Out of stock

Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen

MOHD ZAMBERI ABDUL MALEK adalah penulis bebas yang menumpukan penulisan kepada sejarah dan kebudayaan Melayu khususnya di Patani. Mantan Karyawan Tamu Universiti Kebangsaan Malaysia dan mantan Karyawan Tamu Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya ini juga banyak menulis buku. Antaranya buku berjudul Biografi Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen: Raja Patani Terakhir (2017) dan Suria Kenchana: Biografi Jins Shamsuddin (1998).

Penerbit UKM (2009)
184 halaman
ISBN 9789679424324

RM40.00

Out of stock

Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen ialah sebuah biografi anak patani yang berjuang untuk membebaskan Patani daripada cengkaman Siam. Tengku Mahmood Mahyiddeen telah 45 tahun meninggalkan kita. Namanya kian dilupai generasi masa kini. Namun bagi mereka yang mengikuti perkembangan sejarah, nama Tengku Mahmood Mahyiddeen masih dalam ingatan, apakah lagi beliau digelar Harimau Malaya.

Sungguhpun demikian ketokohan, peranan dan sumbangannya yang tidak ternilai tetap disanjungi. Bahkan beliau terus menjadi simbol dalam perjuangan yang dipeloporinya. Beliau pergi tanpa pengganti yang boleh mewarisi keperibadian dan kebolehannya. Keupayaan dan pembabitannya dalam berbagai-bagai bidang dan jurusan telah meletakkan Tengku Mahmood Mahyiddeen sebagai seorang yang dikagumi dan dihormati. Beliau ialah seorang peniaga yang berjaya, pengkritik sosial, pembela masyarakat Melayu, tokoh pendidikan, pentadbir pendidikan, tokoh tentera dan tokoh politik.

Tengku Mahmood Mahyiddeen dikenali sebagai pemimpin yang berjaya mengasas, menerokai dan mempelopori berbagai-bagai bidang pengetahuan, ditambah pula dengan pengaruh dan kepimpinannya yang berwibawa menyebabkan beliau digeruni dan dikagumi oleh pegawai tinggi British dan pemimpin politik negara lain terutama semasa Perang Dunia Kedua dan selepas tamat perang. Ketika itu perjuangan kemerdekaan sedang bergema khususnya di negara-negara Asia Tenggara, bekas jajahan Jepun. Tengku Mahmood Mahyiddeen ketika itu dianggap sebagai negarawan dan pemimpin Malaya.

Keberanian dan ketokohannya amat dikagumi. Beliau bertanggungjawab membawa reformasi pendidikan Kelantan yang selama ini terikat dengan sistem tradisional. Apabila  Jepun menduduki Tanah Melayu, beliau tampil memimpinpasukan sukarelawan Melayu menetang Jepun. Bersama-sama tentera British, beliau berundur ke India untuk mendapat perlindungan.

Di India, Tengku Mahmood Mahyiddeen diberi kepercayaan untuk memimpin Force 136 bahagian Melayu dan melatih pejuang Melayu untuk menduduki semula Tanah Melayu secara perang gerila.

Setelah Jepun tewas, beliau kembali ke Tanah Melayu dan mula memikirkan nasib orang Melayu Patani yang masih dibelenggu penjajahan Siam. Sebagai seorang berketerunan Patani, sudah tentu nasib malang yang meninpa rakyat Patani turut menyentuh emosinya. Beliau meneruskan perjuangan membebaskan Patani dengan menyertai Gabungan Melayu Patani Raya (GEMPAR).

Hadirnya buku Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen memberi kesempatan untuk kita mengenali sosok yang semakin hilang ditenggelami masa.

Tengku Mahmood Mahyiddeen seorang tokoh perjuangan Melayu yang bijak, berwibawa dan disenangi ramai. Beliau amat menyintai kedamaian dan kesejahteraan hidup. Walaupun ketika menghadapi kesulitan dan berdukacita, namun senyuman sentiasa terukir di wajahnya. — Sir Edward Gent, Gabenor Malayan Union

 

Weight 0.310 kg
Dimensions 15.2 × 1.2 × 22.7 cm
Edition

Format

ISBN

9789679424324

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Harimau Malaya: Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…