Perangai Bergantung pada Diri Sendiri

ZAINAL ABIDIN AHMAD (16 September 1895 – 23 Oktober 1973), juga dikenali sebagai ZA’BA merupakan seorang sasterawan dan pemikir Melayu keturunan Minangkabau yang giat menulis sekitar tahun 1940-an. Berdasarkan pencapaiannya dalam bidang kesusasteraan, beliau merupakan salah seorang budak kampung yang berjaya meletakkan dirinya sebagai seorang tokoh yang terkemuka dalam sejarah Malaysia. Beliau merupakan seorang cendekiawan Melayu yang dihormati dan selama hampir 40 tahun, aktif dalam kegiatan penulisan termasuk penterjemahan. Aktiviti beliau juga tertumpu kepada penerbitan buku sekolah dan bacaan umum di Biro Penterjemahan, Maktab Perguruan Sultan Idris.

DBP (Edisi Khas Cetakan Keempat 2018)
142 halaman

RM15.00

In stock

Perangai Bergantung pada Diri Sendiri ini merupakan naskhah terakhir Za’ba yang membicarakan punca orang Melayu masih ketinggalan dalam banyak aspek kehidupan. Melaluinya, Za’ba menyimpulkan, kelemahan sahsiah merupakan punca utama kelemahan sesuatu bangsa.

Bagi Za’ba, orang Melayu lemah kerana mereka tidak mempercayai kebolehan sendiri, lemah cita-cita, kurang hemah dan terlalu bergantung harapan kepada orang lain. Katanya, orang Melayu lebih cenderung meminta bantuan dan pertolongan orang lain.

Perangai Bergantung pada Diri Sendiri ini tidak diajukan oleh Za’ba kepada mana-mana penerbit semasa hayatnya; sebaliknya diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka lapan tahuan selepas pemergiannya menghadap Ilahi. Mungkin Za’ba berbuat begitu kerana sedar bahawa orang Melayu sukar menerima pandangannya yang kritikal.

Buku ini berfokus pada perangai orang Melayu yang paling dibenci oleh Za’ba, iaitu terlalu bergantung kepada orang lain. Daripada perangai ini lahir sikap lain seperti tidak mahu berfikir sendiri dan tidak mahu menggunakan ilmu pengetahuan yang dapat meningkatkan ilmu mereka. Mereka lebih suka hidup tanpa berfikir walaupun sikap ini membawa akibat-akibat yang merugikan diri sendiri.

Perangai Bergantung pada Diri Sendiri ini terbahagi kepada dua risalah, iaitu “Perangai Bergantung pada Diri Sendiri” dan “Kebajikan dan Kejahatan”. Terdapat empat bab dalam risalah “Perangai Bergantung pada Diri Sendiri”, iaitu: “Wajibnya bagi Mendapat Kejayaan”, “Kekurangan Kita dalam Sifat Ini”, “Fikiran, Kepercayaan dan Pegangan Agama”, dan “Bersendiri pada Ilmu dan Amalan”.

Dalam risalah seterusnya terdapat empat bab juga, iaitu “Fahaman yang Luas”, “Baik dan Jahat Tetap Ada”, “Fahaman yang Sempit”, dan “Kejatuhan Umat Islam dan Jalan Kepulihannya”.

Kata Za’ba, perangai suka bergantung pada orang lain timbul daripada dua faktor, iaitu tidak ada keyakinan pada diri sendiri, dan terbit daripada sikap yang digambarkan dalam simpulan bahasa, “seperti kutu di atas kepala”. Daripada sikap pertama, seseorang itu sentiasa menganggap dirinya rendah dan tidak ada kebolehan serta kemampuan.

Sikap kedua digambarkan kepada orang yang malas, yakni tidak mahu berusaha dengan menggunakan tenaga dan akal fikiran sendiri. Mereka hanya mengharapkan rezeki daripada orang lain. Sikap itu menyebabkan orang Melayu tidak mahu berikhtiar dan berusaha sebaliknya mengharapkan bantuan orang lain. Za’ba membandingkannya dengan sikap orang luar yang datang untuk bermastautin di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British.

