Pagar Bukan Penjara: Kumpulan Cerpen 1947-1968 merupakan himpunan cerpen Hamzah Hussin yang terpenting sejak dari zaman pasca Perang Dunia Kedua sehingga lebih sedekad negara kita berada dalam kemerdekaan. Melalui cerpen-cerpen Hamzah ini, terbukti pengarangnya berkeyakinan dengan anutan konsep ‘Seni untuk Seni’ dan banyak menampilkan jalur pemikiran dan memberikan tanggapan tafsirannya terhadap realiti objektif zamannya, terutama tentang subjek yang berkaitan dengan semangat nasionalisme, pengaruh permodenan Barat dalam hubungannya dengan gejala sosial masyarakat Melayu, pergaulan bebas di kalangan anak muda, unsur keislaman dan pelbagai ragi kehidupan harian yang ditemukan. Kesemuanya itu menjadi amat signifikan, apatah lagi dalam konteks dokumentasi sejarah kesusasteraan Melayu.
Hamzah merupakan cerpenis dan novelis yang penting dalam era pasca Perang Dunia Kedua, khususnya pada zaman kegemilangan Angkatan Sasterawan 50 yang beroperasi di Singapura. Beliau juga terkenal sebagai wartawan dan tokoh perfileman Melayu, dan pada tahun 1950-an dahulu pernah mencetuskan pemikiran yang penuh kontroversi berhubung dengan konsep ‘Seni untuk Seni’ yang kemudiannya menjadi polemik yang agak panjang di kalangan anggota ASAS50 sendiri. Polemik ‘Seni untuk Seni’ dan ‘Seni untuk Masyarakat’ yang hangat itu menghidupkan suasana dunia kesusasteraan Melayu, sesungguhnya merupakan suatu hikmah; malah sebagai aset yang bernilai dalam khazanah kesusasteraan itu sendiri. la harus dilihat dan ditelusuri secara positif dan penuh dengan keterbukaan sikap bagaimana pejuang-pejuang bahasa dan kesusasteraan pada era tersebut memperjuangkan keyakinan diri dan tenaga fikir mereka dalam usaha dan upaya mengangkat martabat dan maruah kesusasteraan Melayu. Hamzah sendiri dengan keyakinan pegangan konsep ‘Seni untuk Seni’ yang diperjuangkan itu memperlihatkan wujudnya pemikiran yang tidak sehala, malah rencam pelbagai bagi memberikan corak warna kelainan dalam perkembangan sastera Melayu.
Prakata
Seulas Pinang
Pengantar
1. Pengkhianat Bangsa
2. Semangat Puteri Islam
3. Di Antara Dua Agama
4. Surat dari dan kepada Kekasih
5. Sipah
6. Pena Merdeka
7. Pengakuan di Hari Raya
8. Benteng Melaka
9. Korban
10. Kisah Tidak Orang Gadis
11. Pembela Bangsa
12. Tun Perak Pahlawan Melaka
13. Kanan dan Kiri
14. Maznah
15. Asriah, Bintang Filem
16. Ina
17. Nasib Seorang Seniwati
18. Dua Janda
19. Tiang Salib di Dada
20. Sapu Tangan
21. Roboh Rebah Berhala-berhala
22. Mee Lia
23. Mutiara Hidup
24. Guru Agama Muda
25. Untuk Masyarakat
26. Pembunuhan di Malam Hari Raya
27. Imamku
28. Korbanku di Hari Raya Haji
29. Korban Mengatasi Korban
30. Angin Buta
31. Hamba Seni
32. Harapan
33. Kekuasaan dan Kekuatan
34. Gelombang Fikiran
35. Sebuah Kampung
36. Ayat
37. Anak Baru Lahir
38. Buku
39. Pertemuan Pertama
40. Vandalist
41. Sepatah Perkataan yang Berpengaruh
42. Orang Tua dan Mimpi
43. Hari Raya
44. Pertemuan di Jalan Raya
45. Suami
46. Keluarga Cik Man
47. Gelang Kaki
48. Masuk Peraduan Bersyarah
49. Sharifah
50. Pagar Bukan Penjara
51. Jiwa Seorang Pengarang
52. Kalau Kau Kebulur
53. Laga Ayam
54. Jepun
55. Orang Gila
56. Berkenal dengan Kemiskinan
57. Menyatakan Erti Korban
58. Enjut-enjut Semut, Siapa Sakit Naik Atas
59. Berhari Raya dengan Motokar Tuan
60. Pengantin Budak
61. Menanti Ketukan Pintu
62. Perempuan Gusti
63. Fatimah Kahwin
64. Hendak ke Mana Fatimah
65. Di Kaki Tangga Keramat
66. Tuk Mat Menjadi Demang
67. Fatimah Sebagai Isteri
68. Bermain Api
69. Surat
70. Falsafah Ayam
71. Bayangan dalam Gelap
72. Ribut
73. Lamaran Pertama
74. Zakat
75. Dara Janda
76. Surat Yengki
77. Surat
78. Rambut Panjang
79. Sesudah Sembilan Tahun
80. Majid Kahwin
81. Sampan Hanyut ke Batu Karang
82. Dia dan Ainon
83. Cerita-cerita di Belakang Pelamin
84. Coretan dari Tanah Mati
85. Azan
86. Inilah Semalam
87. Hujan
88. Surat ke Kampung
89. Bukan Mainan
90. Harapan Baru
91. Kisah di Tepi Mata
92. Cinta di Sebuah Kampung
93. Rantai Bahagia
94. Miskin
95. Culik
96. Cita-cita
97. Anak Darurat
98. Lorong Saya
99. Obor Cita-cita Terus Menyala
100. Sebuah Rumah di Pinggir Laut
101. Dua Budak Lima Mayat
102. Kedai Kopi Pak Man
103. Mr. White Penuh dengan Senyum
104. Biar Langit Runtuh
105. Koktel Parti
106. Rumah Batu Hati Batu
107. Aku Tidak Peduli
108. Dua Wanita
109. Jambatan Patah
110. Pak Pak Lang
111. Tasik Dayang Bunting
112. Dia Ingin Beranak
113. Hidup Lebih Buruk
114. Anak-anak Sedang Bermain
115. Seorang Sundal di Saigon
116. Syarifah Zainab
117. Meriam
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet