Aminuddin Baki di Rumah Persekutuan

MOHD TAJUDDIN ABDUL RAHMAN berkelulusan Sarjana Muda dari Universiti Malaya (1973), Diploma Pendidikan, Universiti Malaya (1974) dan Sarjana Pendidikan, Universiti of Pittsburgh, Pennsylvania, Amerika Syarikat (1985). Pernah berkhidmat di beberapa bahagian di Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain menghasilkan karya kreatif seperti cerpen dan novel, beliau juga menghasilkan buku bercorak biografi dan pendidikan.

DBP (Cetakan Pertama, 2013)
407 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM150.00

In stock

ISBN: 9789834607104 Product ID: 690 Subject: Sub-subjects: , , ,

Aminuddin Baki di Rumah Persekutuan menggariskan riwayat hidup Aminuddin Baki sebagai seorang tokoh pendidikan negara ini dengan memberikan tumpuan khusus terhadap sumbangan beliau dalam pendidikan negara ini semasa beliau menjawat jawatan sebagai Ketua Penasihat Pelajaran di Kementerian Pelajaran.

Nama Aminuddin Baki sering dikaitkan dengan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), sebuah pertubuhan pelajar Melayu peringkat kebangsaan yang julung kali lahir di tanah air sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan. Oleh itu, pujian dan penghargaan patutlah diberikan kepada Aminuddin Baki sebagai salah seorang pengasasnya yang telah memberikan sumbangan besar kepada para pelajar, khasnya pelajar Melayu.

Peranan yang dilaksanakan dan cetusan pemikiran yang diberikan oleh Aminuddin Baki bukan sahaja menyuburkan asas-asas pendidikan negara tetapi juga telah menjadi asas bertindak awal negara mencapai kemerdekaan. Satu aspek yang boleh diambil daripada Aminuddin Baki ialah semangat sedia berkhidmat dan berbakti sebagai satu jalan untuk memajukan bidang pelajaran kepada masyarakat, bangsa dan negara.

Pendahuluan

Revolusi Senyap

Prolog 1 – Mendekati Revolusi Senyap
1. Melangkah ke Rumah Persekutuan
2. Menjulang Naik
3. Bahasa Kebangsaan
4. Pendidikan Melayu
5. Melayari Bahtera Pendidikan Negara
6. Revolusi Senyap
7. Menggapai Metafora
8. Guru Sebagai Pembimbing dan Penasihat

Berpijak di Bumi Berbahaya

Prolog 2 – Mendampingi Bumi Berbahaya
9. Berpijak di Bumi Berbahaya
10. Kebimbangan Seorang Pendidik
11. Sekolah Kebangsaan
12. Merungkai Kekeliruan

Zaman Beralih Musim Bertukar

Prolog 3 – Mendekati Zaman Beralih Musim Bertukar
13. Gerakan Obor I – Sikap Masyarakat Melayu
14. Gerakan Obor II – Zaman Beralih Musim Bertukar
15. Gerakan Obor III – Islam dan Kemajuan
16. Cabaran dan “Perang Darjah”
17. Pendidikan untuk Semua
18. Peluang Pendidikan yang Sama
19. Projek Rintis Televisyen Pendidikan

Setelah Aminuddin Baki Pergi

Prolog 4 – Epilog yang Tidak Sudah Aminuddin Baki dalam Bakti Ziarah
20. Sentuhan Terakhir
21. Setelah Tujuh Tahun Che Aminuddin Pergi
22. Setelah 40 Tahun Che Aminuddin Pergi
23. Epilog

Lampiran 1 – Titah Ucapan Seorang Raja Berperlembagaan
Lampiran 2 – Pengiktirafan Seorang Negarawan
Lampiran 3 – Catatan Seorang Wartawan
Lampiran 4 – Tunggak dalam Dunia Kritikan

Bibliografi
Indeks

Weight1.3 kg
Dimensions27 × 22 × 2.7 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.