Perangai orang Melayu mengharapkan bantuan bukan sekadar dalam hal yang berkitan dengan kehidupan dunia malah urusan alam baqa. Za’ba tidak bersetuju dengan adat “fidyah” yang diadakan bagi orang yang sudah meninggal dunia, kerana dalam menjalankan adat ini kita seolah-olah “membayar hutang” kepada Allah bagi pihak si mati yang tidak beribadat ketika hidup.

Satu lagi sifat buruk yang ditonjolkan oleh Za’ba adalah orang Melayu menerima secara membuta tuli pandangan tuk guru bagi hal yang berkaitan dengan agama walaupun yang diajarkan itu tidak ada nasnya. Za’ba menggalakkan orang Melayu supaya meningkatkan pengetahuan dengan mempelajari ilmu-ilmu lain supaya dapat menajamkan akal fikiran.

Dalam memperkatakan antara baik dengan jahat, Za’ba mengenal pasti bahawa sesuatu yang baik atau jahat dalam perangai manusia mempunyai kemungkinan berubah; yang baik menjadi jahat dan sebaliknya. Beliau mengambil contoh sikap riak, yang pada mulanya kelihatan sebagai kebajikan tetapi disertai sikap menunjuk, lalu beralihlah kebajikan menjadi kejahatan.

Za’ba turut menghuraikan penyempitan makna kebajikan dan kejahatan yang boleh menyebabkan salah tafsir dan salah faham bagi konsep-konsep tertentu. Contohnya sedekah yang disempitkan maksudnya sedangkan dalam Islam, konsep sedekah lebih daripada sekadar menghulurkan sesuatu barangan. Begitu juga penyempitan makna pada amal jahat yang hanya dieertikan sebagai “kerja-kerja maksiat atau melanggar larangan-larangan agama yang membuahkan dosa dan balasan neraka”.

Dalam bab “Kejatuhan Umat Islam dan Jalan Kepulihannya”, Za’ba menyatakan bahawa kejatuhan umat Islam berpunca daripada kehilangan ‘izzah, yakni kekuasaan dan kekuatan yang patut ada dalam masyarakat Islam. ‘Izzah hilang kerana orang Islam tidak mahu berfikir, berusaha, berijtihad dan mengikut sunah Rasulullah SAW.

Karangan yang terhasil puluhan tahun lalu ini memancarkan pengetahuan mendalam Za’ba tentang Islam, terutamanya tentang akhlak. Beliau mengupas ayat-ayat al-Quran dengan cukup jelas, dalam bahasa yang difahami oleh orang biasa dalam zamannya.

Contoh-contoh akhlak dan sikap orang Melayu yang berlaku pada zaman sebelum merdeka masih ada pada hari ini. Beliau memberikan contoh orang bertaklid buta yang bukan sahaja dalam bidang agama malah dalam bidang pengetahuan yang lain.

Walaupun sudah dikarang begitu lama, ternyata kandungan buku ini masih relevan dengan kehidupan orang Islam/Melayu pada hari ini. Banyak perkara yang disentuh wajar dijadikan iktibar supaya orang Melayu akan berubah perangai dan menjadi bangsa yang dihormati dalam perkara yang berfaedah.

“Kekayaan saudagar pundi-pundi emasnya. Kekayaan Pendeta keping-keping kertasnya” — Za’ba

New Product Tab

Here's your new product tab.

Weight 0.215 kg
Dimensions 14 × 0.9 × 21.5 cm
Edition

Format

ISBN

9789834602888

Language

Publisher

Year Published

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Perangai Bergantung pada Diri Sendiri”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

You may also like…

  • Anak Raja Dengan Anak Papa by Mark Twain
    Sale!

    Anak Raja Dengan Anak Papa

    RM40.00 RM35.00
  • Pengembaraan ke Kedah, Perlis dan Kelantan
    Sale!

    Pengembaraan ke Kedah, Perlis dan Kelantan

    , , RM12.00 RM5.00
  • Rahsia Ejaan Jawi (Edisi Ejaan Rumi)

    Rahsia Ejaan Jawi (Edisi Ejaan Rumi)

    , , RM30.00
  • Kalung Bunga Za'ba
    Out of stock

    Kalung Bunga

    RM25.00