Sains dan Teknologi: Wahana Akal Budi Melayu diterbitkan dengan tujuan menambah korpus ilmu dalam sains dan teknologi Melayu khususnya mengenai pencapaian, sumbangan sarjana, pengiktirafan dan pemikiran falsafah sains dan teknologi Alam Melayu dalam konteks akal budi Melayu. Akal budi Melayu merujuk kepada tingkah laku, pemikiran, cita rasa, nilai pengetahuan dan alam kerohanian masyarakat Melayu. Dengan perkataan lain, akal budi Melayu adalah niat, kepercayaan, perasaan, pemikiran dan tingkah laku orang Melayu yang dicetuskan dalam menangani pelbagai masalah.
Perbincangan dimulakan dengan memperkenalkan sains dan teknologi dalam naskhah lama, permasalahan utama sains dan teknologi Melayu, kedudukan bahasa Melayu dalam pendidikan sains dan teknologi, pemikiran sains dan teknologi serta zoologi dalam peribahasa. Selanjutnya dibincangkan mengenai peranan sains dan teknologi dalam alat muzik Melayu, kedudukan unsur sains dan seni bina dalam tafsir al-Quran. Turut dibahaskan mengenai pengaruh mazhab Shafi’e dalam sains dan teknologi di Alam Melayu.
Senarai Jadual dan Rajah
Prakata
Pendahuluan
BAB 1 Sains dan Teknologi dalam Naskhah Lama Alam Melayu
— Zawiyah Baba, Daeng Haliza Daeng Jamal, Ahmad Bazri Mokhtar & Muhd. Shafiq M. Ali
BAB 2 Sepuluh Masalah Utama dalam Sains dan Teknologi Melayu
— Abdul Latif Hj. Samian
BAB 3 Kedudukan Bahasa Melayu dalam Pendidikan Sains dan Teknologi
— Mohd Yusof Hj. Othman
BAB 4 Pembangunan Prototaip Pelabelan Kelas Kata Perkataan Bahasa Melayu
— Suhaimi Ab Rahman & Mohd Nurulfakhri Ghazali
BAB 5 Pemikiran Sains dan Teknologi dalam Peribahasa Melayu
— Muhamad Shafiq Mohd Ali & Zawiyah Baba
BAB 6 Unsur Zoologi dalam Peribahasa Melayu
— Wan Norasyikin Wan Ismail, Nazri Muslim & Abdul Latif Hj. Samian
BAB 7 Kisah Cik Ka dan Cik Ja: Menerokai Pengalaman Pelajar Melayu dalam Zoologi
— Maznah Hj. Ibrahim
BAB 8 Alat Muzik Tradisional Melayu
— Ab. Samad Kechot
BAB 9 Perkembangan Fotografi Digital sebagai Visual Baru dalam Penyelidikan Sosial Alam Melayu
— Nadzri Mohd Sharif, Mohd Nor Shahizan Ali, Mohd Yusof Abdullah, Meor Hasmadi Meor Hamzah & Liza Marziana Mohd Noh
BAB 10 Kedudukan Unsur Sains dalam Tafsir al-Quran di Malaysia
— Nor Syamimi Mohd, Haziyah Hussin & Wan Nasyrudin Wan Abdullah
BAB 11 Pemikiran HAMKA mengenai Seni Bina menerusi Tafsir al-Azhar
— Nazri Muslim, Wan Zulkifli Wan Hassan & Jamsari Alias
BAB 12 Pengaruh Mazhab Shafi’i terhadap Fatwa mengenai Bedah Siasat Mayat di Malaysia
— Wan Zulkifli Wan Hassan, Nazri Muslim & Jamsari Alias
Rujukan
Senarai Penyumbang
Indeks
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet