Claude Guillot
Claude Guillot adalah seorang pengkaji Perancis yang bertugas sebagai Pengarah Penyelidikan di Centre National de la Recherche Scientifique, Paris. Sejarah Indonesia merupakan bidang utama kajian beliau. Di dalam bidang itu beliau menyelidiki terutamanya aspek-aspek sejarah agama, baik agama Kristian mahupun agama Islam, dan aspek-aspek sejarah kota dam kesultanan lama seperti Banten di Jawa Barat dan Barus di Sumatera Utara. Selain itu, beliau sekarang menjadi ketua redaksi majalah Archipel.
Antara karya-karya yang telah beliau hasilkan ialah L’ Affaire Sadrach: Un essai de christianisation à Java au XIXe siècle (EFEO, 1981), Banten avant l’Islam: Etude archéologique de Banten Girang (Java-Indonésie) 932?-1526 (EFEO, 1996), Le culte des saints dans le monde musulman (EFEO, 1995), dan Banten: Histoire d’une region (Archipel, 1994).