Out of stock

Nasionalisme dan Revolusi di Malaysia dan Indonesia: Pengamatan Sejarah

ABDUL RAHMAN HAJI ISMAIL ialah bekas Profesor Madya di Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM. Bidang kepakaran beliau ialah sejarah Asia Timur, pensejarahan Melayu dan sejarah politik Malaysia moden.

AZMI ARIFIN ialah pensyarah kanan di Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM. Bidang kepakaran beliau ialah sejarah politik Malaysia moden dan penyelidikannya meliputi konsep serta pensejarahan feudalisme dan nasionalisme.

NAZARUDIN ZAINUN adalah pensyarah Ilmu Sejarah di Bahagian Sejarah, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, Universiti Sains Malaysia.

Senarai penulis:

ARIFFIN OMAR
LUKMAN AGE
MAHANI MUSA
SUHARTO
SUPRAYITNO
WARJIO

Penerbit USM (Cetakan semula, 2008)
301 halaman, termasuk Indeks dan Bibliografi

Siri Kecetakan Akademik

RM45.00

Out of stock

Product ID: 8892 SKU: 9789833391561 Categories: , , Tags: , , , ,

Nasionalisme dan Revolusi di Malaysia dan Indonesia: Pengamatan Sejarah mencerakin secara mendalam sejarah dan makna nasionalisme dan revolusi dalam perjuangan menegakkan negara dan bangsa merdeka di Malaysia dan Indonesia pada kurun ke-20. Ia terhasil daripada penelitian lanjutan oleh beberapa orang penyelidik dan pendidik ilmu sejarah dari kedua-dua buah negara. Selain penemuan baru, buku ini mengajukan pandangan dan kesimpulan yang mencabar kebijaksanaan semasa tentang makna bangsa, kebangsaan, nasionalisme, kemerdekaan dan revolusi dalam sejarah politik kedua-dua negara.

Dalam usaha menggarap perkembangan di Malaysia para penulis bukan sahaja mencadang dan mencuba pendekatan baru tetapi juga mengemukakan beberapa saranan yang melengkapkan kajian dan kefahaman tentangnya. Bab tentang revolusi di Malaysia contohnya, adalah penerokaan yang sebahagian besarnya mengupas persoalan daripada sudut yang jarang diberi perhatian oleh para sarjana arus perdana. Perbincangan tentang perkaitan antara parti Masyumi (Indonesia) dan Hizbul Muslimin (Tanah Melayu) serta kegiatan politik Khatijah Sidek membawa pembaca merentasi kedua-dua tebing Selat Melaka.

Abdul Rahman Haji Ismail memulai bicara dengan meneliti isu makna nasionalisme Melayu dengan menekankan betapa pentingnya ia dicerakinkan dari dalam dan dengan menggunakan istilah tempatan. Untuk mengelakkan kekeliruan yang disebabkan oleh penggunaan istilah “nasionalisme” yang dipinjam secara langsung daripada sejarah Eropah, Abdul Rahman menyarankan supaya istilah “bangsa” terus diguna pakai, tetapi dengan membahagikannya kepada bangsa keturunan, bangsa budaya dan bangsa politik. Beliau berhujah bahawa gagasan seperti bangsa, negara, negara-bangsa dan kedaulatan bangsa yang mengatasi kekuasaan Raja sebagai individu telahpun wujud dalam pemikiran dan amalan politik Melayu sebelum kurun ke-20. Beliau lalu memperlihat perbezaan antara istilah yang beliau namakan nasionalisme Melayu negara kecil Melayu, nasionalisme Melayu se-Tanah Melayu, nasionalisme Melayu serantau Melayu atau nasionalisme Melayu Raya, nasionalisme Tanah Melayu atau nasionalisme Malaya, dan nasionalisme Malaysia.

Tentang perkembangan di Indonesia pula, selain menelusuri semangat dan perjuangan kemerdekaan sebelum dan semasa pendudukan Jepun, para penulis meneliti pergolakan dan natijah perjuangan menghalau Belanda dan pertembungan antara nasionalisme tempatan dengan tekanan nasionalisme kuasa pusat. Perbezaan pendekatan antara pelbagai kelompok dalam pergerakan revolusi, percanggahan antara wawasan negara kesatuan dengan negara persekutuan dan perjuangan berterusan sesetengah bangsa seperti Aceh untuk menegakkan kebangsaan sendiri dipaparkan dengan jelas dan meyakinkan.

Turut menumpukan perhatian kepada Sumatera, Suprayitno pula menganalisis peristiwa pembentukan Federasi Sumatera pada 1949 dan punca kegagalannya. Federasi Sumatera terbentuk dalam usaha beberapa wilayah di Sumatera untuk mendapatkan kuasa autonomi dalam Kesatuan Indonesia, sesuai dengan keadaan tempatan dan masyarakat Indonesia yang bersifat majmuk. Namun usaha menubuhkan Federasi itu gagal bukan sahaja kerana keputusan bercanggah yang dibuat oleh pihak luar—pihak berkuasa Republik Indonesia di Yogyakarta, pihak Belanda dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)—tetapi juga kerana perbezaan dan perbalahan pendapat antara Wilayah dan perwakilan yang menghadiri perjumpaan ke arah pembentukan Federasi itu sendiri. Masyarakat waktu itu pada umumnya menganggap apa sahaja usaha ke arah autonomi sebagai didalangi Belanda dan ke arah perpecahan Kesatuan Indonesia. “Proses menjadi Indonesia itu ternyata begitu menyakitkan bagi sesetengah daerah,” menurut Suprayitno. “Nasionalisme Indonesia” ditandingi “nasionalisme Sumatera” yang dicabar pula oleh nasionalisme tempatan di Sumatera sendiri.

Nasionalisme dan Revolusi di Malaysia dan Indonesia: Pengamatan Sejarah sesuai dibaca oleh para penyelidik, guru, pelajar institusi pengajian tinggi dan sekolah menengah, para pentadbir, ahli politik, serta para peminat sejarah dan politik Asia Tenggara menjelang dan selepas pertengahan kurun ke-20.

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.532 kg
Dimensions 24 × 16.5 × 2 cm
Edition

Format

ISBN

9789833391561

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Nasionalisme dan Revolusi di Malaysia dan Indonesia: Pengamatan Sejarah”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.