Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa

ASMAH HAJI OMAR (Jitra, 5 Mac 1940—) adalah Profesor Emeritus, pakar nahu Bahasa Melayu dan tokoh terkenal dalam bidang perancangan bahasa. Beliau juga pemegang Kursi Tamadun Melayu Za’ba dan Pengarah Institut Tamadun Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris.

DBP (Cetakan Kedua, 2015)
261 halaman termasuk Bibliografi dan Indeks

RM35.00

In stock

ISBN: 9789834611507 Product ID: 4392 Subject: Sub-subjects: , , , ,

Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa menelusuri pertumbuhan dan perkembangan karya Za’ba sejak beliau kanak-kanak lagi hinggalah beliau menghasilkan karya-karya unggul dalam bentuk buku dan makalah. Za’ba pernah berkata, “Pekerjaan yang paling saya gemar ialah mengarang, menulis.” Kerjayanya sebagai guru dan pegawai pelajaran menjadikan Za’ba ahli bahasa Melayu ulung yang meletakkan peraturan-peraturan asas dalam nahu dan fonologi (melalui ejaan Rumi dan Jawi) Melayu. Bagi memenuh objektif penulisan Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa, penulis telah memilih beberapa karya yang dihasilkan Za’ba untuk melihat bagaimana ketokohan dan pemikiran Za’ba terbentuk sejak usia kecil. Tulisan Za’ba yang berjudul Taqdir (Sukatan Azali) Dalam Ugama Islam antara yang diteliti oleh penulis. Menurut penulis, dalam membaca semula teks tersebut, beliau mendapati bahawa Za’ba menjelaskan dan memperincikan makna ungkapan-ungkapan Arab yang membawa konsep-konsep yang berhubungan dengan taqdir, serta qadha’ dan qadar dengan menggunakan kaedah semantik, khususnya yang berteraskan teori medan makna (semantic field theory).

Za’ba tidak mengatakan bahawa kaedah analisisnya itu berdasarkan mana-mana teori, tetapi analisisnya itu jelas meliputi kaedah teori berkenaan. Kaedah ini juga digunakan dalam menjelaskan dan menganalisis konsep-konsep penting dalam Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri, dan juga sekumpulan artikel yang diterbitkan dalam majalah Al-Ikhwan dan Qalam, yang telah penulis teliti dan bincangkan dalam Bab 12: Menuju Akhlak Mulia. Apabila meneliti teks-teks yang memperkatakan akidah dan akhlak dalam agama Islam, ditambah pula dengan maklumat dalam penulisan Profesor Diraja Ungku Aziz mengenai konsep kemiskinan yang dibawa oleh Za’ba dan artikel-artikel Za’ba yang diperkatakan oleh Profesor Diraja, maka sedarlah penulis bahawa teras minat Za’ba adalah bangsa Melayu, yakni orang Melayu “jati”, yang beragama Islam dan yang menggunakan bahasa Melayu. Dia menggunakan bahasa sebagai alat yang memungkinkan dia menghasilkan fikiran yang bernas dan menyampaikan fikiran itu kepada masyarakat. Inilah kaedah ahli falsafah menyampaikan falsafahnya.

Karya-karya yang disebut itu merupakan sumber utama dalam penghasilan buku Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa. Ada banyak lagi hasil penulisan mengenai karya dan pemikiran Za’ba, dalam bentuk buku dan makalah. Karya-karya Profesor Adnan Haji Nawang banyak memperkatakan peranan Za’ba dalam perjuangan kemerdekaan serta etosnya dalam mempertingkatkan taraf sosioekonomi orang Melayu. Secara sedar penulis tidak memasukkan bidang ini dalam Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa, kerana penulis tidak berkemampuan dalam bidang berkenaan. Jika adapun disebut, maka ini hanya sentuhan sepintas lalu sahaja dalam bab-bab yang berhubung dengan pendidikan akhlak.

