Claudine Salmon

Claudine Salmon adalah seorang pengkaji Perancis yang bertugas sebagai Pengarah Penyelidikan di Centre National de la Recherche Scientifique, Paris. Sejarah dan kebudayaan diaspora orang Cina di Dunia Melayu merupakan bidang utama kajian beliau. Di dalam bidang tersebut beliau menyelidiki terutamanya proses akulturasi; kesusasteraan Cina dalam bahasa Melayu-Indonesia; epigraf Cina di Indonesia dan sejarah keluarga-keluarga Cina yang berperanan penting di Indonesia.

Antara karya-karya yang telah beliau hasilkan ialah Literature in Malay by the Chinese of Indonesia (Maison des Sciences de l’Homme, 1981), Les Chinois de Jakarta: Temples et vie collective (Archipel, 1984), Literary Migrations: Traditional Chinese Fiction in Asia (17th-20th Centuries) (1987), Le Moment “sino-malais” de la littérature indonésienne (Archipel, 1992), dan pelbagai lagi.