Usman Awang: Penghubung Sastera Moden dengan Akar Tradisi

Disunting oleh HAMZAH HAMDANI

Yayasan Warisan Johor (Cetakan Pertama, 2003)
332 halaman

RM65.00

In stock

If you purchase this book you will earn 13 points worth of RM1.30!
ISBN: 9789832440048 Product ID: 26488 SKU: 9789832440048 Categories: , Tags: , ,

Usman Awang: Penghubung Sastera Moden dengan Akar Tradisi merupakan sebuah antologi esei kritik mengenai Usman Awang yang menghimpunkan 24 hasil penulisan kajian mengenai sosok sasterawan besar tersebut. Usman Awang yang terkenal dengan nama pena Tongkat Warrant menghasilkan karya sastera dalam semua genre. Beliau mulai menulis puisi pada tahun 1948, cerpen tahun 1949, drama tahun 1958, esei-kritik tahun 1951 dan novel tahun 1966. Atas sumbangan beliau yang sangat cemerlang dalam genre puisi dan drama, Panel Anugerah Sastera Negara yang dipengerusikan oleh Musa Hitam, Timbalan Perdana Menteri waktu itu, telah sebulat muafakat memilih Sasterawan Usman Awang sebagai penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983. Dalam Laporan Panel Anugerah Sastera Negara 1983 (Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1983), dinyatakan bahawa “Usman Awang adalah seorang penyair yang hidup subur sepanjang zamannya”. Semenjak beliau mula menulis kira-kira pada tahun 1948 hingga sekarang, Usman telah dan terus menjadi ikutan teladan dan sumber aspirasi para penyair dari dekad ke dekad. Ada semacam tarikan — semacam karisma — yang menjadikan beliau teguh seperti sebuah institusi.

Sebagai tokoh besar dalam kesusasteraan Melayu, banyak kajian dan penulisan mengenai sumbangan beliau telah dihasilkan oleh para sarjana di dalam dan di luar negara. Melalui tulisan tokoh-tokoh sastera seperti Muhammad Haji Salleh, Firdaus Abdullah, Rahman Shaari, Umar Junus, Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), Ismail Hussein, Dinsman, Lloyd Fernando, A. Rahim Abdullah, Adibah Amin, Hamzah Hamdani, Othman Puteh, Masuri S.N., Virginia Matheson Hooker, Boris Parnickel, A.F. Yassin, A. Samad Said Johan Jaaffar dan Zainuddin Maidin, buku ini berusaha memperlihatkan gambaran biografi, tanggapan dan penilaian terhadap sumbangan Usman Awang dalam genre kreatif dan perbandingan dengan tokoh-tokoh sastera antarabangsa. Dalam buku ini juga dimuatkan laporan lengkap Panel Anugerah Sastera Negara terhadap sumbangan Usman Awang yang memperkukuhkan beliau sebagai penerima Anugerah Sastera Negara bagi tahun 1983.

Panel Anugerah Sastera Negara 1983 dalam laporannya merumuskan, “Jelas sekah bahawa Usman Awang adalah seorang sasterawan yang berjiwa halus dan berbudi tinggi, yang rasa kemanusiaannya mengusap membelai hati yang lembut; menyiram melembutkan hati yang keras. Sepanjang hayat pengkaryaannya dia telah menyemai, menumbuhkan dan menghidupkan rasa kasih sayang antara manusia. Kritikan sosialnya yang begitu halus dan tajam bertujuan membina jambatan perikemanusiaan yang menghindarkan nafsu permusuhan dan permusnahan antara yang tertindas dan yang menindas. Perdamaian dan keadilan adalah matlamatnya. Peperangan dan kezaliman adalah musuhnya. Di luar kegiatan penulisannya beliau bergiat dengan gigih sekali memperjuangkan cita-cita perikemanusiaan dan cita-cita damainya dalam berbagai pertubuhan sastera dan seni, juga menjadi tokoh pejuang hak asasi manusia.”

Prakata
Kata Pengantar

Tumbuh dengan Asin Laut Johor: Biografi Usman Awang Zaman Awal
Muhammad Haji Salleh

Yang Tegang Berjela-jela dan Kendur Berdenting-denting
Firdaus Abdullah

Penghubung Sastera Moden dengan Akar Tradisi
Muhammad Haji Salleh

Sasterawan Negara Usman Awang
Panel Anugerah Sastera Negara

Usman Awang Sebagai Penyair
Rahman Shaari

Usman Awang: Dasar Estetika dan Keakrabannya dengan Puisi Tradisi Melayu
Ahmad Kamal Abdullah

Kata Pengantar Gelombang
Ismail Hussein

Kata Pengantar Duri dan Api
Lloyd Fernando

Salam Benua, Suara Kemanusiaan Usman
Dinsman

Konflik Sosial Lawan Era Pembangunan
A. Rahim Abdullah

Muzika Uda dan Dara
Dinsman

Degup Jantung: Paduan Pengalaman, Pemikiran dan Kreativiti Usman Awang
Adibah Amin

Cerpen-cerpen Usman Awang
Hamzah Hamdani

Tulang-Tulang Berserakan: Antara Nostalgia dan Realiti
Othman Puteh

Memperkatakan Gaya Bahasa Novel Tulang-Tulang Berserakan
Masuri S.N.

Usman Awang dan Ibrahim Sattah: Dua Wajah dari Satu Dunia
Umar Junus

Puisi-Puisi Usman Awang, Masuri S.N. dan Sutardji Calzoum Bachri: Antara Kemelayuan dan Kesejagatan
Ahmad Kamal Abdullah

Usman Awang dan Faiz Ahmed Faiz: Antara Romantisme dan Vitalisme
Ahmad Kamal Abdullah

Usman Awang, Keris Mas dan Hamzah: Pernyataan Individu Tentang Penglibatan Sosial Dalam Sastera Melayu
Virginia Matheson Hooker

Perbandingan Alexander Pushkin dengan Usman Awang: Latar, Ketokohan dan Kreativiti
Boris Parnickel

Sekelumit Pengalaman Berketuakan Usman Awang
A.F. Yassin

Usman Awang Merindui Dunia Lembut Dan Jujur
A. Samad Said

Usman Awang Yang Saya Kenal
Johan Jaaffar

Antara Usman Awang dan Utusan
Zainuddin Maidin

BIODATA PENULIS
SUMBER PENERBITAN

Weight 0.682 kg
Dimensions 25 × 18.1 × 1.9 cm
Author(s)

, , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Edition

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Usman Awang: Penghubung Sastera Moden dengan Akar Tradisi”

Your email address will not be published. Required fields are marked *