Surat-surat serta catatan Za‘ba yang terdapat dalam fail-fail yang tidak berkatalog di Perpustakaan Peringatan Za’ba, Universiti Malaya, memberi kesegaran dalam penulisan Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa. Apabila Za’ba sudah tidak bersama kita lagi, maka apa yang ditulis itu biasanya menggunakan sumber sekunder. Sumber primer hanyalah biografi Pendeta Za’ba Dalam Kenangan dan Memoir Za’ba, kerana maklumat dalam kedua-duanya itu adalah daripada mulut Za’ba sendiri. Surat-surat serta catatan-catatannya merupakan sumber yang langsung dari dia yang tersimpan untuk beberapa lama dalam fail-fail khazanahnya. Penulis mengatakan sumber itu “segar” kerana beliau belum lihat orang lain menggunakannya dalam penulisan mereka. Dokumen-dokumen tersebut diturunkan dalam lampiran buku ini. Za’ba telah menulis karya-karyanya dan juga surat-surat serta catatan-catatannya dalam tulisan jawi. Dalam Za’ba: Ahli Fikir dan Ahli Bahasa, petikan yang secara langsung diambil dari tulisan jawi ditransliterasi menurut ejaan yang ada sekarang. Jika memang ditulis dalam tulisan Rumi dari mulanya, maka ejaan lama yang dikenal sebagai Ejaan Za’ba itu dikekalkan. Petikan yang ditransliterasi terlebih dahulu oleh DBP diturunkan menurut teks DBP.

Senarai fotograf
Prakata

1. Keluarga, Pendidikan, Kerjaya
Pengantar
Alam Kelahiran dan Keluarga
Didikan di Rumah
Pendidikan Formal
Kerjaya
Penutup

2. Watak dan Nilai Murni
Pengantar
Sumber Penggambaran Watak dan Nilai
Taat dan Patuh
Berdedikasi
Tidak Suka Konflik
Mengejar Ilmu
Mencari Pengalaman
Jujur dan Ikhlas
Teliti dan Cermat
Penutup

3. Hasil Penulisan
Pengantar
Ikon Bahasa Melayu
Buku-buku Bahasa
Buku-buku Bacaan Sekolah
Cerita Rakyat
Terjemahan
Kesusasteraan
Karangan Mengenai Orang Melayu
Penutup

4. Teras Perjuangan
Pengantar
Berputiknya Perjuangan
Seruan Syed Sheikh Al-Hadi Kepada Orang Mela,
Seruan Za’ba Kepada Bangsa Melayu m
Jenis-Jenis Orang Melayu
Penutup

5. Pengetahuan dan Penggunaan Bahasa
Pengantar
Kesedaran Pentingnya Bahasa
Kaedah Pengajaran Bahasa
Penggunaan dan Perkembangan Bahasa
Penutup

6. Kelainan Bahasa
Pengantar
Pembahagian Kelainan Bahasa
Variasi-variasi Bahasa Melayu
Peringkat-peringkat Bahasa Melayu
Gaya Cakap Mulut
Gaya Bahasa Pasar atau Bahasa Kacukan
Gaya Bahasa Surat
Karangan Gaya Bahasa Melayu Betul
Karangan Gaya Kacukan
Penutup

7. Pendekatan Menganalisis Bahasa
Pengantar
Permulaan Penulisan Karya Bahasa
Tulisan, Saraf, Nahu
Sebutan, Grafologi, Sarat
Pemaparan Nahu
Nahu Berlandaskan Konteks
Pembelajaran dan Pengajaran Nahu
Deskripsi dan Preskripsi
Penutup

