangan Melayu Tradisi: Konsep Seni Tradisi/Ciri-ciri Bentuk dan Penciptaan
Reka Bentuk Kraf Tangan Melayu Tradisi: Penciptaan Awal Kraf Tangan/Perkembangan Reka Bentuk Gunaan dan Estetik
Peranan Tukang dan Pereka Bentuk: Masyarakat Istana/ Masyarakat Luar Istana
Ciri-ciri Ragam Hias Melayu Tradisi: Masalah Gaya/Unsur Alam dan Bentuk Motif/Ragam Hias Gaya Geometri/Ragam Hias Gaya Organik

2. Seni Tembikar
Bahan Asas, Proses dan Teknik: Bahan Asas/Proses dan Teknik
Prinsip Rupa Bentuk Tembikar: Kategori Rupa Bentuk/Susunan Cipta Rupa Bentuk
Prinsip Ragam Hias: Bentuk dan Gaya Motif/Ragaman Motif

3. Seni Anyaman
Bahan dan Proses Penciptaan: Bahan Asas/Alat/Proses Persediaan Bahan Asas/Proses dan Teknik Menganyam
Rupa Bentuk Anyaman: Rupa Bentuk Dua Dimensi/ Pembahagian Rupa Bentuk Tikar
Ragam Hias: Kelarai/Corak/Bunga Sulam/Bunga Kerawang

4. Seni Tekstil
Tenunan: Kawasan dan Asal Usul
Persiapan dan Proses Tenunan: Bahan Asas/Alat Tenun/ Proses Menenun
Jenis Tenunan: Tenunan Biasa atau Bercorak/Tenun Benang Ikat dan Celup/Tenun Sulam Benang Emas Perak (Songket)
Rupa Bentuk Tenunan: Kain Bujang dan Sarung/Kain Kampuh/ Kain Lepas/Kain Destar, Tanjak, Selendang dan Sapu Tangan

5. Seni Tekat
Bahan dan Proses Penciptaan: Bahan Asas/Alat/ Proses Penciptaan
Rupa Bentuk Tekat: Rupa Bentuk Dua Dimensi/ Rupa Bentuk Tiga Dimensi
Ragam Hias Tekat: Unsur dan Bentuk Motif/Susunan Bentuk Motif

6. Batik
Bahan dan Proses Membatik: Bahan Asas/Alat/Proses Membatik
Kategori dan Jenis Batik
Rupa Bentuk Batik: Kain Sarung dan Kain Panjang/Batik Kain Ela/Sarung Bantal, Cadar, Selimut dan Alas Meja
Ragam Hias: Motif/Susunan Bentuk Motif/Batik Pelangi

7. Penutup

Glosari
Bibliografi
Indeks

Weight0.925 kg
Dimensions26 × 19.7 × 2 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 2 reviews
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. Wahyuni Isa (Verified Reader)

    Highly recommended, sangat penting dijadikan rujukan. Plus servis kawah buku sangat mantap. Buku mengenai seni Melayu sangat penting.❤️

    (0) (0)
  2. Nadiah Nadzirah (Verified Reader)

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.