Out of stock

Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu

Disunting oleh NIK HASSAN SHUHAIMI NIK ABDUL RAHMAN dan ZULISKANDAR RAMLI

DBP (Cetakan Kedua, 2021)
597 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM60.00

Out of stock

Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu secara khusus menyingkap Zaman Prasejarah dan Zaman Protosejarah di Malaysia yang penulisannya berdasarkan kronologi sejarah dan juga menyentuh tentang perkembangan budaya dan evolusi teknologi pada zaman tersebut. Penerbitan Prasejarah dan Protosejarah Tanah Melayu bertujuan mewujudkan siri buku sejarah Malaysia atau lebih dikenali sebagai Sejarah Nasional Malaysia. Pada asasnya pensejarahan negara kita Malaysia telah dirangka mengikut kronologi zaman yang telah dibahagikan kepada tiga zaman yang utama, iaitu Zaman Prasejarah, Zaman Protosejarah dan Zaman Sejarah. Zaman Prasejarah dibahagikan kepada empat, iaitu Paleolitik (Paleolitik Awal dan Paleolin akhir), Haobinhian (Mesolitik), Neolitik dan Zaman Logam (Gangsa dan Besi). Zaman Prasejarah ialah zaman manusia belum mengenal tulisan dan tinggalan masyarakat Zaman Prasejarah ini hanya boleh dibuktikan secara penyelidikan arkeologi yang juga merupakan salah satu cabang bidang sejarah dan ada juga sarjana yang menganggap bahawa arkeologi ini merupakan cabang bidang antropologi.

Pendapat yang menyatakan bahawa arkeologi ialah antropologi merupakan satu pendapat yang kurang tepat kerana untuk merekonstruksi semula Zaman Protosejarah ahli arkeologi telah menggunakan sumber-sumber bertulis sama ada dari India, China, Arab-Parsi, Asia Tenggara dan tempatan. Sumber juga boleh diperoleh daripada inskripsi-inskripsi yang didapati daripada survei dan juga ekskavasi arkeologi yang dijalankan. Penyelidikan arkeologi Zaman Prasejarah di Malaysia telah menemukan pelbagai jumpaan yang penting terutamanya yang melibatkan asal usul Melayu. Data arkeologi telah mendedahkan bahawa orang Melayu bukan berasal dari Yunan ataupun Taiwan tetapi berasal dari Tanah Sunda. Evolusi dari segi budaya telah pun berlaku sejak Zaman Paleolitik lagi. Jumpaan rangka atau tengkorak manusia di Malaysia telah direkodkan di beberapa tempat dan jumpaan yang paling tua ialah jumpaan tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak yang berdasarkan pentarikhan mutlak umurnya lebih kurang 40 000 tahun yang lalu. Di kawasan lain juga telah ditemui beberapa rangka manusia yang berumur sekitar 10 000 tahun hingga 16 000 tahun yang lalu, antaranya termasuklah jumpaan di Gua Kepah, Seberang Perai, Gua Cha di Kelantan, Gua Gunung Runtuh di Lenggong dan Gua Bewah di Tasik Kenyir.

Berdasarkan artifak yang ditemui terutamanya tinggalan alat batu, didapati bahawa kawasan di Lenggong, Perak dan Gua Tengkorak di Sabah telah didiami oleh manusia sejak 200,000 tahun yang lalu. Kajian terkini yang dijalankan di Bukit Bunuh pula telah mendapati bahawa alat batu yang digunakan berusia sekitar 1.83 juta tahun yang lalu, walaupun data ini masih dipertikaikan oleh para sarjana yang terlibat dengan penyelidikan arkeologi terutamanya penyelidikan prasejarah. Hal ini disebabkan jika berlakunya impak meteorit, sudah pasti alat batu yang ada ketika berlakunya impak tersebut tidak dalam keadaan fizikal yang masih sempurna. Pentarikhan kronometrik dan pentarikhan relatif yang diperoleh hasil daripada penyelidikan arkeologi di tapak prasejarah membolehkan sarjana merangka kronologi zaman secara terpimpin dengan menggunakan tarikh yang ada. Penyelidikan arkeologi Zaman Prasejarah bukan sahaja dijalankan untuk mendapatkan pentarikhan bagi sesebuah tapak tetapi yang lebih penting untuk dikaji ialah budayanya dan evolusi teknologi masyarakat tersebut. Evolusi dari segi budaya dapat dilihat dengan jelas berlaku pada setiap zaman dan begitu juga dengan evolusi sains dan teknologinya. Teknologi pembuatan alat batu, misalnya didapati mengalami evolusi dari Zaman Paleolitik sehingga Zaman Logam, daripada saiz yang besar kepada saiz yang lebih kecil dan cara bagaimana alat batu itu direpeh untuk menjadi tajam dan bagaimana alat batu itu dilicinkan Evolusi sains dan teknologi membolehkan manusia mencipta tembikar tanah, alat perhiasan diri dan mula mengamalkan kegiatan bercucuk tanam dan menternak haiwan serta menghasilkan peralatan daripada logam.

