Sejarah Perjuangan Melayu Patani, 1785-1954

NIK ANUAR NIK MAHMUD adalah Profesor di Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Penerbit UKM (Cetakan Kedua, 2006)
133 halaman termasuk Rujukan dan Indeks

 


PENAFIAN: Judul ini menepati keadaan NOS, atau “naskhah baru stok lama”. Justeru, sesetengah naskhah berkemungkinan mempunyai kesan cacat seumpama halaman bernoda, sumbing, melengkung, lusuh, dan sebagainya. Pelanggan dinasihatkan agar meneliti gambar tambahan yang disediakan untuk mendapat gambaran lebih jelas mengenai keadaan naskhah sebelum membuat pembelian.

RM30.00

In stock

If you purchase this book you will earn 6 reward points!
ISBN: 9789679424430 Product ID: 1796 Subjects: , , Sub-subjects: , , , , ,

Sejarah Perjuangan Melayu Patani, 1785-1954 menyingkap susur galur perjuangan orang Melayu Patani untuk membebaskan ranah mereka dari penjajahan dan cengkaman kerajaan Thailand. Semenjak pemerintahan beraja Melayu dihapuskan pada tahun 1902, orang Melayu Patani berada dalam keadaan tertekan dan daif. Seperti yang diungkap oleh W.A.R. Wood, orang-orang Melayu telah menjadi mangsa sebuah pemerintahan yang misgoverned. Justeru, tidaklah hairan apabila kekacauan seringkali berlaku di wilayah selatan antara tahun 1910 hingga 1923. Dalam masa pemerintahan Pibul Songgram (1939-44), orang Melayu telah menjadi mangsa dasar asimilasi kebudayaan atau dasar Rathaniyom.

Tindakan Pibul Songgram memihak kepada Jepun dalam Perang Dunia Kedua telah memberikan harapan kepada orang Melayu Patani untuk membetulkan ketidakadilan yang dikenakan ke atas mereka oleh Perjanjian Bangkok (1909). Tengku Mahmood Mahyideen, seorang pegawai berpangkat Mejar dalam pasukan Force 136, telah mengemukakan rayuan kepada pihak berkuasa British di India supaya mengambil alih Patani dan wilayah sekitarnya serta digabungkan dengan Tanah Melayu. Harapan mereka bertambah cerah apabila kuasa-kuasa besar dalam persidangan di San Francisco pada bulan April 1945 telah berjanji akan membantu untuk membebaskan mana-mana negeri yang terjajah berasaskan prinsip hak menentukan nasib sendiri (self-determination).

Pada 1 November 1945, sekumpulan pemimpin Melayu Patani dipimpin oleh Tengku Abdul Jalal, bekas wakil rakyat wilayah Narathiwat, telah mengemukakan petisyen kepada Kerajaan British Merayu supaya empat wilayah di Selatan Siam dibebaskan daripada ‘penjajahan’ Siam.

Pendirian British terhadap Siam bagaimanapun berubah apabila Peperangan Pasifik tamat. Keselamatan tanah jajahan dan kepentingan British di Asia Tenggara menjadi pertimbangan utama kerajaan British dalam penggubalan dasarnya terhadap Siam atau pun Patani. Kerajaan British juga memerlukan kerjasama Siam bagi mendapatkan bekalan beras bagi keperluan tanah jajahannya. Tidak kurang pentingnya kerajaan British terpaksa menyesuaikan dasarnya terhadap Siam dengan tuntutan Amerika Syarikat yang mahu mengekalkan wilayah Siam seperti dalam tahun 1941.

Kebangkitan Komunis di Asia Tenggara selepas perang juga menjadi faktor pertimbangan British dalam menentukan dasarnya. Kerajaan British menganggap Siam sebagai negara penampan terhadap ancaman Komunis China. Justeru, Kerajaan British mahu pastikan Siam terus stabil dan memihak kepada Barat dalam persaingan dengan negara-negara Komunis. Kebangkitan Komunis di Semenanjung Tanah Melayu pada bulan Jun 1948 memerlukan British mempertingkatkan lagi kerjasama dengan Siam bagi menghapuskan kegiatan pengganas-pengganas Komunis di perbatasan Siam-Tanah Melayu.

Oleh kerana itu isu Patani dianggap sebagai penghalang ke arah kerjasama sempadan yang berkesan untuk British dengan Siam. Selepas persidangan Songkhla pada awal bulan Januari 1949, pihak berkuasa British di Tanah Melayu mula mengambil tindakan ke atas kegiatan GEMPAR di Semenanjung Tanah Melayu. Tengku Mahmood Mahyideen, seorang pemimpin utama Melayu Patani, telah ditekan oleh pihak berkuasa British di Tanah Melayu manakala Tuan Guru Haji Sulung telah ditangkap oleh pihak berkuasa Siam atas tuduhan subversif. GEMPAR, sebuah pertubuhan politik masyarakat Melayu Patani di Semenanjung juga telah di sekat aktivitinya. Akibat daripada tekanan tersebut, gerakan Melayu Patani mula lemah dan goyah.

Sungguhpun begitu, perjuangan Tengku Mahmood Mahyideen dan Tuan Guru Haji Sulung telah diteruskan generasi muda Patani. Dalam tahun 1960-an, beberapa pertubuhan pembebasan telah ditubuhkan bagi memperjuangkan kemerdekaan Patani melalui perjuangan bersenjata. Perjuangan itu bagaimanapun masih belum menempa sebarang kejayaan.

Senarai Gambar
Pendahuluan
Penghargaan

BAB 1 Kerajaan Melayu Patani

BAB 2 Berakhirnya Pemerintahan Beraja Melayu Patani

BAB 3 Patani di Bawah Pemerintahan Siam

BAB 4 Perjuangan untuk Kemerdekaan dan Percantuman

BAB 5 Tuntutan Autonomi dan Reaksi Kerajaan Siam

BAB 6 Sikap British terhadap Pergolakan di Patani

BAB 7 Darurat dan Kesannya ke Atas Orang Melayu Patani

BAB 8 Persidangan Songkhla dan Implikasinya ke Atas Pergerakan Melayu Patani

BAB 9 Rumusan: Patani adalah Tanah Melayu

Catatan
Rujukan
Indeks

Weight 0.270 kg
Dimensions 22.6 × 15.2 × 1 cm
Author(s)

Edition

Language

Publisher

Year Published

5.0
Based on 1 review
5 star
100
100%
4 star
0%
3 star
0%
2 star
0%
1 star
0%
  1. NURUL ADILAH (Verified Reader)

    Buku yang bagus dan banyak memberi ilmu baru kepada saya tentang sejarah kerajaan Patani.

    (0) (0)

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.