Mahani Musa

Mahani Musa merupakan profesor madya di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia. Beliau memperoleh kelulusan ijazah doktor falsafah dalam bidang sejarah daripada Universiti Malaya pada tahun 2003. Mula berkhidmat di Bahagian Sejarah, PPIK, USM pada tahun 1991 sebagai guru sebelum menjawat jawatan pensyarah pada tahun 1993. Bidang tumpuan utama beliau adalah sejarah Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua.

Setakat ini beliau telah menerbitkan beberapa buah buku yang berkaitan dengan minat beliau. Antaranya, Kongsi Gelap Melayu di Negeri-Negeri Utara Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu 1821-1940-an yang diterbitkan oleh Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society pada tahun 2003 dan Sejarah dan Sosioekonomi Wanita Melayu Kedah 1881-1940, terbitan Penerbit UKM pada tahun 2005. Selain dua karya asal ini, beliau turut menjadi penyunting kepada dua buah buku lain dan giat menerbitkan makalah dalam jurnal tempatan dan antarabangsa serta makalah dalam buku.