Out of stock

Hadith Dalam Karya Syeikh Daud Al-Fatani

Oleh: Fauzi Deraman

DBP (Cetakan Pertama 2010)
164 halaman

RM15.00

Out of stock

Buku Hadith Dalam Karya Syeikh Daud Al-Fatani memperkatakan kedudukan hadith dalam kitab-kitab jawi yang dihasilkan oleh tokoh ulama Nusantara yang terkemuka, iaitu Syeikh Daud bin ‘Abdullah al-Fatani. Aspek yang ditekankan ialah status dan pemakaian hadith, kekuatan dan kelemahannya, perbandingan hadith-hadith itu dengan kitab hadith yang asal dan kaedah Syeikh Daud al-Fatani sendiri dalam mempersembahkan hadith tersebut.

Kedudukan hadith sebagai sumber hukum Islam yang kedua terpenting selepas al-Quran tetap utuh dan kukuh serta tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa pun. Namun begitu, pemakaian hadith secara umum tanpa melihat aspek nilai sama ada sanad atau matan, boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam dan membuka ruang kepada musuh Islam untuk mempertikaikannya.

Ketokohan Syeikh Daud al-Fatani sebagai seorang ulama yang ulung tidak perlu dipertikaikan lagi. Karya beliau dalam bentuk kitab-kitab jawi mempunyai perbicaraan yang luas dalam segenap ilmu Islam dan menjadi bahan pengajian serta pegangan masyarakat Islam di seluruh Nusantara.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.236 kg
Dimensions 14.0 × 1.0 × 21.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789834603366

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Hadith Dalam Karya Syeikh Daud Al-Fatani”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.