Out of stock

Sejarah Awal Pulau Pinang

Disunting oleh MUHAMMAD HAJI SALLEH

Penerbit USM (Cetakan Semula, 2016)
117 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM20.00

Out of stock

Sejarah Awal Pulau Pinang disamarkan oleh waktu dan hakikat bahawa kurangnya kajian yang dibuat terhadap penduduk dan kependudukan awal di negeri ini, terutama yang berpusatkan zaman pra-British. Ghairah sarjana tempatan dan luar negara tercurah pada kajian kedatangan British dan perkembangan negeri ini setelah mereka mendarat dan mengambil alih pentadbirannya. Oleh hal yang demikian, jiwa, zaman dan pergerakan koloniallah yang diberikan ruang dan kata.

Pada zaman pascakolonial, suatu kajian yang berpusatkan kejayaan kolonial dan sudut pandangan mereka bukan sahaja agak melawan arus dan melawan kesedaran kebangsaan setempat, malah tidak berhadapan dengan kenyataan. Oleh hal yang demikian, kajian yang berpaksikan kolonial sebegini dapat dianggap sebagai buta sejarah atau sengaja menyembunyikan sebahagian kebenaran yang jelas terbentang di depan waktu.

Kenyataan sebenarnya sudah terbentang jauh sebelum kedatangan Francis Light dan gerombolannya. Sebelum wakil Syarikat Hindia Timur Inggeris mendarat di pantai Tanjung Penaga di utara pulau itu (di samping timur Padang Kota dewasa ini), sudah terdapat bukti-bukti pendudukan dalam bentuk tapak pendudukan purba di Seberang Perai terutama sekali di Guar Kepah dan Cherok Tok Kun dan di pulau pula yang lebih muda di Datok Keramat, di Batu Uban, di Bayan Lepas, di Balik Pulau dan lain-lain, yang semuanya berlaku sebelum 1786, sesetengahnya ribuan tahun sebelum pendaratan Francis Light.

Sejarah menyatakan dan menafsirkan hak. Sejarah juga melukiskan akar di kampung dan tapak kaki di pantai waktu. Sejarah yang kiat sebelah, lebih berpihakkan penjajah dan melupakan hakikat sebenar ialah kesalahan besar yang memesongkan hak ini, jati diri dan kebanggaan bangsa.

Tujuan buku ini adalah untuk membetulkan kiat dan kealpaan ini dan dengan itu memberikan suatu senario sejarah yang lebih panjang, lebar dan benar. Di Pulau Pinang sendiri, tidak termasuk Seberang Perai terutama sekali yang berada di bawah kekuasaan Kedah, lama sebelum 1786 sudah mempunyai bukti pendudukan, malah terdapat sejumlah sekitar 20 keluarga di sini sewaktu Light mendarat. Jumlah ini bukan jumlah yang kecil di sebuah pulau yang tidak besar. Di Seberang Perai kependudukan berusia ribuan tahun sudah wujud sebelum England pernah pun mendengar wujudnya negeri-negeri Tanah Melayu dan kekayaan serta letaknya yang strategik di Selat Melaka.

Demi membentangkan sejarah yang lebih panjang dan benar inilah, maka buku ini menghidangkan karya tiga orang sarjana terkenal kerana sumbangan mereka mengkaji bukti-bukti awal pendudukan Pulau Pinang dan Seberang Perai. Mereka ialah Profesor Madya Mokhtar Saidin, seorang ahli arkeologi yang banyak menggali di utara Semenanjung, Profesor Madya Mahani Musa, seorang sejarawan yang mendapat hadiah kerana penggaluran yang teliti dan penemuan cara hidup masyarakat Pulau Pinang awal dan akhirnya, dan Profesor Madya Noriah Mohamed, seorang ahli bahasa yang ternama.

Demikianlah tiga aspek sejarah awal yang menjadi fokus buku ini. Bersandarkan bukti arkeologi dan sejarah, ketiga-tiganya membuktikan bahawa orang Melayu merupakan bangsa awal yang sudah meneroka dan menduduki Pulau Pinang lebih awal daripada 1786.

Weight0.242 kg
Dimensions23.9 × 16.5 × 0.7 cm
Author(s)

, , ,

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.