Out of stock

Keistimewaan Dialek Melayu Patani

RUSLAN UTHAI adalah pensyarah di Jabatan Bahasa-Bahasa Timur, Universiti Prince of Songkhla Pattani, Thailand. Beliau banyak menjalankan penyelidikan tentang linguistik Melayu khususnya mengenai kelompok dialek Melayu Patani di Selatan Thailand.

UKM Press (Cetakan Pertama, 2011)
226 halaman

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM40.00

Out of stock

Keistimewaan Dialek Melayu Patani adalah sebuah karya linguistik sejarah tentang dialek Melayu Patani. Dalam penggolongan bahasa Melayu, dialek ini tergolong dalam bahasa Melayu kumpulan Timur Laut iaitu sekumpulan dialek Melayu Kelantan iaitu salah satu dialek yang tergolong dalam rumpun bahasa Austronesia. Isu utama yang dikemukakan ialah ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam dialek Melayu Patani, yakni ciri-ciri yang melingkari ciri asli bahasa Melayu dan rumpun bahasa Austronesia.

Keistimewaan Dialek Melayu Patani turut mengemukakan ciri-ciri dialek yang terdiri daripada konsonan panjang, konsonan hembusan, vokal sengau dan kata ekasuku. Fenomena persebaran yang berlaku dalam subdialek Melayu Patani ini merupakan satu perkembangan yang cukup menarik dalam dialek Melayu Patani yang juga dianggap sébagai salah satu bahasa pertuturan majoriti di Selatan, di Thailand. Penulis Keistimewaan Dialek Melayu Patani berjaya menelusuri proses kewujudan ciri-ciri istimewa dialek Melayu Patani khususnya di Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkhla untuk dikongsi bersama dengan pembaca. Pengaruh bahasa-bahasa Iain, merupakan faktor luaran yang turut membantu mewujudkan ciri tersebut.

Bahasa Thai sebagai bahasa majoriti dan melingkungi dialek Melayu Patani turut memainkan peranan penting dalam hal ini. Perkembangan tersebut juga menyebabkan dialek Melayu Patani kehilangan identiti asalnya, khususnya dari aspek fonologi, morfologi dan kosa kata. Malahan cirinya menuju ke arah ciri-ciri bahasa Thai yang terkandung dalam rumpun bahasa Tai-Kadai. Walau bagaimanapun sesetengah ciri istimewa tersebut terdapat pada sesetengah varians sahaja. Berdasarkan maklumat yang dikemukakan dalam Keistimewaan Dialek Melayu Patani, landasan perubahan dan ciri dialek Melayu Patani pada masa depan dapat diandaikan. Maklumat yang ditampilkan pada bahagian lampiran dapat dimanfaatkan untuk penyelidikan seterusnya baik dari segi linguistik sejarah, linguistik perbandingan mahupun dialektologi.

Dialek Melayu Patani adalah salah satu dialek Melayu yang berkembang. Antara faktornya ialah pengaruh daripada bahasa lain dan penyesuaian bahasa supaya dapat di komunikasi pada zaman semasa. Hasil daripada perkembangan ini mewujudkan beberapa unsur dalam dialek Melayu Patani yang melingkari ciri asli atau ciri khas bahasa Melayu khususnya dan bahasa Austronesia umumnya. Ciri-ciri ini dianggap sebagai ciri istimewa dialek Melayu Patani.

Keistimewaan Dialek Melayu Patani pada peringkat awalnya adalah sebuah penulisan tesis Doktor Falsafah yang dikemukakan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia atas judul Ciri-Ciri Istimewa Dialek Melayu Patani: Satu Tinjauan. Keistimewaan Dialek Melayu Patani disusun dengan tujuan untuk memperkatakan tentang unsur-unsur yang diperkembangkan dalam dialck Melayu Patani yang mengandung kelompok khas dalam ciri bahasa Melayu. Isi kandungannya terbahagi kepada tujuh bab.