Kepelbagaian cara pengebumian mayat masyamkal prasejarah juga amat menarik apabila evolusinya dapat dilihat dari segi cara bagaimana tataletak mayat tersebut daripada pengebumian melipat, pengebumian melunjur, kubur kepingan batu, pengebumian dalam sampan, budaya Megalitik dan sebagainya yang ada antara cara pengebumian tersebut masih diamalkan oleh masyarakat Orang Asli dan penduduk peribumi di Sabah dan Sarawak sehingga hari ini. Sebelum ini, ramai yang menganggap bahawa sejarah kita hanya bermula apabila Melaka telah dibuka oleh Parameswara pada tahun 1262 dan telah menjadi sebuah empayar Melayu yang terkenal di seluruh dunia, terutamanya tentang kesibukan pelabuhan entrepotnya. Namun begitu, tanggapan yang mengatakan bahawa sejarah kita hanya bermula ketika Melaka dibuka merupakan satu tanggapan yang salah dan kurang tepat. Kelangsungan orang Melayu di Nusantara ini telah bermula sejak Zaman Prasejarah lagi dan melalui evolusi sosiobudaya serta sains dan teknologinya, orang Melayu itu berkembang maju sejajar dengan perubahan yang mereka terima dan aplikasikan dalam corak kehidupan mereka. Perubahan besar ini boleh dilihat pada satu zaman yang dikenali sebagai Zaman Protosejarah atau Zaman Kerajaan-kerajaan awal sebelum Islam. Di Nusantara ini, kerajaan-kerajaan Melayu awal sudah pun bermula sejak awal abad Masihi lagi. jika berdasarkan tahun Saka, kerajaan Melayu itu sudah pun wujud pada tahun 78 M.

Pada Zaman Protosejarah, masyarakat di Nusantara amnya telah mengenal sistem tulisan yang tulisan tersebut dalam bentuk aksara kuno seperti aksara dari India Selatan, Pali, Pallava, Cam dan Kawi. Pada zaman ini juga aktiviti perdagangan terutamanya perdagangan antarabangsa menjadi sangat aktif. Hubungan awal antara pedagang Melayu dengan pedagang India sebelum abad Masihi lagi membolehkan kawasan di Nusantara ini terkenal dengan nama Suvarnabhumi (Semenanjung Tanah Melayu), Suvarnadhipa, Malayadvipa (Sumatera), Yavadvipa Gawa) dan Karpuradvipa (Borneo). Proses akulturasi budaya India dan transformasi ilmu masyarakat tempatan menyebabkan pemimpin tempatan menganth taraf mereka menjadi raja dan pengaruh agama Buddha dan Hindu diterima tetapi tidak secara langsung kerana ia disesuaikan dengan amalan tradisi daripada nenek moyang mereka yang kuat mengamalkan animisme.

Senarai Rajah
Senarai Foto
Senarai Jadual
Senarai Peta
Senarai Penyumbang
Struktur Organisasi Penyelidikan dan Penulisan Sejarah Nasional Malaysia
Kata Pengantar
Prakata
Pendahuluan
Penghargaan
Penghargaan Khas

1. Persekitaran Kuno Zaman Prasejarah
Mohd Mokhtar Saidin, Zuliskandar Ramli

2. Zaman Paleolitik, Hoabinhian dan Neolitik di Malaysia
Adnan Jusoh, Mokhtar Saidin, Zuliskandar Ramli

3. Zaman Logam di Malaysia
Adnan Jusoh

4. Teknologi Masyarakat Prasejarah dan Protosejarah
Zuliskandar Ramli, Mohd Mokhtar Saidin, Stephen Chia

5. Seni Ukiran Batu dan Lukisan Gua di Malaysia
Zuliskandar Ramli, Yunus Sauman

6. Cara Pengebumian pada Zaman Prasejarah
Zuliskandar Ramli, Yunus Sauman

7. Zaman Protosejarah
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Zuliskandar Ramli

8. Perdagangan Antarabangsa pada Zaman Protosejarah
Zuliskandar Ramli, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman

9. Akulturasi Budaya India dan Kesinambungan Kepercayaan Masyarakat Tempatan
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Zuliskandar Ramli, Mohamad Zain Musa

10. Seramik Purba yang Diperdagangkan di Malaysia
Asyaari Muhamad

11. Kerajaan Maritim di Malaysia
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Zuliskandar Ramli

12. Entrepot di Selat Melaka dan Penubuhan Kerajaan Melayu Melaka
Zuliskandar Ramli, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman

13. Zaman Awal Kedatangan Islam
Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Zuliskandar Ramli

14. Penutup
Zuliskandar Ramli, Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman

Biodata Penulis
Bibliografi
Indeks

Weight0.930 kg
Dimensions22.8 × 15.1 × 3.2 cm
Author(s)

, , , , , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.