China dan Malaysia dalam Arena Perang Dingin 1949-74 merekonstruksi dan memberikan analisis tentang berbagai-bagai tahap perubahan sikap China terhadap Malaysia yang akhirnya membawa ke fasa normalisasi pada 1974. Pada akhir bulan Mei 1974, Perdana Menteri Malaysia Tun Abdul Razak mengadakan kunjungan ke Beijing atas undangan pemerintah Republik Rakyat China. Pada akhir lawatannya keluarlah sebuah kenyataan bersama yang menyatakan bahawa Malaysia dan RRC telah sepakat untuk ‘menormalkan’ hubungan antara kedua-dua negara. Peristiwa tersebut merupakan tonggak sejarah yang sangat penting dalam hubungan kedua-dua negara, kerana pada satu sisi itu melambangkan berakhirnya satu fasa dalam politik luar negeri Malaysia yang diwarnai sikap antikomunis, anti-China dan sangat pro-Barat.
Pada sisi lain, peristiwa itu juga menunjukkan keberhasilan China untuk mewujudkan hubungan persahabatan dengan negara-negara non-komunis di Asia Tenggara setelah Revolusi Kebudayaan di China berakhir. Penulis buku ini yakin bahawa era baru dalam hubungan China-Malaysia merupakan suatu puncak dari proses sejarah yang berjalan perlahan dan tidak terjadi dengan tiba-tiba atau mendadak. Perubahan tersebut berjalan secara bertahap dan terjadi sebagai akibat dan pengaruh baik perkembangan dalaman mahupun luaran di kedua-dua negara.
Reviews
There are no reviews yet