فندوق دان مدرسه دفتاني / Pondok dan Madrasah di Patani

HASAN MADMARAN adalah pengkaji sejarah Patani, dari Kolej Pengajian Islam, Prince of Songkla University.

Penerbit UKM (Cetakan pertama, 2001)
238 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

Edisi Jawi

RM35.00

In stock

Pondok dan Madrasah di Patani dihasilkan untuk menarik perhatian pembaca mengenai fungsi utama ulama’ Patani yang amat masyhur ketika Patani menjadi sebuah pusat tamadun Islam. Pondok dan Madrasah di Patani ditulis dengan hasrat untuk membawa Patani dan masyarakatnya ke arena akademik antarabangsa supaya peranan Patani yang berpengaruh dalam pelbagai aspek itu dapat difahami oleh dunia luar. Hal ini kerana peranan ulama’ Patani tidak pernah terpadam daripada ingatan dunia Islam terutamanya dalam kalangan cendekiawan.

Patani masih mengekalkan suasana dan institusi budaya dan agamanya yang unggul. Bandar yang telah lama diketahui dengan penduduknya yang masyhur dan tok gurunya yang berpengetahuan tinggi berjaya menarik ramai orang Islam yang tinggal di sekitar keempat-empat wilayah selatan. Antara pondok Patani yang terkenal pada zaman kegemilangannya ialah Pondok Bermin, Pondok Dala, Pondok Haji Dagae, Pondok Babayah, Pondok Semala dan Pondok Manggu. Pondok yang selama ini menjadi pusat pendidikan Islam tradisional untuk masyarakat Islam di Thailand tiba-tiba menjadi tumpuan pihak kerajaan Thai pada tiga dekad yang lalu.

Akhir-akhir ini, institusi Islam tradisional tersebut agak tergugat kedudukannya apabila sebuah dasar pendidikan yang baru mengarahkan agar Pendidikan Thai diterapkan ke dalam institusi tersebut. Sebelum dekad 1950-an lagi, dasar kerajaan Thai terhadap bidang pendidikan semakin dikuatkuasakan. Dasar tersebut juga semakin menjanakan kesedaran yang bersifat kebangsaan.

Semasa proses pembaharuan dalam bidang pendidikan itu, institusi pondok akhirnya ditukarkan menjadi Sekolah Agama Rakyat setelah ia dijadikan madrasah itu. Pada ketika itu juga pihak kerajaan telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menerapkan bahasa dan budaya Thai ke dalam sekolah tersebut. Hasilnya, para pelajar sekolah Agama Rakyat kini menguasai tiga buah bahasa sekaligus, iaitu bahasa bahasa Melayu dan bahasa Arab.

Fungsi utama institusi Islam tradisional, iaitu pondok telah dilihat oleh kerajaan Thai sebagai tidak bermanfaat kepada masyarakat. Walau bagaimanapun, masyarakat Islam Thailand menanggapi yang institusi itu akan membantu rakyat sekiranya menjadi warganegara yang baik dan setia kepada negara.

Justeru, untuk mengekalkan warisan Islam tradisional mereka, masyarakat Patani perlu berubah daripada menjadi kaku kepada yang lebih berdaya saing. Ini memaksa mereka untuk memegang peranan yang lebih besar, iaitu berbincang dengan pihak kerajaan bagaimana untuk menjadi sebuah masyarakat contoh. Sehubungan dengan itu, generasi baru di Patani digalakkan untuk mempelajari pelbagai bidang sama ada di universiti tempatan mahupun di luar negara. Walaupun begitu, mereka perlu ditanamkan dengan sikap berdikari dan bertanggungjawab.

Biarpun Patani pada hari ini hanyalah sebuah bandar kecil di Selatan Thai, reputasi dan kegemilangan lampaunya dalam bidang akademik masih dikaitkan dengan kebijaksanaan ulama’ Patani dan karya-karya agung mereka mengenai kitab Jawi seperti Syeikh Daud al-Fatani, Syeikh Ahmad bin Muhammad Zin al-Fatani, dan ulama’-ulama’ yang hidup sezaman dengan mereka seperti To’ Kenali, Nik Mahmud bin Nik Ismail, dan Syeikh Mahmud Said, salah seorang mufti Negeri Sembilan.

Senarai Gambar
Prakata

BAB 1 Latarbelakang Sejarah
BAB 2 Pondok dan Sumbangannya
BAB 3 Ulama Patani dan Perana Mereka dalam Pendidikan Islam
BAB 4 Kitab Jawi Sebagai Asas Pengetahuan Islam
BAB 5 Pondok dan Proses Perubahan
BAB 6 Usaha Kerajaan Pusat
BAB 7 Langkah Kerajaan dan Tindakbalas
BAB 8 Kesimpulan

Bibliografi
Indeks

Weight0.319 kg
Dimensions22 × 15 × 1 cm
Format

Class

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.