Bab Satu lebih kepada memperkenalkan tentang ciri khas bahasa Melayu, sejarah kerajaan Melayu Patani dan latar belakang dialek Melayu Patani. Manakala dalam bab kedua dikemukakan pula hasil penelitian pembahagian variasi dialek Melayu Patani, sistem bunyi setiap variasi dialek Melayu Patani dan perbandingan sistem bunyi dialek Melayu Patani dengan bahasa Melayu Purba. Bab ketiga lebih menjurus kepada konsonan panjang dalam dialek Melayu Patani dan huraian tentang kewujudannya. Bab tentang konsonan hembusan dalam dialek Melayu Patani dan kewujudannya dinyatakan dalam bab keempat. Bab tentang vokal sengau dalam dialek Melayu Patani dan kewujudannya pula dikembangkan dalam bab kelima. Kata-kata ekasuku dalam dialek Melayu Patani dan etimologinya terdapat dalam bab keenam.

Maklumat yang disajikan dalam Keistimewaan Dialek Melayu Patani adalah hasil penelitian dan tinjauan penulis sendiri. Penulis sangat berharap buku ini akan memberi manfaat kepada pembaca, khususnya pengkaji linguistik Melayu. Maklumat yang dikemukakan dapat digunakan sebagai ilmu pengetahuan dalam pengajian dialek Melayu Patani dan sumber asas dalam penyelidikan dialek Melayu Patani.

Isi kandungan Keistimewaan Dialek Melayu Patani telah dibaca oleh beberapa orang pakar linguistik Melayu yang terdiri daripada Profesor Dr. James Thomas Collins, bekas Felo Penyelidik Utama, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia; Profesor Dr. Teo Kok Seong, Timbalan Pengarah, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia; Tuan Haji Hamdan Abdulrahman, bekas pakar bahasa Melayu, Jabatan Bahasa-bahasa Timur, Universiti Prince of Songkla, Pattani dan Tuan Haji Ismail Saleh, pakar bahasa Melayu, Jabatan Bahasa-bahasa Timur, Universiti Prince of Songkla, Patani. Para pakar tersebut telah banyak mengorbankan baik tenaga mahupun masa untuk memberi ulasan, hujah dan komen yang amat bernilai. Selain daripada itu, mereka memperbetulkan kesalahan dari segi ejaan yang didapati dalam buku ini dan juga turut menyesuaikan bahasa.

Weight 0.342 kg
Dimensions 22.5 × 15 × 1.3 cm
Edition

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Keistimewaan Dialek Melayu Patani”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

More from this Author

  • Ghosts of the Past in Southern Thailand
    Out of stock

    Ghosts of the Past in Southern Thailand: Essays on the History and Historiography of Patani

    , , , RM55.00
  • Biografi Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen: Raja Patani Terakhir

    Biografi Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen: Raja Patani Terakhir

    RM75.00
  • Ulama Patani: Ketokohan dan Keilmuan

    Ulama Patani: Ketokohan dan Keilmuan

    , , , RM50.00
  • Thai South and Malay North: Ethnic Interactions on a Plural Peninsula

    Thai South and Malay North: Ethnic Interactions on a Plural Peninsula

    , , , RM65.00
  • Lagu Dodoi Melayu Patani

    Lagu Dodoi Melayu Patani

    , , RM25.00
  • Ulama Besar dari Patani

    Ulama Besar dari Patani / علماء بسر دري فطاني

    , , RM35.00RM45.00
  • Out of stock

    Sejarah Kerajaan Melayu Patani

    , , , RM30.00
  • Sejarah Perjuangan Melayu Patani 1785-1954

    Sejarah Perjuangan Melayu Patani, 1785-1954

    , , RM25.00
  • Pahlawan Tegar Merdeka

    Pahlawan Tegar Merdeka

    , , RM90.00
  • The Pondok & Madrasah in Patani

    The Pondok and Madrasah in Patani

    , RM25.00