5 Sebab Kenapa Membaca Sebelum Tidur Akan Memberikan Kita Tidur Yang lebih Baik! 7 October 2017 – Posted in: Essays
Macam yang kita perasan, ulat buku ini kalau tidur tak pernah tidur sendirian sebab bukulah yang jadi peneman. Tapi itu bukanlah satu-satunya alasan untuk kita kena membaca sebelum tidur. Kajian menunjukkan membaca sebelum tidur boleh menjamin kita untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti. (Dan pasti ia terkecuali untuk mereka yang habiskan malam dia untuk baca novel, sampai tak mampu nak stop pasal tak sabar nak tahu apa yang berlaku dalam chapter seterusnya.)
Membaca ini sebenarnya exercise yang baik untuk otak. Kalau kita join marathon dan jogging untuk dapatkan tubuh badan yang segar, membaca juga memberikan kesegaran yang sama kepada otak kita.
Apabila otak kita dalam keadaan baik, ia akan membolehkan otak kita untuk mendapatkan apa yang diperlukan untuk menjadikan tidur kita berkualiti.
Sesiapa yang selalu membaca sebelum masuk tidur pasti dapat rasa benda ini. Walaupun kita membaca hanya 10 minit, tapi ia bawa perbezaan yang ketara kepada minda kita.
Samada kita membaca buku thriller atau hanya buku-buku santai, Ia tetap menjadi cara yang mudah (dan murah) untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Akhirnya, betapa sibuk pun kita, Kita perlu simpan 10 minit untuk mula membaca sebelum tidur.
Baik untuk pengidap insomnia sehinggalah kepada penyakit yang lain pun, membaca tetap menjadi cara terbaik untuk mendapatkan tidur yang lebih baik. Jadi kesimpulannya, membaca itu sendiri adalah baik-kan?
Membaca Mengurangkan Stress
Pakar dari University Of Sussex mendapati 30 minit yang kita peruntukkan untuk membaca dengan baik dapat mengurangkan level stres kita melebihi kaedah-kaedah relaxation yang lain – seperti contoh mendengar muzik atau minum teh. Dan oleh sebab stres ini ialah punca utama kepada insomnia, membaca dapat membendung sebahagian daripada fikiran negatif yang melingkari kepala kita sebelum kita tidur.
Membaca ‘print book’ bermakna kita menjauhi skrin gadjet sebelum tidur
Pakar dalam kajian tidur menasihati supaya mengelakkan cahaya yang terang – lampu dari komputer atau gajet – di sebelah petang hari kalau nak dapatkan tidur malam yang baik. Jadi ketepikan segala gajet kita dan mula ambil mana-mana buku sebelum kita dibuai mimpi-mimpi indah.
Buku ialah Jelmaan Mimpi
Biasa tak kalau kita mimpi, mimpi kita itu ialah refleksi kepada peristiwa yang kita harungi sepanjang hari itu. Pernah kan?
Kebanyakan pembaca buku yang tegar, mereka selalu mendapat mimpi dalam tidur mereka tentang watak-watak atau dunia di dalam novel yang mereka baca sepanjang hari tersebut.
Itulah jelmaan mimpi! Apa lagilah yang lebih indah kalau dapat bermimpi tentang Hogwarts atau House of Stark!
Membaca ialah sebahagian dari rutin tidur kita yang terbaik.
National Sleep Foundation (NSF) pernah menyarankan untuk menjadikan ‘sleep-promoting activities’ – seperti minum teh atau membaca buku (atau keduanya) – sebagai sebahagian dari rutin waktu tidur kita.
Memulakan rutin tidur kita dengan membaca ialah jalan yang berkesan untuk memberi mesej kepada minda kita bahawa ini ialah masa untuk kita masuk tidur.
Membaca sebelum tidur adalah butang ‘shut down’ untuk tubuh badan kita.
Tubuh badan kita berlu perlahan-lahan berhenti bekerja sebelum kita masuk tidur, jadi pakar telah memberi saranan supaya kita menghabiskan jam terakhir sebelum tidur untuk melakukan aktiviti yang santai – seperti membaca!
Cuma janganlah pula baca buku yang seram dan dramatik sangat melainkan memang kita nak stay up sepanjang malam tersebut. Sebab nanti langsung takut nak tidur atau terlalu asyik dari satu chapter ke satu chapter sampai pagi pula.
Diterjemah dari tulisan asal bertajuk 5 Ways Reading Before Bed Can Help You Sleep Better At Night yang ditulis oleh Melissa Ragsdale dan diterbitkan oleh Bustle.com pada 5 Oct 2017.