8. Tulisan Jawi
Pengantar
Tulisan Arab Yang Diperibumikan
Pendirian Mengenai Tulisan Jawi
Peraturan Menulis dan Mengeja Jawi
Kaedah Tulisan Jawi (REJ)
Analisis Grafik
Bentuk Huruf
Estetika Huruf
Huraian Bunyi Bahasa
Pengertian Bunyi, Asal Bunyi, Huruf
Huruf Benar, Suara Huruf
Huruf Saksi, Tala
Pembahagian Bunyi, Suku Kata
Bunyi Berkait
Perhatian Kepada Prosodi
Keselarasan Vokal
Bunyi Keras
Bunyi Panjang
Tinggi Rendah Suara
Morfologi
Rangkaian Kata
Beberapa Prinsip
Penutup

9. Seni Mengarang dan Retorika
Pengantar
Mengarang dan Pengarang
Apa Dia Retorika (rhetoric)?
Prinsip-prinsip Retorika Za‘ba
Tahu Bahan dan Tahu Objektif Karangan
Pangkat Karangan dan Fikiran
Prinsip Penghasilan Wacana
Cara Menganalisis Idea
Cara Mengungkap Idea
Cabang-cabang yang Tinggi
Penutup

10. “Taqdir (Sukatan Azali)”
Pengantar
Taqdir (Sukatan Azali)
Tujuan Za‘ba Menulis Siri Karangan Ini
Makna Ketetapan Azali
Undang-undang Taqdir dalam Islam
Tujuan dan Peraturan
Tujuan Allah Menjadikan Manusia
Panduan Menentukan Hukum dan Peraturan
Menghadapi Bala’ dan Kemalangan
Kebebasan Berikhtiar
Qudrat dan Iradat
Penutup

11. “Perangai Bergantung pada Diri Sendiri”
Pengantar
Kandungan Buku Ini
Tumpuan Utama (1): Keburukan Perangai yang Bergantung Pada Orang Lain
Sikap Hina Diri
Sikap Malas
Kemajuan Diri Tunggal dan Bangsa
Bergantung Pada Orang Lain untuk Kesejahteraan Abs
Tumpuan Utama (2): Bertaklid Buta Sebagai Lawan Berijtihad Sendiri
Pentingnya Ilmu Pengetahuan
Pentingnya Berfikir dan Membawa Pembaharuan
Tumpuan Utama (3): Kebajikan Lawan Kejahatan
Analisis Makna “Kebajikan” dan “Kejahatan”
Pemeringkatan “Kebajikan” dan “Kejahatan”
Hukum Pertentangan
Hukum Perubahan Keadaan
Penyempitan Makna “Kebajikan” dan “Kejahatan”
Tumpuan Utama (4): Kejatuhan dan Kepulihan Umat Islam
Penutup

12. Menuju Akhlak Mulia
Pengantar
Berkenaan Kumpulan Karangan Ini
Bahasa Karangan
Gaya Pemaparan Idea
Kandungan Teks
(1) Kasihkan Diri dan Kasihkan Orang Lain
(2) Mencapai Ketinggian Dunia Akhirat
(3) Asuhan Budi dalam Islam
(4) Ajaran Jimat Cermat Dalam Islam
(5) Falsafah kerana Allah
(6) Erti Ugama dan Tujuannya
Penutup

13. Kata Penamat
Pengantar
Za‘ba dan Bahasa Melayu
Za‘ba dan Bangsa Melayu
Penutup

Lampiran
Bibliografi
Indeks

Weight0.420 kg
Dimensions22.7 × 15.2 × 1.5 cm
Author(s)

Format

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

More from this Author

  • Ensiklopedia Bahasa Melayu
    Out of stock

    Ensiklopedia Bahasa Melayu

    RM80.00
  • The Mah Meri Language: An Introduction

    The Mah Meri Language: An Introduction

    RM48.00
  • Bahasa Melayu di Daratan Asia Tenggara: Pendekatan Sejarah dan Geolinguistik

    Bahasa Melayu di Daratan Asia Tenggara: Pendekatan Sejarah dan Geolinguistik

    RM26.00
  • Riwayat Ungku Aziz
    Out of stock

    Riwayat Ungku Aziz

    RM50.00