Abdul Rahman Ibrahim

Abdul Rahman Ibrahim dilahirkan di Pontian, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Padang Tembak, Jalan Gurney, Kuala Lumpur dan menyambung pelajarannya ke tingkatan 6 di Sekolah Menengah St. John, Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Abdul Rahman memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera B.A. dalam pengkhususan Sejarah daripada Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan menerima Saujana Sastera dalam pengkhususan Sejarah Malaysia daripada Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Pada tahun 2004, esei beliau bertajuk “Bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama dunia, impian atau realiti?” telah memenangi tempat pertama dalam Peraduan Mengarang Esei Sektor Badan Berkanun anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Antara esei lain beliau ialah Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara, 13 Mei 1969 di Pekan Sungai Besi, Daulat Selepas Kemangkatan Sultan Mahmud Shah II pada tahun 1699, dan Undang-undang Islam dan Common Law di Negeri-negeri Melayu.